Thursday, November 17, 2011

..eh eh dia tengok kita

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Eh eh dia tengok kita, dia jeling mata..

Korang pernah dgr lagu ni? Hee.. yg aku nak cerita ini bukan kisah cinta atau kisah yang best sgt pun..

Pagi ini seperti biasa aku keluar rumah terpaksa melalui selekoh yang selalunya akan sesak di situ kerana byk kereta nk keluar ke simpang termasuklah kereta aku.

Dan seperti biasa, aku akan buat acara haram..heee cilok keluar di tempat yang tidak sepatutnya. Memula tu memang takut tapi apabila melihat org lain okay sahaja maka aku pun dh 'biasa' juga.

Selalunya aku senang sahaja nak keluar dari situ, tapi kali ni nak jadi cerita, sewaktu nak menyempit di selekoh tu, sebuah kereta (aku tk tahulah kete jenis apa) cepat-cepat aje nk menghalang laluan aku. Aku senyum sahaja. Biasalah tu kan..ramai orang yg kedekut apatahlagi bila lihat org2 yg suka nk menyelit di tempat yg tidak sepatutnya (akulah tu)

Sebenarnya boleh aje kalau aku nk menyelit. Memang ada ruang di situ utk aku masuk. Tapi pemandu wanita itu, dengan muka yang masam melihat aku dan sengaja nak membakar aku dengan menekan minyak keretanya sedikit demi sedikit supaya jarak keretanya dengan kereta di hadapan menjadi rapat bagi mengelakkan aku mencelah.

Haha gelak aje aku dalam hati. Malaslah kan nak menyelit secara paksa. Kena sedar diri sikit hee..

Tapi dalam ramai2 yg kedekut mcm itu, sentiasa ada orang yang bertimbangrasa akan memberi laluan.

1 comment:

Hanny Esandra said...

kak yanie,
ni ada contest baru..jom join..hehehe..