Thursday, April 28, 2011

WTH

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Title aku hari ni sangat lancangnya. Sebabnya, memang aku tgh angin je. Perkara ni berlaku semalam petang, tapi sampai harini kalau dikenang-kenang memanglah akan menaikkan darah aku lagi. Tapi aku harus 'cool'. Nak marah2 sgt pun buat sakit jiwa je.

Haishh tapi semalam tu mmg aku marah. Rasa mcm aku tak pernah angin macam tu. Kalau ikut hati, mahu sahaja aku hambur kemarahan pada orang tu kat situ juga...

Ceritanya, semalam pulang dari kerja aku singgah kat kedai fotostat/percetakan.Nak minta quotation kalau aku nak print warna. Lelaki 1, yang pada waktu itu sedang fotostat, pandang aku tanpa senyuman. Di sebelahnya ada 2 orang (lelaki dan perempuan) sedang berbual sambil bergelak ketawa. Yang perempuan itu tengah duduk menghadap komputer manakala lelaki seorang lagi berdiri di belakangnya.

Nak jadi cerita, beberapa minit jugak aku berdiri tapi tak ada seorang pun yg nak layan aku. Akhirnya aku membuka mulut bertanya : - 

Aku : Saya nak tanya, berapa ringgit you cas kalau saya nak print color atas kertas artcard saiz A4?

Lelaki 1 : (memandang muka aku sekejap) Tengoklah kertas tu kaler apa.

Aku : Kertas color putih tapi design saya berwarna.

Lelaki 1 : (Dengan muka tanpa senyuman dan tanpa memandang wajah aku) RM1.20. (Pada ketika itu dia sedang memandang seorang remaja lelaki yang bukunya sedang di fotostat)

Aku : (kurang pasti samada dia berckp dgn aku atau remaja lelaki itu) Ha? RM1.20?

Lelaki 1 langsung tk membalas kata2 aku. Kemudian remaja lelaki itu membayar harga naskah yang difotostatnya itu.  Kemudian Lelaki 1 terus berbual dengan Lelaki 2. Aku yang berdiri di depan itu seperti langsung tidak wujud. Lelaki 1 memberi sesuatu kepada lelaki 2 kemudian dia berjalan di hadapanku. namun dia masih tidak pedulikan aku. WTH!!! 

Aku sabarkan diri dan bertanya kembali, "So, macamana pertanyaan saya tadi kalau nak print color?"

Lelaki 1 pandang aku sekilas kemudian dia memalingkan muka dan bercakap-cakap dengan lelaki 2. 

Ya Allah tuhan je yang tahu macamana angin dan sebalnya aku. 

Lantas aku berkata, "Hei, bila orang bertanya buat tak layan!" terus ku berpaling dan berjalan sambil aku membebel.

Korang rasa patut atau tidak dia layan aku cenggitu. Apa dia ingat aku tak ada duit ke? Setakat kedai dia yang tersorok kat celah2 lorong tu tak payah nak berlagak. Dan semalam jugak mulut aku ringan je mendoakan semoga kedai dia bangkrap. Kalau orang nak tahu kedai itu terletak kat Pantai Dalam. Kalau korang ada lalu kat situ atau terlintas nak g fotostat atau print apa2 kat situ. LUPAKANLAH! Nama kedai itu kalau tak salah aku Kedai Fotostat Pantai Dalam. WTH!

1 comment:

Hanny Esandra said...

eeiii..
bodohnya! geraamm... nak menaiaga ke tak nak?

btul tu.. bankrap la kedai tu gamaknya..