Wednesday, July 27, 2011

Angelina Jolie??

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Sangat Seksi!! 


Heee... hari ini aku ke pejabat dengan wajah yang baru. Apanya yang baru ya? Penampilan? Tkdelah baru sangat sbb walaupun mmg sejak dah bergelar 'puan' ni, ramai yang menegur cara penampilan aku yang kelihatan lebih muslimahnya..Alhamdulillah (^_^)

Jadi, apa yang baru ya? Haaa...hari ini aku ke pejabat dengan bibir yang seksi seperti Angelina Jolie..Heee kalaulah mcm tu kan, maka tak senang duduklah orang kat pejabat ni, asyik nk mengadap muka aku ni je..

Tersebutlah kisah, malam tadi aku menggosok gigi sehingga terkena kulit di bibir, maka bengkaklah ia..huhu..

Pagi ni ke pejabat aku terpaksa menahan telinga mendengar usikan teman-teman..haishhh sabarlah hati

Wajah baru lagi

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Blog kini dah berwajah baru!! Lebih senang nak baca..otak aku pun tak serabut sangatlah nak melihatnya...

Cantik tak? Tak kisahlah kalau korang rasa tak cantik, yang penting AKU SUKA!!!


Tuesday, July 19, 2011

Penghuni Baru : Sementara atau Seketika??

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Setelah bangkit dari kesedihan kehilangan satu2nya waris keturunan No'e, kini aku kembali bergembira bermain dengan bulu-bulu halus itu..opssssssss...kucing hokeh!!

Kucing yang diberi nama SURI oleh suamiku, sempena kucingnya dahulu yang diberikan kepada kawannya untuk dipelihara. 

Kucing ini tersangatlah manjanya dengan karenah yang menggelikan hati.

Memanglah seronok nak membela kucing tapi memikirkan penjagaannya itu sedikit leceh memandangkan di rumah takde tanah.

Buat masa ini si Suri masih di rumah, menunggu keputusan 'mahkamah besar' samada mahu disumbatkan ke dalam 'penjara' (heheh pandai2 aje aku ni kan) atau dibebaskan tanpa ikat jamin...

Tunggu dan lihat...

Monday, July 18, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Last Saturday suami mengajak aku menonton wayang. Filem Harry Potter katanya. 

Yang aku pulak berfikir sejenak, "Sejak bila pulak ada filem Harry Potter yang terbaru?" 
Adoiii nampak sangat kan yang aku seperti sudah menjadi katak di dalam tempurung kaca. Semenjak dua menjak ni begitulah keadaan aku. Bukannya aku tidak nampak suasana persekitaran tapi 'kalis maklumat' sahaja..heee

So pergilah menonton wayang bersama seorang lagi teman. Hmmm cerita Harry Potter seprti biasalah yang macam kalian semua tahu, penuh dengan unsur2 suspen magikal. Apapun...layannnnn



Thursday, July 14, 2011

Sebuah Kehidupan

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Kesibukan dengan urusan kerja dan rumahtangga membataskan waktu aku untuk ber-blogging. Tugasan manuksrip pun masih belum sempurna aku kerjakan. Minggu ini aku harus bekerja kuat memandangkan pihak penerbit sudah bertanya. Entahlah kenapa skrg ini menjleang pukul 11 malam sahaja mataku mula layu. Kalau dulu aku masih boleh bertahan sehingga ke jam 3 pagi tapi skrg nampaknya aku masih belum serasi dengan jadual baru aku.

Semalam aku keluar makan bersama teman. Bercerita tentang kehidupan masing-masing. Mendengar ceritanya membuatkan aku terharu. Teringat aku dengan kata-kata suami bahawa setiap orang ada 'rezeki' masing-masing. Kadangkala kita lihat luaran seseorang itu sepertinya kehidupannya berjalan dengan lancar sahaja dan kita mengeluh dengan nasib yang ditakdirkan untuk kita dan membanding-bandingkan dengan mereka yang kita kira sempurna hidupnya. Namun hati di dalam siapa yang tahu? Penderitaan dan kehidupan mereka, hanya mereka sahaja yang mengetahui..

Mendengar cerita teman itu membuatkan aku lebih menghargai hidup, terasa kasih untuk suami semakin mendalam. Biar bagaimana dugaan yang Allah turunkan untuk kami, aku hanya berharap agar kami akan tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Semoga Allah akan melimpahkan rahmatNya untuk kami.



Friday, July 08, 2011

Tempe Owh Tempe

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Hari ini aku nak cerita perihal tempe. Sape yg tak kenal tempe? Sape yang tk suka tempe? Hehehe..rasanya ramai je yang suka kan? Termasuklah aku. Sangat suka walaupun hari-hari makan AKU TAK KISAH! Apa? orang Jawa? Aku bukanlah orang jawa. Kenapa ya asal sebut tempe je mesti orang akan fikirkan kita ni orang Jawa? Entahlah..yang aku tahu aku sukakan tempe dan boss aku (berketurunan cina) juga sangat sukakan tempe..heee...

Tempe kan banyak khasiatnya. Seharusnya makanan yang berkhasiat itu haruslah diamalkan selalu (ceh, ini pendapat orang yg sukakan tempe ^_^) Apapun korang bacalah infor tentang tempe di sini. Aku cuba cari dlm bahasa malaysia tapi tk jumpa pulak.

Alkisahnya, hari ini aku dan kawan2 pergi ke kedai makan yang menjadi salah satu kedai kegemaran kami (pstt...sebenarnya sbb tk byk pilihan di sini - itulah sebabnya) Tapi apapun masakan di sana mmglah boleh diterima oleh tekak aku ni. 

Hari ini hari jumaat, seperti biasa kedai makan akan penuh dengan orang terutamanya orang lelaki yang nak pergi solat Jumaat kan. So ceritanya yang aku nk tekankan di sini ialah TEMPE sudah kehabisan!! Whoaa.. 

Tempe di kedai itu tempe biasa aje, tempe goreng tepung. Aku dengan nada tak puashati kononnya tegurlah abang pemilik kedai itu

"Bang, tempe takde ke hari ni?'

"Bukan tak adalah dik tapi dah habis. Memang hari-hari kami akan beli tempe sampai orang menjual tempe pun dh tahu kami pasti akan beli tempe."

Aku pun buatlah muka kesian..(heee)

"Tak apalah, saya pergi suruh pekerja saya pergi tgk kat gerai yang satu lagi (gerai yg dibuka khas utk org tapow je). kalau ada saya bagi sorang satu free."

Weee....aku hanya senyum aje. Tapi dalam hati mmg dah agak takkan ada lagi..

Selang beberapa minit kemudian..(nasi pun dh nk habis)

"Tak adalah dik tempenya. Dah habis jugak" beritahu abang itu.

Hahaha... tak apalah bang. Terima kasihlah sebab sudi juga bersusah payah nk puaskan perut kami ini hee..nasib baik aku tak mengidam nk tempe kan. So, okay ajelah aku makan hari ini dengan berlaukkan ikan goreng cili dan sayur. Alhamdulillah...

Tuesday, July 05, 2011

Pelik Tapi Benar

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Lamanya tak menjenguk blog ni. Kesibukan masa menghalang aku untuk mengintai tirai coretan aku ini. Aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Masih banyak yang harus aku pelajari dan fahami, namun ianya tidak sedikitpun membebankan aku.

Bukan sahaja kehidupan peribadi yang berubah, kehidupan di pejabat turut sama berubah. Banyak yang perlu aku pelajari dan urusi namun tentulah aku akan mencuba sebaik mungkin. 

Berbalik pada tajuk entry aku hari ini..PELIK TAPI BENAR...jeng..jeng..jeng...(kasi impact suspen sikit)

Pagi semalam aku bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Seperti biasa, seawal jam 6 pagi aku sudah bangun. Selesai solat Subuh, terus ke dapur, jenguk2lah peti sejuk tu kalau2 ada apa yang boleh dimasak untuk dijadikan santapan pagi seiisi rumah.

Selesai menyiapkan sarapan ala kadar (untuk dibawa ke tempat kerja - kerana kesuntukan masa), aku pun bersiap, memakai baju dan berhias (nipis je!)

Seperti wanita yang lain, aku percaya korang mesti ada beg make up..betul kan??? Pelik kalau tkde kan. Beg makeup aku kecik dan ringan sahaja. Isinya alas bedak pelindung matahari, bedak, celak, pemerah pipi, gincu (jenis pensil, stick dan lip gloss) Aku sukakan warna yang natural sahaja, tak sesuai kaler2 yg terang2 itu okeh..

Nak dijadikan cerita, aku selesai memakai bedak, kemudian masa untuk mencalitkan sedikit celak di mata. Puas ku cari di mana celak aku tak jumpa2 jugak. Beg make up ku selongkar namun masih tk ketemu. Beg tangan, kotak simpanan brg2 semua ku geledah masih tidak ku temui. Hmmm..tak apalah, pujuk hatiku. Kemudian aku mengukir gincu pula di bibirku yang comel ini (ahaks!) So SIAP!!!

Sampai di pejabat, buatlah kerja2 pejabat yang diamanahkan seperti biasa....

Haaa..di sinilah berlakunya kejadian pelik itu. Petang, selesai mengerjakan solat Zuhur, seperti biasa jugaklah, muka yang cantik ini harus di touch up sikit supaya taklah nampak pucatnya. Aku pun mulalah menghias wajah ini satu persatu mengikut turutan biasa. Bila nak pakai lipstik, aku pun mengjadi hairan di mana pula lisptik pensil aku tu. Sedangkan aku yakin memang aku dah masukkan ke dalam beg make up paginya. Aku selongkar beg makeup aku dan secara tiba-tiba aku ternampak pulak celak hitam yang aku puas mencari sedari pagi tapi tak jumpa2. Agak2 korang apa yang pelik di sini? Takkanlah lipstik dan celak itu bertukar pula kan??? Aisehhh sangatlah tidak logiknya.. Lantas, di manakah lipstik aku itu dan bagaimanakah celak itu tetiba boleh ada di dalam beg itu pula?.Haishhh...fikirlah sendiri..