Friday, September 23, 2011

Perihal Keropok Lekor

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Gambar  hiasan

Petang semalam singgah lah aku ke pasar malam berhampiran dengan tempat kerja. Teringin pulak rasanya nak makan laksa (hehehe ke malas masak sebenarnya??) Eh taklah, mmg suka jugak singgah ke situ.

So singgahlah aku ke sana. Disebabkan skrg ni tgh menghitung hari dan jari utk sampai ke hujung bulan, maka perbelanjaan tu kenalah berpada. Bila merayau kat sana, mulalah teringin nk beli itu ini, keinginan nk membeli buah lagilah melonjak tapi budget tk berapa nk cukup huhu..

So aku singgah jelah beli laksa semata. On the way nk ke kereta tu, seperti biasa akan lalu ke gerai pakcik jual keropok ni. Memang kalau beli keropok mesti beli kat pakcik ni sebab keropoknya yang rangup itu sedap dan tentulah rangup. Memandangkan ada duit kecil dalam tangan, aku pun berhenti di gerai pakcik ni.

Tapi yang aku perasan pakcik ni mcm tk berapa nk jujur bila berniaga,  ke pakcik tu tk berapa pandai nak mengira? Ekekek. Eh bukan fitnah, tapi mmg betul pun. Memulanya yang perasan tu kakak aku. Belilah keropok singgit kat pakcik tu. Kebetulan yang mengambil waktu itu seorang budak yang ku kira anak pakcik tu agaknya. Entah mcmana kakak aku boleh terperasan yang jumlah keropok itu kurang satu dr jumlah sebenar. So kami menganggap itu hanya satu kesilapan secara kebetulan.

Tapi yang peliknya, dh berkali juga aku beli dan kukira mmg jumlahnya tidak cukup. Semalam singgah lagi nak beli keropok pakcik tu (dah tahut ak cukup lagi nk beli kan????)

Aku : Pakcik, bg keropok yg ini dua ringgit (sambil menunjuk keropok yg rangup itu)

Pakcik : Okay, dua ringgit dua puluh keping. (pakcik itu mengira dengan kuat..sehinggalah....) ....enam belas, dua puluh (pakcik itu menambah lagi 2 keping keropok pada perkiraan yng terakhir)

Aku : (tersenyum simpul - erk??? dari enam belas terus ke dua puluh?)

Aku pun membuat pembayaran dan kemudian berlalu dari situ.

Sampai di kereta..hehehe punyalah notty, aku kira semula keropok itu satu persatu. Haaa...memang tak cukup lagi dua keping. Aku hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Maknanya seringgit = 9 keping sahaja bukanlah 10 seperti yang dikata. Apapun aku halalkan sahaja urusniaga aku dengan pakcik itu.

Pada pendapat aku pakcik itu pun seharusnya jujurlah. Jika ingin mengaut keuntungan lebih, jual sahajalah 9 keping dengan harga RM1, tak perlu menipu pelanggan dengan memberi harapan. Sekiranya mmg rezeki dia ada, pasti akan ada yang membeli keropoknya walau harganya mahal sedikit dari gerai yang lain. Cuba bayangkan. seandainya seorang pelanggan itu hanya mempunyai RM1 dan mahu membeli keropok untuk 10 orang ahli keluarganya, hmmm bukankah salah seorang dari ahli keluarga itu terpaksa menahan air liur? Heee... phm kan maksud yang aku nk sampaikan di sini?

Aku rasa tak sampai hati nak beritahu pakcik itu, tapi berdosakah aku agaknya kalau mendiamkan sahaja?...

Pssstttt terjumpa pulak semalam kawan lama, tapi syg tk dapat berborak lama2 sebab aku mengejar masa.

No comments: