Friday, April 01, 2011

Tak mungkin berpaling

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku nak cerita sikit pasal rasa hormat ni. Pernah ke korang dengar pepatah ni " We treat others with respect, as how we want to be treated."


Lebih jelas lagi, kalau kita mahu dihormati, maka kita harus menghormati orang lain juga. Tak kiralah dia muda atau tua. Kita ni tak berhak nak menghukum seseorang itu.

Cerita pasal hormat ni, aku rasa nak berkongsi cerita sikit. Semalam kami ke shopping mall. So bila dh membeli barang yang dicari tu, kami pun bergegas mencari surau. Dalam mall tu takder surau pulak, so kami bertanya kepada pekerja yang kami jumpa di sepanjang jalan tu. Hmmm rupanya dia pun tak tahu.

Tapi nasib kami baik, sebab kebetulan ada orang yang lalu di situ menunjukkan arah surau kepada kami...syukur kerana masih ada yang prihatin. Jadi kami pun pergi ke kawasan yang dinyatakan tu. kawasan tu besar. ada bertingkat2 (lebih kurang macam medan selera lah).

Dalam kami tercari-cari tu nampaklah seorang makcik ni tengah duduk menongkat dagu sambil menonton TV. So aku pun menghampiri dan menegur makcik tu sambil bertanya di mana surau. Aku rasa suara aku tu dah cukup kuat untuk didengar oleh makcik tu (jarak aku dan dia memang hampir pun).

Kecewa sungguh aku sebab makcik tu tak layan aku. Tapi yang lebih mengecewakan sebab makcik tu langsung tak pandang muka aku. Hishhh memanglah aku tak lawa mana pun, tapi tak perlulah dia buat seolah aku tak wujud kat situ. Macam peminta sedekah pulak. Tapi aku tabahkan hati, dengan menganggap makcik tu tak dengar agaknya.

Kami pun beredar lagu ke tingkat atas. Tapi tak jumpa jugak surau. Kemudian kami bertanya kepada orang yang jaga kaunter parking. So dia bagitahu surau kat bawah. kmi pun turun ke bawah. 

Cari punya cari, surau tu sebenarnya hanya di sebelah kedai makan tempat makcik aku bertanya tadi. Tuhan ajelah yang tahu macamana aku rasa.

Sedang aku bersiap sesudah solat, makcik tadi pun masuk. Dengan wajah yang masam, dia menonong mengambil bungkusan plastik yang ku kira berisi telekungnya. Sambil tu sempat jugak dia melihat aku yang waktu itu sedang memakai tudung, atas ke bawah. Aku hanya melirik je makcik tu. 

Adoii aku pun tak tahulah kenapa makcik tu bersikap macam tu. Doaku semoga makcik itu sebenarnya tidak bermaksud apa-apa. Bukanlah berbaik sangka itu lebih baik? 



No comments: