Wednesday, November 23, 2011

..Perkataan Yang Tidak Ingin Dilihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pagi ini keluar pergi keje seperti biasa sebelum pukul 7.30. Dan aku akan sampai opis sekitar jam 8.00. Kalau aku tk membawa bekal sarapan, maka aku akan menjoinkan diri melepak di kedai bwh bersama kawan2 sepejabat.

Tapi hari ini nasib tak berapa nk bagus. Jalan pintas/potong yang selalu aku ikut tu disekat oleh abang polis traffic. Hee..memula tu hairanlah jugak kenapa jalan di sebelah lengang sahaja. Nasib baik jugak aku memakai cermin mata, maka dapatlah aku melihat dengan jelas kelibat Abang polis tu, kalau tak mahu buta2 aku kena saman agaknya..

Sambil menunggu giliran yang seperti biasa akan memakan masa beberapa minit, aku menguatkan volume radio sambil menyanyi. Mataku sesekali liar memandang sekeliling. 

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berjalan di kaki lima jalan dr arah bertentangan. Tiada apa yang menarik perhatian aku selain dari baju T-Shirt yang dipakainya.

Di bahagian tengah hadapan bajunya itu terpampang logo kcubratS (sila baca dalam keadaan terbalik). Aku pun membaca tulis di bajunya dan tiba-tiba aku tergelak kecil. Perkataan itu bukanlah kcubratS tapi kcufratS

Hehe..itu macam pun boleh ke? Teringat masa aku di Jakarta. Ada gerai-gerai kecil di kaki lima yang mamakai logo seakan2 sama dengan kcubratS tapi nasib baik dia tak tiru bulat2 perkataan itu. Perkataan yang tertulis adalah : SEMERBAK COFFEE.. ~ lol~


No comments: