Wednesday, June 01, 2011

Demam Lagi

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Sedihnya hati ini, aku demam! Macamana boleh demam pulak ni, sedangkan aku dah cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin (yeke? hehe)

Semalam tekak ni dah mula perit..sangat sakit. En Tunang memberi petua supaya berkumur-kumur dengan air garam. Siang semalam semasa kat opis terpaksalah aku menahan sakit dengan rasa sabar. Badan pun dah mula terasa panas.

Malam semalam, aku pun mulakanlah experimen dengan petua yang diberi. Aduh, sakitnya tekak apabila terkena air garam. Aku menahan rasa sakit huhu..sangat kesian. Tapi nak baik cepat punya pasal terpaksalah aku tahan. Kemudian aku pun terus membaringkan diri untuk berehat. Buat pertama kalinya aku tidur seawal jam 9.30malam. Hee aku dah berjaya memecah rekod diri sendiri.

************
Itu cerita minggu lepas. Dh siap tulis lupa nk post kat blog heheh. Skrg masih belum sembuh sepenuhnya lagi.. Selepas aja tulis n3 di atas ni, aku pun balik utk berjumpa doktor..sudahnya dpt 2hr MC.. huhu terbaring je kat rumah tk boleh bangun. Tulang temulang rasa nyeri dah lemah sahaja. 2 hari tu mmg flat dan lembik sbb langsung tkder selera nk makan. Even skrg ni pun tekak masih pahit2. Selera makan masih berkurangan jugak. 

Esok aku dah start cuti.. nak merehatkan badan dan minda. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik2 sahaja. Semoga kesihatan aku akan bertambah baik dan cuaca juga baik2 aje hendaknya..

Ya Allah, hindarilah kami dari segala malapetaka...amin

No comments: