Friday, April 01, 2011

The Red Kebaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini aku memakai RED KEBAYA hehehe. Sungguh, walaupun aku pernah memakai baju ni sebelum ni, but still akan membuatkan orang 'membuka' mulut untuk menegur "Wah, merahnya hari ni.", "Wah, merah sangat, nanti kena kejar lembu.". 

Sebenarnya aku okay aje, tapi bila orang menegur naik seganlah pulak. Ketara sangat ke warna merahnya? Terasa seperti mengganggu perhatian orang pulak.

Bukanlah bermaksud nak mengganggu pandangan orang. Tapi hari ni terasa-rasa nak naikkan semangat. Kiranya warna yang garang dan terang ini mampu naikkan aura aku kut..hehehe..apa-apa jelah.

Baju ni sebenarnya baju lama. Wahhh..aku dah muat baju ni dengan sesuainya (terasa bertambah longgar kut). Apakah maksudnya? Hehehehe...



0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design