Thursday, November 17, 2011

...Hari ini sepatutnya aku

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Hari ini sepatutnya aku..eh kami sudah berangkat untuk cuti2 luar Malaysia. Tapi dek kerana keadaan alam yg tidak mengizinkan, maka trip pun terpaksa ditunda. Insya Allah ke bulan February tahun depan.

Musim skrg ni tak berapa nk menentu. Tak boleh nak dijangka. Pagi tadi sebelum keuar rumah, mentari bersinar dengan indahnya, tapi skrg ni sewaktu aku mencuri masa nak update blg (syhhhh...) cuaca macam dh agak mendung sedikit. Harap-harap baju yang ku basuh malam tadi sempat kering menjelang aku pulang. Terima kasih kepada en suami yang membeli mesin pengering tu, sekurang-kurangnya risiko baju berbau dan lembab itu dapatlah dikurangkan..heeee

Musim tengkujuh ni mulalah banjir di sana sini, termasuk tempat yang kami cadang nak pergi. Harap2 awal tahun depan cuaca baik-baik sahaja.

Aku serik sebenarnya dengan banjir ni. Dulu sewaktu aku masih kecil2, pengalaman banjir ini sangatlah aku tidak suka. Mana tidaknya, badan tersangatlah penatnya terutamanya apabila banjir sudah surut. Ketika itu mulalah nak mengemas, kadang2 merungut jugak aku. 

Heee tapi yang bestnya bila dapat main banjir (kolamlah kononnya tu kan) siap nk buat acara kuak lentang meredah banjir. Bila sekrg ni dah dibuat loji air, banjir pun dh tkde di kawasan rumah aku tu. Rindu rasanya dengan zaman kanak-kanak dahulu.

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design