Tuesday, April 12, 2011

Ting..Tong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah 2 hari ni aku tak dapat tidur dengan sempurna. Sebabnya, entah kenapalah mata ni payah benar nak lelap. Pelbagai cara aku lakukan supaya cepat terlelap, membacaca buku, menonton rancangan TV yang membosankan, namun tak berjaya jugak. Mata pulak yang pedih.

Sudahnya aku berbaring sahaja dengan mata yang terkebil-kebil memandang kipas siling yang ligat berputar (putaran sehingga ke angka 5). Sekejap aku berpusing ke kanan, kemudian ke kiri, kemudian tutup mata sambil kosongkan fikiran, namun tetap tak boleh jugak..whoaaa insomnia kah aku?

Dah tak ada apa boleh kulakukan, sudahnya aku berangan ajelah. Itupun masih tak boleh lena..sudahnya aku rasa bila jarum jam dah berganjak lebih dari angka 2 mungkin aku baru terlelap. Haishh mana badan tak letih? Mana mata tak bengkak? Mana jerawat tk naik??

Sudahnya pagi ini, kepala ting..tong! Nak bangun rasa tak larat. Tekak pulak dah perit. Hidung pulak dah selsema. Jangan Demammmm......

Nota Kaki : Apa nak buat...apa nak buat.... nak siapkan manuskrip yang tertangguh, rasa tak boleh nak concentrate sebab tumpuan aku lebih kepada perkara lain yang menuntut komitmen paling tertinggi buat masa ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar sahaja..amin.







2 comments:

Hanny Esandra said...

ehem2..
hope semua berjalan lancar yeeeee.. hehehe...

aryanie said...

@Hanny Esandra

u'uh..adikku ini pun sakit tekak yer...
thanks..doa2kan je yer

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design