Monday, December 05, 2011

Pertandingan lagu Melayu Antarabangsa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam, setelah penat kaki berjalan mengukur Sunway Pyramid dan kemudian dibasahi oleh rintik2 hujan ketika berjalan ke tempar parkir (wah sangat romantik kan hee) kami melepaskan lelah dengan berehat menonton TV

Secara tidak sengaja telah tertukar chanel RTM1 (di mana jarang aku layari). Di skrin TV ketika itu kelihatan seorang gadis manis menyanyikan lagi Yuna. Suaranya sedap. Rupanya gadis itu bukanlah orang Melayu. Lantas kami pun mengambil keputusan menonton sahaja rancangan itu. Rupanya itu adalah Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa.

Para pesertanya terdiri daripada orang2 yang bukan Melayu. Sangat cute aku tgk kesemua peserta2 itu menyanyikan lagu Melayu kita. 

Tahniahlah kepada RTM dan jugak Jabatan Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negara atas usaha memartabatkan lagu dan bahasa melayu.

Tapi sayangnya aku terlepas detik2 pengumuman utk pemenang tapi keputusannya dh pun aku ketahui. Korang nak tahu jugak? okay, klik sini



No comments: