Wednesday, November 23, 2011

Mari cerita perihal kentut..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam ini aku tgh semangat nk siapkan keje rumah (keje pejabat yg dibawa balik ke rumah). Sedari awal sampai rumah segalanya telah kusiapkan (masak utk dinner, apa lagi) supaya senang utk aku siapkan keje yg berlambak tu. Due datenya hari ini sbnrnya..owhh NO!!!!!

Lappy sendiri dah rosak (tk repair2 lagi) so cadang nk gunakan lappy en suami. Aku buka email dan.... 

eh kenapa file tkleh bukak ni? 

cuba lagi dan lagi...huaaa..rupanya Microsoft Office sudah di removed, utk diinstall dengan versi yg baru. Langsung jatuh merundum semangat aku. Pepagi esok nampaknya harus aku pergi ke pejabat awal pagi...heee

So aku pun blogging ler hari ni. 

Tetiba pulak teringat kisah KENTUT ni. Ceritanya begini:-......

Alkisah tersebutlah kisah kawan aku ni duduk mengadap pc (sibuklah konon nk buat keje) kemudian dtglah lagi seorang rakan sekerja dan berdiri betul2 di sebelah kawan aku ni untuk berbincang sesuatu.  Aku pula ketika itu sedang sibuk dengan kerja aku. 
Tiba-tiba rakan yg lagi seorang itu bertanya, "Eh ada bau lah. Bau apa ni ya? Macam bau masakan agaknya." dia bertanya kemudain dia menjawab sendiri. " You ada terbau ke yani?" soalnya.
Aku menggeleng kepala, "tak ada pun." kerana mmg aku tk bau apa2 pun.
"I rasa ada org masaklah." katanya lagi. Memang di sebelah bangunan pejabat itu ada beberapa buah kedai makan.
Aku mengiakan sahaja.
Yang kawan aku ni pulak senyap aje. Hehe..
Setelah rakan seorang itu pergi, kawan aku ni menghampiri aku lalu berkata, "Eh I yang terkentut tadi. Tak tahan. Takde bunyi tapi ada BAU..."
Hahaha..mahu tergelak guling2 aku dgr. Kasihan rakan itu yg terpaksa menghidu bau kentut tu pulak. 


0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design