Tuesday, July 05, 2011

Pelik Tapi Benar

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Lamanya tak menjenguk blog ni. Kesibukan masa menghalang aku untuk mengintai tirai coretan aku ini. Aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Masih banyak yang harus aku pelajari dan fahami, namun ianya tidak sedikitpun membebankan aku.

Bukan sahaja kehidupan peribadi yang berubah, kehidupan di pejabat turut sama berubah. Banyak yang perlu aku pelajari dan urusi namun tentulah aku akan mencuba sebaik mungkin. 

Berbalik pada tajuk entry aku hari ini..PELIK TAPI BENAR...jeng..jeng..jeng...(kasi impact suspen sikit)

Pagi semalam aku bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Seperti biasa, seawal jam 6 pagi aku sudah bangun. Selesai solat Subuh, terus ke dapur, jenguk2lah peti sejuk tu kalau2 ada apa yang boleh dimasak untuk dijadikan santapan pagi seiisi rumah.

Selesai menyiapkan sarapan ala kadar (untuk dibawa ke tempat kerja - kerana kesuntukan masa), aku pun bersiap, memakai baju dan berhias (nipis je!)

Seperti wanita yang lain, aku percaya korang mesti ada beg make up..betul kan??? Pelik kalau tkde kan. Beg makeup aku kecik dan ringan sahaja. Isinya alas bedak pelindung matahari, bedak, celak, pemerah pipi, gincu (jenis pensil, stick dan lip gloss) Aku sukakan warna yang natural sahaja, tak sesuai kaler2 yg terang2 itu okeh..

Nak dijadikan cerita, aku selesai memakai bedak, kemudian masa untuk mencalitkan sedikit celak di mata. Puas ku cari di mana celak aku tak jumpa2 jugak. Beg make up ku selongkar namun masih tk ketemu. Beg tangan, kotak simpanan brg2 semua ku geledah masih tidak ku temui. Hmmm..tak apalah, pujuk hatiku. Kemudian aku mengukir gincu pula di bibirku yang comel ini (ahaks!) So SIAP!!!

Sampai di pejabat, buatlah kerja2 pejabat yang diamanahkan seperti biasa....

Haaa..di sinilah berlakunya kejadian pelik itu. Petang, selesai mengerjakan solat Zuhur, seperti biasa jugaklah, muka yang cantik ini harus di touch up sikit supaya taklah nampak pucatnya. Aku pun mulalah menghias wajah ini satu persatu mengikut turutan biasa. Bila nak pakai lipstik, aku pun mengjadi hairan di mana pula lisptik pensil aku tu. Sedangkan aku yakin memang aku dah masukkan ke dalam beg make up paginya. Aku selongkar beg makeup aku dan secara tiba-tiba aku ternampak pulak celak hitam yang aku puas mencari sedari pagi tapi tak jumpa2. Agak2 korang apa yang pelik di sini? Takkanlah lipstik dan celak itu bertukar pula kan??? Aisehhh sangatlah tidak logiknya.. Lantas, di manakah lipstik aku itu dan bagaimanakah celak itu tetiba boleh ada di dalam beg itu pula?.Haishhh...fikirlah sendiri..

No comments: