Saturday, April 09, 2011

Aku dah langgar pantang!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Whoaaaa...tidak!! Hari ini aku dah langgar pantang! Pantang yang aku buat sendiri :- MAKAN BANYAK!

Dah berapa lama aku amalkan menjaga diet pemakanan aku nih. Aku ni jenis yang cepat naik badan. So aku kenalah jaga dan maintain sentiasa..bukan senang wooo... Skrg ni berat badan aku dah mula turun dan stabil macam dolo2...tapi hari ini hancus!

Pagi tadi aku singgah di gerai yg biasa aku lewati setiap kali nak ke tempat kerja. Kali ini aku singgah membeli makanan berat sedikit iaitu Kuetiow Goreng + Ayam. Konon niat aku tu nak ambik heavy breakfast (maklumlah malam sebelumnya aku tk ambik makanan berat) Jadi bila pagi dah ambik heavy bfast, tghri aku taknak makan dan malas nak keluar. 

Nak jadi cerita, tghri tadi aku keluar jugak akhirnya dengan kawan sepejabat. Dia pun tk membawa bekal seperti kebiasaannya dan dia tk membawa kereta. So kami pergilah makan. Menu aku Mee Goreng Basah.

Petang tadi kawan telefon ajak lepak kat gerai ayam penyet. So malam lepas maghrib bersiap-siaplah nak ke kedai ayam penyet tapi rupanya kedai hari ini tutup disebabkan tuan empunya kedai tengah demam. Demam rindu katanya hehe..

Destinasi kami pun bertukar ke gerai karaoke - pusat karaoke ditutup sementara sebab kerja2 penyelenggaraan - begitulah penerangan tauke kedai bila ku tanya kenapa karaoke tak buka malam ni.

Masa nak order makanan tu entah kenapalah aku rasa teringin makan nasi pulak memalam nih. Menu aku Nasi Goreng Thai beserta air Carrot Lychee.(lari dari menu kebiasaannya iaitu air suam/teh o suam)

Wah..hari ini sahaja dah berapa banyak kalori lemak yg dah bertapa dalam badan ni. 

Tu belum habis lagi. Sampai je di rumah, kakak aku menyapa dengan ucapan :
"Atas meja ada spagheti olio, sempena birthday Sakinah!"

Oh nooo... aku rasa nak pengsan. Cadangnya tk moh makan malam ni. Simpan sahaja di peti sejuk, esok boleh makan. Tapi sempat jugalah aku mencicip sesudu..hahaha...gilak ke tak tu? Haishhh

Nota Kaki : Habislah diet aku. Kena bekerja keras semula. Jangan patah semangat. Chaiyok!

2 comments:

Hanny Esandra said...

jaga2.. jangan muncit perot macam saya... hehehe..

Aryanie Ismail said...

@Hanny Esandra

Hehehe..bila masa pulok perut awok tu muncit cik hanny?? kurus je akak tengok..

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design