Thursday, March 17, 2011

Bekal Oh Bekal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semenjak 'jiran' sebelah aku dah takder, aku rajin membawa bekal. Dulu pun rajin sebenarnya, tiap2 hari aku akan bangun pagi dan masak utk bekalan pagi dan tengahari aku, tapi bila dh semakin ramai kawan di sini, jadi malaslah pulak sbb ada kwn nk kuar makan tenghari maa...

Actually sebab sebenarnya adalah malas nak kuar pergi makan. Bila dah keluar bawa kete g makan kat luar, for sure balik tu dah tkder tempat parking. terpaksalah parking jauh2 atau double park kat kete orang. Tempat makan dekat2 sini? Hmmm yg paling dekat kedai india kat bawah tu haaa..tapi aku lebih suka bawa bekal je atau g makan kat tempat lain.

Nak dijadikan citer, minggu ni mmg rajin aku bgn pagi dan masak bekal..Chaiyok! Hari ini, aku goreng ayam (Hehehe ayamas beku tu je..nyahbeku dan goreng!). Pastu aku potong2 sosej dan masak dengan bawang putih, sedikit sos tiram dan sos barbeque lada hitam..walla!!

Dah siap tu aku dengan yakinnya, bukak periuk nak senduk nasi tapi whoaaaa.....nasi tkde! Bersih periuk tanpa kerak2 pun. Huhu..kenapa aku boleh tk perasan? Cuba ingat2 balik, semalam aku tk makan ke? Aku lupalah (apa yg aku fikir agaknya sampai boleh lupa?). Lagipun mak aku tak masak rasanya, hanya makan lebihan nasi siang hari sbb aku jarang makan malam (konon nk kuruskan badan ni) 

Merungut jugaklah aku pada mak..hehehe. Mak aku dah kelam kabut, siap nk ke kedai belikan aku nasi. Tapi takpelah..aku ckp kat mak, aku g beli nasi je kat kedai. So, tengahari tadi belilah nasi (seperti biasa aku akan ambik nasi tu suku je (mmg sdg membiasakan diri makan sikit) dan sesenduk sayur. Tahu berapa aku kena? RM2.50! Haaa??? yelah kut, skrg barang2 kan dah mahal. 

Moral of the story ~ Pastikan malam sebelumnya, aku dh sediakan semua bahan nak masak esoknya..dan kalau nk bawa nasi, pastikan nasi ada..heheheh :-))

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design