Monday, April 04, 2011

KKBR 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di saat seisi rumah ketawa dan bercanda akan keramaian yang akan diadakan, dia hanya mampu tersenyum. Dalam hati terselit rasa gundah. Adakah senyum tawa mereka akan mekar menguntum atau akan akan layu dibenihi airmata? Rasa tidak tergamak merobek kuntuman senyuman yang sangat indah di wajah-wajah yang polos. Wajah yang menaruh harapan yang sangat tinggi. Sedangkan segalanya masih belum pasti.

"Ya Allah, aku bermohon padaMu. Berilah khabar gembira kepada mereka. Berilah anugerah terindah buatku. Segunung harapan yang ku kumpul, jangan KAU biarkan ianya jatuh tanpa sokongan." Doanya tidak pernah putus-putus.

Pandangan dilemparkan ke luar jendela. Cuaca yang sangat panas, membakar perit kulit wajah. Hatinya menjadi gelisah. Ingin sekali dia membuang segala persoalan dan permasalahan yang sarat mengisi ruang minda. 

Wajah ayah yang dibasahi keringat, dipandang sayu. Wajah yang sudah dimamah usia itu sesekali berkerut menahan keperitan bahang yang membakar.

Wajah ibu yang sesekali berceloteh menyaksikan rancangan kegemarannya itu, menjadi sasaran pandangan gadis itu kini. Wajah ibu yang banyak bersabar dengan karenahnya yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Dia sedar, sejak kebelakangan ini, perasaannya tidak menentu. Dia mudah tersinggung. Kadangkala tanpa sedar membuatkan orang sekeliling merasa kecewa dengan sikapnya. Terkadang dengan sengaja pula dia menjawab acuh tidak acuh pertanyaan yang diutarakan untuknya.

"Ya Allah Ya tuhanku, ampuni hambaMu ini yang sentiasa berbuat dosa. Ku bersujud padaMu Ya Allah, berikan khabar gembira buat orang-orang yang aku sayangi. KAU hilangkanlah segala resah yang menghimpit dada. Kau gantikanlah dengan kegembiraan yang dipenuhi kesyukuran."

Fikirannya bercelaru. Mindanya sentiasa memikirkan tentang dia di sana. Apa khabarmu wahai kekasihku? Semoga kau sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi. 

Dia melihat jam di skrin laptopnya. Ah, dia belum mengerjakan solat Isyak. Lantas dia menutup laptop dan bangun mengerjakan suruhanNya. Doanya agar dia mampu menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada surahanNya. Amin

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design