Monday, November 14, 2011

Kedai 1 Malaysia

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Agak-agak entri aku kali ini boleh membuatkan aku disaman tak? Hehehe hari itu terbaca entri di blog Dunia Dari dapur kak Jee tentang saman menyaman ni. Manalah nk tahu kan kut tanpa sengaja entri kita dh menyakiti org lain..

Tapi aku sebagai pengguna, nak jugak menyuarakan apa yang aku fikirkan.

Hari itu temankan kawan pergi ke Majlis Perbandaran bagi mengambil hamper Deepavali yang diberi oleh MP bagi golongan yang terpilih (tapi hampa sbb PIC tkde - kuar makan, tkde pulak tu org yg boleh bg hamper tu selain seorang PIC. Huh, dahlah bukan senang nak parking kat sana, boleh pulak kan takde org yg boleh tolong. Sungguh aku tak paham!!)

So kami pun mengambil keputusan untuk mkn di Kedai 1 Malaysia. Murah, kata kawan aku ni.
So masuklah kami ke dalam kedai tu (boleh tahan ramainya). Yang aku pulak, melangkah sahaja ke dalam kedai, mula terasa mual. Sebab apa? Sebab bau kedainya itu sungguh memualkan bagi aku (bau masakan, korang paham jelah kan). Aku terpaksa menahan nafas. Nak aje aku ajak kawan beredar dari situ tapi memandangkan dia yang nak belanja maka aku sabarkan ajelah hati ini. Cepat-cepat aku suruh kwn tu ambil tempat di luar. 


Hari itu aku hanya ambil nasi suku (seperti biasa), sepotong tempe, sepotong tauhu, seketul begedil dan sedikit sayur dan sirap limau ais (selalunya minum air suam je kan..tpi..org belanja hehehe...).

Makanannya bolehlah tahan sedapnya walaupun belum boleh dikategorikan sebagai 'WOW!!'.

So tidak lama kemudian dtglah org mengira. Aku nampak resit yang diletakkan di meja. RM2.60 & RM4.50. Kami pun berkira-kira sendiri. Aku menjangkakan makanan aku hanya berharga RM1.50 dan kawanku (makan ayam, sayur dan tempe) berharga RM3.00 sementara RM2.60 itu adalah air minuman. Dalam hati "Wah, murahnya!"

Rupanya, yang RM2.60 itu adalah harga makanan aku, dan RM4.50 makanan kawanku. Untuk minuman di bwh itu ya..heheheh.. Still murah ke? Bolehlah kalau nak dibandingkan makan kat KL sana tu, tp kat Pj tempat aku ni rega makanan macam ni biasa sahaja...

Entahlah, nk komen lelebih pun aku tak reti...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design