Friday, December 30, 2011

..tired..yet happy..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah beberapa hari jugak rasanya tak menjengah blog ini..kesibukan melanda diri.

Bulan Disember ni mmg bulan yang sibuk. Setiap minggu masa terisi padat dengan bermacam-macam aktiviti. Kenduri kahwin, dengan dapur tgh di reno, pulang ke kampung...

Huh, sangat penat, awal bulan January sehinggalah ke bulan March, sudah ada aktviti yang menanti, conference, annual dinner dan company trip..heeee..seronok kan??

Minggu lepas pulang ke rumah asal mr nice guy. Hmmm...sambil menghadiri majlis perkahwinan, ambil kesempatan juga bermalam dan berkumpul bersama keluarga memandangkan mama mertua dan papa mertua turut serta sekali. Bagi aku yang takde kg ni., seronok sungguh! Berjalan dan menikmati buah2an.. durian, manggis dan rambutan..wah melimpah ruah..alhamdulillah.

Apapun mmg seronok walaupun esoknya aku terpaksa bekerja..haihhh banyak projek yang harus diselesaikan.

Dan dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua warga dunia. Tak sangka dah nak tahun 2012 kan...masih nk continue azam yg lepas2 ke? heee...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design