Wednesday, November 09, 2011

Jom Cuci Mata

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Last week Raya Haji balik kampung lagi...weeee...

Seperti biasa sepanjang jalan tu aku dh kuarkan henfon aku utk standby nak ambik gambar (maklumlah aku takder kamera yg canggih)

Seronok je tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Nak-nak pulak masa ni sawah padi tengah nak naik - menghijau dan masih berair. Sangat cantik dan sejuk mata memandang. Aku ambik gambar dari kereta sahaja cukuplah, bukannya aku nk pamerkan, hanya sekadar suka-suka menghargai keindahan alam ciptaan Ilahi. Gambar langit dan awan yang sangat cantik. 



Petang ini sewaktu nak menjemput kawan en suami yang turut 'teringin' nak balik kampung, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mencuit hati. Actually dari jauh aku dah perasan nampak bayangan kecoklatan di dalam sungai (sungai ke longkang ke tali air aku pun tk pastilah). Disebabkan mata yang rabun ini, aku sekadar memrhatikan bayangan itu sehinggalah kereta kami mendekati kawasan itu. Rupa-rupanya sekumpulan remaja (bolehlah dikategorikan dalam kumpulan remaja tapi remaja tua bangka) haha sedang berendam di dalam sungai tersebut. Aku nak standby ambik gambar pun naik segan pulak bila kami melewati  kumpulan mereka, mereka bersorak sambil melambai. Gelak kami di dalam kereta. Ini mesti kes gian nak mandi sungai..alahai...


Menjelang maghrib, kami berangkat pulang. Aku seperti biasa akan memerhatikan pemandangan. Sempat jugak aku ambil gambar matahari terbenam. Perjalanan diteruskan sambil sesekali aku mendongak memandang ke langit dan di suatu ketika terlihat sang rembulan yang baru nak memunculkan diri. Dengan pantas aku menarik henfon dengan harapan nk mengambil gambar sang rembulan, namun impianku tidak tercapai apabila tiba-tiba ada suara menegur :-

"Tak takut ke ambik gambar malam-malam ni? Nanti entah gambar apa yang muncul."

Terus aku terdiam mendengar kata-kata en suami, dan meletakkan semula henfon di atas dashboard..heee..seram. Tiba-tiba pula teringat peristiwa mengambil gambar sewaktu aku di sebuah bilik Hotel di Ciater, Bandung, Indonesia...

Boleh baca cerita di sini. Gambar aku lupa nk masukkan rupanya

Untuk mengisi waktu yang terluang di dalam keretapi, kakakku melihat2 gambar yang kami ambil semasa di Bandung. Tiba-tiba dia mengunjukkan kamera padaku dan menyuruh aku melihat dengan jelas apa yang aku nampak. Aku cuba zoom pada gambar tersebut dan zurrr...berderau darahku kerana melihat objek misteri yang 'menumpang' di dalam gambar tersebut, betul2 di belakangku. Adus..kami membuat perbandingan dengan gambar yang lain dan ternyata memg tiada apa yang sepatutnya mencurigakan. Bayangan itu masih menjadi sebuah misteri yang tak terungkai...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design