Friday, December 30, 2011

..tired..yet happy..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah beberapa hari jugak rasanya tak menjengah blog ini..kesibukan melanda diri.

Bulan Disember ni mmg bulan yang sibuk. Setiap minggu masa terisi padat dengan bermacam-macam aktiviti. Kenduri kahwin, dengan dapur tgh di reno, pulang ke kampung...

Huh, sangat penat, awal bulan January sehinggalah ke bulan March, sudah ada aktviti yang menanti, conference, annual dinner dan company trip..heeee..seronok kan??

Minggu lepas pulang ke rumah asal mr nice guy. Hmmm...sambil menghadiri majlis perkahwinan, ambil kesempatan juga bermalam dan berkumpul bersama keluarga memandangkan mama mertua dan papa mertua turut serta sekali. Bagi aku yang takde kg ni., seronok sungguh! Berjalan dan menikmati buah2an.. durian, manggis dan rambutan..wah melimpah ruah..alhamdulillah.

Apapun mmg seronok walaupun esoknya aku terpaksa bekerja..haihhh banyak projek yang harus diselesaikan.

Dan dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua warga dunia. Tak sangka dah nak tahun 2012 kan...masih nk continue azam yg lepas2 ke? heee...

Friday, December 23, 2011

..Jom tukar-tukar hadiah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Di atas ini adalah hadiah yang akan ku bagi kepada seorang rakan sekerja. Hee cuba teka apa ni? berat oooo....

Tengahari kelmarin kami di pejabat mengadakan jamuan makan. Mmg setiap kali ada perayaan kami akan sambut bersama sbb rakan sepejabat terdiri dari pelbagai bangsa. Jadi terasalah harmoninya. 

Sebulan sebelumnya mmg kami telah dimaklumkan supaya menyediakan hadiah bernilai RM15 ke atas. Dan setiap dari kami di kehendaki mencabut undi sebagai pandaun kami memilih hadiah. Nama siapa yang tertera di kertas undian, org itulah yg akan kita beri hadiah. Begitulah seterusnya. jadi semua pekerja akan mendapat hadiah seorang satu.

Aku pulak dapat nama lelaki. Foooo bukan senang nk memilih hadiah untuk orang lelaki. Itu pun aku dapat hadiah ni di saat2 terakhir jugak. Harap2 dia suka.

Hadiah aku?..jeng!..Jeng!..Jeng! ni dia....(suka!..suka!..suka!)



So, hari itu semua pulang dengan senyuman sbb mendapat hadiah masing2. Pada yang belum dpt hadiah tu bawak2 bersabar ya hehe (hujung tahun, ramai yg mengambil cuti)

Memula risau gak kan nk bertukar2 hadiah ni, mcm kita menyambut pulak jadinya. Google2, dapatlah info ini.. Sharing is Caring..

Kod Rujukan Soalan
la8m4

Soalan

25 disember setiap tahun adalah hari krismas/natal bagi penganut
kristian.jika sekiranya penganut tersebut mengadakan upacara
bertukar-tukar hadiah sempena menyambut krismas sama ada di pejabat atau
di tempat kediaman dan ada segelintir umat Islam yang mengikut/turut
menyertai acara tersebut. soalan saya..apakah hukum sambutan itu bagi umat
ISlam. 

Jawapan

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Umat Islam juga boleh memberi hadiah, tetapi adalah lebih elok jika hadiah
tersebut tidak diberikan pada hari tersebut (25 Disember) kerana ia sama
seperti mereka yang merayakan perayaan tersebut. Panel mencadangkan agar
hadiah tersebut diberikan sama ada sehari sebelum atau sehari selepas
sambuatan perayaan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan daripada meniru cara
dan amalan mereka. Wallahu 'alam.



Thursday, December 15, 2011

...Manusia bertopeng...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jgn takut...sbb benda ni mmg ada di sekeliling anda..

Korang pernah tengok tak manusia bertopeng? Bukan Bandi Amuk tu ya.. atau org yg menghadiri masquerade party ya..atau James Carry dalam The Mask itu ya...itu namanya manusia memakai topeng.

Spesis yg aku nk ceritakan ini spesis yg bertopeng secara semula jadi. Tapi aku rasa topeng itu bukanlah melekat pada empunya diri itu sewaktu dilahirkan, melainkan empunya diri itu yg membiarkan topeng itu dekat padanya sepanjang tempoh pembesarannya dan akhirnya melekat dan terus sebati dalam dirinya...hmm...

