Sunday, October 02, 2011

HOT Ticket? Memang HOT!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Bagi kengkawan yang menggunakan talian pre-paid HOTlink, mesti tahu apa yang bestnya pakai HOT Ticket ni kan? Aku pun pada mulanya taklah teruja nak menggunakan HOT Ticket sehinggalah en tunang (skrg suami dah) yang mengsuggestkan aku supaya menggunakan HOT Ticket ni. Jimat katanya. Aku mulanya tak percaya tapi setelah menggunakan perkhidmatan ini barulah rasanya berbaloi hehehe..

Okay yang aku nak cerita kat sini, semalam otw nak menghantar mama mertua ke kampung, kami singgahlah ke pekan dahulu, makan tengahari di sana dan singgah ke pasar membeli barang-barang untuk dimasak. En suami dah bercadang nak membeli henfon baru. Maka kami singgahlah dari satu kedai ke satu kedai. Kemudian en suami masuk ke dalam sebuah kedai telefon, yang aku ni pulak pantanglah nampak ada kedai yg menjual tudung dan aksesori, panjanglah langkah aku ke sana hehe. 

Setelah membeli tudung, aku turuti en suami ke kedai telefon itu, aku lihat en suami mahu berjalan keluar dari kedai. Eh? tak jadi nak membelek henfon ke? soalku dalam hati.

Mama mertua pun mengajak aku keluar dari kedai, tapi sebelum itu sempatlah aku membeli 2 keping HOT ticket. Huhu tak  pernah-pernahnya aku membeli 2 sekaligus. Selalunya hanya sekeping sahaja dan aku akan mencari lagi sekiranya dah habis tempoh.

Kemudian en suami menjengah pula ke kedai telefon di seberang jalan pula sementara aku dan mama mertua masuk ke dalam kedai kasut. Kemudian en suami pun datang menghampiri..

"Jom masuk dalam kedai sana.?" ajaknya.

"Kat sini offer tak best  ke?" soalku sambil menunjukkan kedai yang kami singgah tadi. Rasa aku itulah kedai yang pernah di survey oleh en suami sewaktu  bulan puasa dahulu, kedai yang harga telefonnya murah.

"Memanglah kedai yang sama tapi harga dah mahal." komen en suami. 
"Lagipun dorang layan macam nak tak nak je." sambung en suami lagi, sedikit merungut.

Maka kami pun masukkah ke kedai yang di seberang itu. Memanglah ah moi yang menjual henfon itu sangat ramah dan pandai berniaga.

En suami membelek henfon yang ada di situ. Aku hanya mampu menjeling sahaja memandangkan henfon aku pun baru sahaja ditukar, diberi oleh en suami maka aku hanya mampu jeling-jeling ajelah di situ.

Kemudian setelah en suami memilih henfon yang berkenan di hatinya..

"Ah moi, saya mahu HOT ticket 2 keping." en suami bersuara.

"Okay" jawab ah moi itu.
"Sekarang ni HOT ticket ada gores dan menang, abang," ah moi itu bersuara lagi.

Ah moi itu kemudian memberi 2 keping HOT ticket dan menyuruh en suami menggores di ruang yang disediakan.

"Beg bola." kata en suami apabila tulisan di goresan itu muncul. Beg bola ni beg recyle. Lehla guna untuk shopping bila tibanya hari tanpa plastik kan. 

Beg bola

"Bonus SMS." kata en suami lagi apabila kad yang kedua digores.

""Aaaaa." aku dengan rasa yang sedikit HOT mengomel. "Ala, yani dh beli 2 tiket tau kat sana, tapi tkde pun gores dan menang ni" Mereka bagi kad hari raya punya. Dahlah KFC boleh ditebus sehingga pertengah bulan ini sahaja. Aku pulak dah rasa mcm muak pula selalu sangat mkn KFC.

En suami sudah menggelakkan aku. 

"Hadiah apa lagi yang ada?"" tanya en suami.

"Owh T-Shirt pun ada." jawab ah moi.

Lantas en suami meminta lagi 2 keping HOT Ticket. Sambil itu tersenyum-senyum melihat aku.

Aku pulak jadi bertambah HOT. Yelah, aku rasa aku tknk HOT ticket dengan KFC tu tapi aku nak gores dan menang (walaupun belum tentu aku akan memang heheh) tapi seronok kan. Agaknya kedai yang aku membeli HOT ticket itu banyak berlebih HOT Ticket yang lama, maka dia mahu menghabiskan stock yang ada..heheh pada perkiraan akulah.

Kemudian en suami menghulurkan 2 keping HOT ticket ke arahku.

"Nah, tolong gores." katanya.

Hee, aku pun tersenyum. Tolong gores pun jadi jugaklah!

Kad yang pertama: T-Shirt HOTlink.
Inilah rupa T-shirt itu

Kad yang kedua : Bonus SMS

Waa, T shirt itu cantik, kualitinya pun bagus. En suami dah mula tersenyum-senyum

"Tengok, bertuahnya tangan abang ni pilih kad."

"Eh, tangan yang menggores tu yang bertuah." ujarku tak mahu kalah (Hee nak jugakkan)

En suami dan mama mertua hanya ketawa sahaja. Hmmm..

Aku rasa bagus jugak HOTlink ni buat macam ni. Tapi yang tak bestnya ialah validity kad ini. Cepat sangat expirednya....



No comments: