Thursday, December 01, 2011

..Ishhh bunyi apa itu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Saat aku menaip entri ni, hujan turun dengan lebatnya. Memang sudah dijangka kerana musim hujan sekarang ni, bila2 sahaja awan nano akan menumpahkan airmatanya. Tiba-tiba pulak aku terdengar bunyi seperti org bersiul. Macam bunyi kucing mintak tolong pun ada jugak...heee..

Tertinjau2lah mata aku mencari dengan berpandukan pendengaran aku yg masih baik ini. Menjenguk ke tingkap. Tak ada apapun. Yang ada hanyalah imbasan bayang2 pokok yang bergerak di simbah lampu neon. Segera ku tutup langsir tingkap agar tidak terpandang lagi bayangan itu yang hanya akan mendatangkan rasa terkejut dan membuatkan bulu roma berdiri

Aku keluar keluar tamu sebentar dan kemudian ke dapur untuk menutup tingkap. Bimbang tempias hujan yang lebat akan membasahkan ruang dapurku yang comel itu.

Aku ke ruang tamu pula, duduk sebentar. Bunyi seperti wisel pula kedengaran. Kuat! Lantas remote control ku capai dan TV ku buka. Yang menyapa pandangan aku adalah retak-retak pecahan gambar. Aduhai...time hujan ni pulak rasanya alangkah bagusnya kalau tidak melanggan astro. Kemudian skrin TV pun menjadi gelap. Remote ku capai semula dan menutup TV.

Aku kebilik semula dan menyambung entri ini. Pintu bilik ku buka lebar-lebar. Entah kenapa rasa seram pula tinggal seorang diri kala ini. Wahai Mr Nice Guy, cepatlah pulang....


0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design