Yg peliknya topeng itu mula menunjukkan cirinya apabila seseorang itu berada di atas. Bila dah duduk di atas maka kepalanya berat untuk menundukkan kepala memandang ke bawah. 

Hai manusia bermacam ragam. Yang paling tidak bestnya topeng itu akan membuatkan tuan empunya diri akan semakin dibenci lama kelamaan. Tapi entahlah sbb topeng ni pandai. Bila berhadapan dgn org yg besar2 dan mendatangkan keuntungan, ia akan menampilkan sikap yg baik2. Bila berhadapan dgn org yg 'rendah' ni dan tiada keuntungan padanya, pun dia akan menampilkan sikap yg baik TAPI di depan SAHAJA, sedangkan di belakang ia menampilkan sikap yg buruk.

Seriously, mmg aku pelik btl dgn sikap manusia yg sebegini. Hipokrit sangat HIPOKRIT!!! 

Tuesday, December 13, 2011

Tarikh pembaharuan lesen memandu..praktik kah?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam sempatlah aku renew driving license aku setelah hampir 2minggu lewat dari tarikh yang sepatutnya. Bukan apa, malasnya rasa aku nk beratur menunggu nombor giliran dipanggil memandangkan waktu rehat adalah sangat limited. Dah sah2 keadaan di pejabat pos waktu tghri itu umpama tin sardin heee...

Disebabkan semalam adalah cuti khas buat semua penduduk Selangor (Keputeraan DYMM Sultan Selangor) maka aku pun mengambil kesempatan yg ado... Itupun disebabkan ada hal lain yg menuntut perhatian aku jugak. Kalau semata untuk lesen ini sahaja, aku rasa sehingga ke hari ini mungkin aku masih jadi memandu haram. Almaklumlah musim yg tdk menentu, maka tempias demam tu kenalah pada aku jugak.  Segala macam jenis ubat aku telan agar cepat sembuhnya...

Renew ingat nk buat utk setahun je..sebab aku nk tukar gambar kat lesen tu. Tk molek rasanya masih menggunakan gmbr yg tidak bertudung itu. Nk ke JPJ aku harus mengambil cuti..cuti utk tahun ni dh abis weeee...

Rupanya encik yg bertugas di kaunter hadapan pejabat pos tu teruslah lanjutkan tempoh hingga ke tarikh lahir aku utk thn 2013. 

Agak2 praktik ke gunakan cara sebegini? Pada aku rasa sama sahaja. Nak2 pulak kalau time harijadi tu, manakan nk ingat tarikh pembaharuan lesen selain ingat nk collect HADIAH je kan..heee...

Apapun ikut jelah. Mungkin ianya berguna jugak pada pemandu lain... 

Monday, December 12, 2011

Akhirnya aku jatuh juga...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Haaa...akhirnya aku jatuh juga. Bila dah jatuh macam ni barulah rasa macam tk bestnye, tk selesanya..tapi nak buat camne, inilah rezeki aku..kena bersyukur...

Sebelum kena, sibuk pulak aku nk kena kan, konon bolehlah aku rehat kat rumah. Tapi skrg ni rasa nk rehat kat rumah pun menjadi tk selesa. Nak baring sahaja rasa tk best pulak. Nk buat kerja pun rasa macam tak larat pulak. Habis tu nk buat apa ni...

Haishhhh...demam oh demam..cukup2lah..pergilah kau ke tempat lain pulak yer...


Monday, December 05, 2011

Pertandingan lagu Melayu Antarabangsa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam, setelah penat kaki berjalan mengukur Sunway Pyramid dan kemudian dibasahi oleh rintik2 hujan ketika berjalan ke tempar parkir (wah sangat romantik kan hee) kami melepaskan lelah dengan berehat menonton TV

Secara tidak sengaja telah tertukar chanel RTM1 (di mana jarang aku layari). Di skrin TV ketika itu kelihatan seorang gadis manis menyanyikan lagi Yuna. Suaranya sedap. Rupanya gadis itu bukanlah orang Melayu. Lantas kami pun mengambil keputusan menonton sahaja rancangan itu. Rupanya itu adalah Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa.

Para pesertanya terdiri daripada orang2 yang bukan Melayu. Sangat cute aku tgk kesemua peserta2 itu menyanyikan lagu Melayu kita. 

Tahniahlah kepada RTM dan jugak Jabatan Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negara atas usaha memartabatkan lagu dan bahasa melayu.

Tapi sayangnya aku terlepas detik2 pengumuman utk pemenang tapi keputusannya dh pun aku ketahui. Korang nak tahu jugak? okay, klik sini



Thursday, December 01, 2011

..Ishhh bunyi apa itu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Saat aku menaip entri ni, hujan turun dengan lebatnya. Memang sudah dijangka kerana musim hujan sekarang ni, bila2 sahaja awan nano akan menumpahkan airmatanya. Tiba-tiba pulak aku terdengar bunyi seperti org bersiul. Macam bunyi kucing mintak tolong pun ada jugak...heee..

Tertinjau2lah mata aku mencari dengan berpandukan pendengaran aku yg masih baik ini. Menjenguk ke tingkap. Tak ada apapun. Yang ada hanyalah imbasan bayang2 pokok yang bergerak di simbah lampu neon. Segera ku tutup langsir tingkap agar tidak terpandang lagi bayangan itu yang hanya akan mendatangkan rasa terkejut dan membuatkan bulu roma berdiri

Aku keluar keluar tamu sebentar dan kemudian ke dapur untuk menutup tingkap. Bimbang tempias hujan yang lebat akan membasahkan ruang dapurku yang comel itu.

Aku ke ruang tamu pula, duduk sebentar. Bunyi seperti wisel pula kedengaran. Kuat! Lantas remote control ku capai dan TV ku buka. Yang menyapa pandangan aku adalah retak-retak pecahan gambar. Aduhai...time hujan ni pulak rasanya alangkah bagusnya kalau tidak melanggan astro. Kemudian skrin TV pun menjadi gelap. Remote ku capai semula dan menutup TV.

Aku kebilik semula dan menyambung entri ini. Pintu bilik ku buka lebar-lebar. Entah kenapa rasa seram pula tinggal seorang diri kala ini. Wahai Mr Nice Guy, cepatlah pulang....


Sehelai Selendang Putih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

susahnya nk jumpa gambar selendang putih dan malasnya nk ambik gambar...lebih  kurang camni lah..

Hari ini aku ke pasar malam. Tkde niat sbnrnya nk ke sana tapi disebabkan seorang kawan minta ditemankan mencari VCD hindustan, maka aku dengan senang hati setuju sahajalah.

Tak ada apa sbnrnya aku nk cari atau nk beli. Memandangkan smlm aku ada buat laksa (masih belum sempat nk makan) maka aku bercadang nk makan mlm ini sahaja. Jadi tk perlulah aku nk serabutkan kepala otak ni nk fikir 'apa nk masak malam ni?" heee..

Dah jalan2 tu, teringat aku nk mencari tudung atau selendang berwarna putih utk dipakai waktu kenduri kahwin saudara nanti. Belek punya belek akhirnya aku memilih sebuah selendang cotton dan bawal (terpengaruh dengan kata2 kakak penjual tudung tu - mmg pandai dia berniaga.) Style baru konon nk pakai cara Hana Tajima atau pun Yuna...weeee

Memandangkan di tangan ada 2 helai tudung berwarna putih maka aku ambil keputusan utk membeli satu sahaja..

"Ambiklah jugak yg ini dik. Murah je akak jual tu. Bukan senang nk dapat."

"Tak apalah kak, kat mana2 pun rasanya harga sama juga." kataku.

"Eh tak samalah dik. Cuba rasa kain tu." pujuk kakak penjual itu.

"Sama aje saya rasa. Tk pelah kak, yg ini aja. Yg itu lain kali jelah." aku masih enggan.

"Betul ke? menyesal nanti." kata kakak itu

Aku menggeleng sambil tersenyum. Tiba-tiba...

"Tak apa Yani. I beli." tiba-tiba kawanku bersuara.

Aku tersentak. "You nk beli? untuk siapa?" soalku.

"I belikan untuk youlah." kata kawanku.

Aku pada mulanya enggan menerima tapi temanku itu bersungguh mahu membelikan aku.

"Tak apalah, you kan selalu belanja I." kata kawanku ini.

Dengan rasa terharu aku mengucapkan terima kasih. Sungguh, aku bukanlah selalu belanja dia makan. Cuma setiap kali aku buat sarapan pagi atau ada makanan yang berlebih pasti aku akan kongsi bersamanya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Terasa nikmatnya bersedekah (bukan menunjuk). Membuka peluang rezeki sbnrnya..Alhamdulillah..

Yang lebih membuatkan aku terharu kerana... dia adalah seorang wanita INDIA.

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design