Friday, July 08, 2011

Tempe Owh Tempe

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Hari ini aku nak cerita perihal tempe. Sape yg tak kenal tempe? Sape yang tk suka tempe? Hehehe..rasanya ramai je yang suka kan? Termasuklah aku. Sangat suka walaupun hari-hari makan AKU TAK KISAH! Apa? orang Jawa? Aku bukanlah orang jawa. Kenapa ya asal sebut tempe je mesti orang akan fikirkan kita ni orang Jawa? Entahlah..yang aku tahu aku sukakan tempe dan boss aku (berketurunan cina) juga sangat sukakan tempe..heee...

Tempe kan banyak khasiatnya. Seharusnya makanan yang berkhasiat itu haruslah diamalkan selalu (ceh, ini pendapat orang yg sukakan tempe ^_^) Apapun korang bacalah infor tentang tempe di sini. Aku cuba cari dlm bahasa malaysia tapi tk jumpa pulak.

Alkisahnya, hari ini aku dan kawan2 pergi ke kedai makan yang menjadi salah satu kedai kegemaran kami (pstt...sebenarnya sbb tk byk pilihan di sini - itulah sebabnya) Tapi apapun masakan di sana mmglah boleh diterima oleh tekak aku ni. 

Hari ini hari jumaat, seperti biasa kedai makan akan penuh dengan orang terutamanya orang lelaki yang nak pergi solat Jumaat kan. So ceritanya yang aku nk tekankan di sini ialah TEMPE sudah kehabisan!! Whoaa.. 

Tempe di kedai itu tempe biasa aje, tempe goreng tepung. Aku dengan nada tak puashati kononnya tegurlah abang pemilik kedai itu

"Bang, tempe takde ke hari ni?'

"Bukan tak adalah dik tapi dah habis. Memang hari-hari kami akan beli tempe sampai orang menjual tempe pun dh tahu kami pasti akan beli tempe."

Aku pun buatlah muka kesian..(heee)

"Tak apalah, saya pergi suruh pekerja saya pergi tgk kat gerai yang satu lagi (gerai yg dibuka khas utk org tapow je). kalau ada saya bagi sorang satu free."

Weee....aku hanya senyum aje. Tapi dalam hati mmg dah agak takkan ada lagi..

Selang beberapa minit kemudian..(nasi pun dh nk habis)

"Tak adalah dik tempenya. Dah habis jugak" beritahu abang itu.

Hahaha... tak apalah bang. Terima kasihlah sebab sudi juga bersusah payah nk puaskan perut kami ini hee..nasib baik aku tak mengidam nk tempe kan. So, okay ajelah aku makan hari ini dengan berlaukkan ikan goreng cili dan sayur. Alhamdulillah...

No comments: