Wednesday, June 15, 2011

Its June 15th!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Lamanya aku biarkan blog ini berhabuk. Tumpuan aku sebelum ini teralih kepada persiapan perkahwinan aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Syukur semuanya selamat. 

Hari ini aku memulakan hari pertama bekerja setelah 10 hari mengambil cuti. Heee dan hari ini adalah hari lahir aku. HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Tahun pertama menyambut ulang tahun kelahiran sebagai seorang isteri. Perasaan aku? Hmm tak tahu macamana nak gambarkan perasaan kala ini. Apa yang pasti rasa bahagia menyelinap ke dalam diri. Semoga jodoh aku dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga kami akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, itu doa yang sering kupanjatkan ke hadrat Ilahi. Semoga hidupku dan suami akan dirahmati Ilahi..amin.

Okay, cukup dulu utk kali ini. Kerja banyak nak kena buat ni.. alahai...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design