Thursday, November 10, 2011

Loji Kumbahan Sudah Dipagar

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Pagi ini aku singgah kat rumah famili sebelum pergi ke pejabat untuk menghantar Tuna pastry yang aku buat tadi. Dapatlah jugak kakak aku bawa ke pejabatnya utk bersarapan. Baru terima feedback sedap katanya tp biasalah masih ada ruang untuk lebih baik lagi..heee

Seperti biasa, kalau pepagi begitu memang aku tidak akan ikut jalan besar untuk kepejabat, sebabnya jalan pasti akan sangat sesak! So aku pun terpaksa mengambil laluan ke Pantai Dalam. Biarlah agak jauh sedikit dan terpaksa berpusing, dari aku stuck dalam kesibukan di jalan yang 'dekat' itu..

Pernah beberapa bulan yang lalu aku ambil jalan tu, aku tengok dah berubah. Jalan sudah semakin cantik kerana baru berturap. Sangat selesa berbanding sebelum ini.

Pagi ini aku tgk pemandangan yang baharu lagi. Loji kumbahan itu telah dikelilingi dengan pagar bertutup (sebelum ini hanya pagar dawai sahaja)

Actually pemandangan di situ cantik (walaupun kadang2 ada bau jugak hee). Yang seronoknya bila ada bangau yang bermain di kawasan loji itu. Tapi nampaknya sekarang pemandangan seperti itu sudah tidak dapat dinikmati lagi.

Tidaklah pulak aku tahu kenapa ditutup. Adakah disebabkan untuk mengelakkan bau? Aku rasa kalau dipasang pagar bertutup begitu sekalipun, baunya tetap akan ada juga kerana yang ditutup hanya di kelilingnya sahaja. Entahlah..

Apapun aku rasa pemandangan agak terhad apabila pagar ini dipasang....

No comments: