Friday, October 28, 2011

Fahamilah

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Aku mahu dia menjadi teman
Yang sedia mendengar luahan hati ini
Walaupun hanya cerita remeh
Tentang hari-hariku yang seindah biasa..

Aku mahu dia menjadi sahabat
Yang sudi bergelak ketawa berkongsi segala kegembiraan
Yang sudi menumpahkan airmata saat aku kesedihan

Aku mahu dia menjadi musuh
Yang sentiasa mengkritik diri ini
Agar aku bisa menjadi insan
Yang lebih berintegriti

Aku ingin dia menjadi kekasih
Yang sentiasa bersedia meminjamkan bahu
Yang sentiasa rela menyapu airmata
Yang memahami gelora di hati walaupun bibir terkunci
Yang mengerti apa mahuku walau hanya dengan renungan mata
Yang sentiasa ada di saat-saat aku memerlukan...

~~ fahamilah ~~

No comments: