Thursday, April 14, 2011

Entiti Misteri?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Seram tak dengar tajuk ni? Heee...

Korang pernah tgk hantu? atau apa sahaja makhluk yang bukan hidup di dunia nyata kita?

Aku tak pernah..dan kalau boleh memang taknk!

Sewaktu department aku berpindah tempat dari tingkat 1 ke tingkat 2 (bilik yang boleh memuatkan 6 orang ni baru je dibina), aku ada mengalami perkara aneh tapi aku anggap itu hanyalah mainan perasaan aku je. Sewaktu berseorang, aku terdengar bunyi kabinet fail dibuka dan ditutup. Kemudian pintu bilik diketuk tetapi takder orang. Baru-baru ni pulak, aku terdengar bunyi orang seakan bersin (waktu ni pun dah petang n aku tinggal sendirian) Hmm..tapi aku tak fokuskan sgtlah. Anggap je itu hanya perasaan aku je.

Kelmarin pulak anak buah aku ada cakap "Acik jangan balik rumah malam-malam sangat tau". 
Aku pun penasaran, bertanya "Kenapa?"
Anak buah aku balas "Okay ni nak cerita tapi nanti acik jgn takut pulak."
Whoaa..mcm serius je "Okay apa dia?"

Anak buah aku pun bercerita tentang nenek kawannya yang terserempak dengan 3 ekor langsuir. Hmmm neneknya tegur dan tidak berapa lama kemudian neneknya terasa ada gumpalan darah di atas kepala. Langsuir itu memakai baju berwarna putih panjang..

Cerita belum habis di situ...

Mak dan ayah kawannya pulak pernah terserempak dengan Pocong di kawasan tong sampah berhampiran markas (tempat kami selalu solat terawih). Pocong itu menggendong anak kecil dan di kakinya bertenggek seorang anak lagi. Korang boleh bayangkan tak? 

Sebenarnya kisah pocong ni dh banyak kali kedengaran. Pernah seorang remaja yang datang ke markas utk solat terawih (tapi dia tak hanya solat isyak sahaja) mengambil gambar di kawasan hadapan markas. Entah kenapa lensa kamera henfonnya dihalakan ke tong sampah. Secara nyata tiada apa yang dapat dilihat kecuali tong sampah ajelah. Tapi bila gambar di captured, imej yang terpampang telah menggeletarkan seluruh badannya. Aku sewaktu itu tidak ke markas (lupalah sebab apa). Cerita ini ku dengar melalui kakakku sahaja. Dia sendiri melihat gambar itu. Bila aku nak tengok gambar tu, budak tu dah padam (dia takut) katanya.

Entahlah..... 

No comments: