Wednesday, June 22, 2011

Colorfull

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Title aku hari ni colorfull..ke colourfull? Mana satu yg betul? Hmmm tak kisahlah yang penting skrg ni aku rasa mcm aku colorfull je harini.

Malam tadi tk sempat nak gosok baju (ke malas???) Hmmm sbb masih baru-baru nak serasi dengan suasana baru jadi entah kenapa aku masih rasa kekok lagi..padahal..hmmm...

So pagi ini, aku membuka pintu almari dan termenung sejenak mencari pakaian utk hari ini. Actually hari ini adalah hari uniform. Aku sepatutnya memakai uniform company aku tapi disebabkan tak bawa uniform itu maka aku mencapai baju kemeja labuh petak2 coklat dan hitam. Dipadankan dengan seluar warna coklat (sbb itu je seluar yg ada kat situ huhuhu) Disebabkan baju tu tk perlulah aku nk gosok sgt maka aku pun mencapai baju kemeja tersebut.

Sekarang...tudung pulak! Alahai..belek punya belek tkde pulak tudung berwarna coklat kan (supaya matching lah konon tu dengan warna seluar yang ku pakai) Sudah, abes tu nk lawankan dgn tudung warna apa? Belek2 lagi koleksi tudung dan selendang yang aku ada..semuanya colorfull, tkder pulak yang bercorak kosong je. Akhirnya aku pun teringat akan tudung aku aku beli semasa majlis bertandang di rumah suami (sempat kan?? hehehe) tapi sayangnya tudung itu berwarna HITAM!! Tp apa nak buat. Nampaknya itu sahaja yang sesuai buat masa ini. Huhu aku yang rasa seperti "sungguh colorfull aku hari ini.!" Sangatlah tak matchingnya kan warna tudung dan warna seluar... tk perlah tahan jelah sepanjang hari ini..hehehe

No comments: