Friday, February 11, 2011

Tutup Sementara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini bukan signboard sebenar

Tengahari tadi kami menjamu selera di gerai 'bakar' (Hehehe bukan nama tokey kedai tu Bakar, atau bukan sebab kedai tu pernah terbakar tapi sebab dia ada menjual segala jenis makanan bakar - ikan bakar, ayam bakar dan segala yang bakarlah kut. Tapi ada gak yang bergoreng, yang berkuah dan macam2 lg, lantas kenapa dipanggil kedai ikan bakar yer? Agaknya sebab itulah makanan istimewa kat sana kan? Okaylah tk payah kita perah otak fikirkan sebabnya.)

Yang aku nak ceciter..ceciter.. kat sini adalah tentang kisah kami. Haaa, sebelum masuk kedai itu dah ada papan tanda besar kat situ mengatakan yang kedai itu akan ditutup sementara untuk solat jumaat dari jam 1.00 hinggalah jam 2 petang. Tapi masa kami sampai sudah jam satu lebih tapi orang masih ramai, maka kami pun selamba jelah masuk. Sebab sebelum ni tak adalah pulak papan tanda cenggitu..

Semasa kami menghabiskan makanan sambil bercerita, ku lihat satu demi satu meja beransur pergi terutama orang lelaki. Tapi yang perempuan masih ada lagi. So kami beranggapan, tutup sementara hanya utk orang lelaki je kut, memandangkan kat kedai itu ada juga pekerja wanita.

Kemudian, seorang kawan aku meminta diri utk 'tapow' kan makanan yang dikirim kawan. Kata kawanku dia nampak nasi pun sudah disorokkan..hehehehe..so diapun tanyalah nak tutup dah ke kak? orang kedai itu pun menjawab 'a'ah'. Sepatah perkataan! Setelah siap membayar rega makanan yang ditapow tu kawan aku kembali semula ke meja dan mengajak kami semua beredar dari situ. Lagipun memang kami aje yang tinggal. Orang lain semua dah beransur pergi...hehehe, itu pun tk paham lagi?

Sewaktu aku membayar rega makanan, makcik yang menjaga kaunter tu mengambil wang dan kertas yang aku hulurkan. Kemudian dia memulangkan baki duit itu tanpa berkata apapun. Heee... Apalah salahnya kalau nak 'halau' kami pun cakap jelah suh kami beredar dari situ...

Yang kelakarnya, tidak semena-mena, datanglah sekumpulan lelaki yang ingin makan di situ, lantas orang kedai itu pun berkata "tutup!" Hehehe..terpaksalah mereka berbondong2 kembali ke kereta, nak cari makan tempat lain pulak.

Bagus jugaklah dorg tutup sebab nak menghormati solat jumaat cuma aku rasa kurang praktikal sbb yang di wajibkan pergi solat jumaat hanya golongan lelaki. Dan pekerja di kedai itupun bukan semuanya lelaki. Hisshhh tak baik prasangka buruk dengan orang kan..mungkin mereka pun nak berehat jugak.... 

Apapun kami pulang dengan kekenyangan...Alhamdulillah...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design