Friday, February 18, 2011

Semangkuk Bihun Sup & Sepinggan Keropok Lekor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar gambar hiasan

Wah, tengahari tadi aku bersama teman makan di gerai menjual mee/bihun sup. Sebenarnya dah lama aku mengetahui kewujudan gerai itu sebab sebelum ni pernah aku ke sana tapi waktu malam. So tadi berkesempatan pergi. Sementara menunggu bihun sup sampai aku pun mengelilingi kedai tu melihat2 apa yang menarik dijual di situ. Melihat temanku mengambil cucur udang dan goreng pisang, aku pun mengintai sama. Hehehe..maka ternampaklah 'kepok' lekor kesukaan aku. Haa, sepinggan bersamaan 5 ketul kepok aku ambil (RM1 je harganya) Sementara menunggu makanan sampai, kamu pun makan kuih masing2 sambil bercerita.

Entah macamana kawan aku boleh timbulkan kisah zaman persekolahan. Ceritanya sewaktu dia ke Hulu Yam, dia telah memborong sate ikan. Korang tahu tak camne rupanya? Bukan ke manjadi kegilaan korang semasa sekolah dulu? Termasuklah aku juga. Tapi sekarang bukan senang nak dapat makanan tu. Haishh teringat jugak hirisan sengkuang yang disapu dengan sos berwarna merah bersama kacang tumbuk yang ditabur...Perghhhh bila teringat rasa cam terliur je kan. Seronok sesekali mengimbau kenangan zaman persekolahan..

Hee.. itu jelah aku n ak ceriter untuk n3 kali ni.. Have a nice weekend!

No comments: