Thursday, February 10, 2011

Pssttt...!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa yang aku nak cerita hari ni mungkin ada yang akan tersinggung, atau mencebik ke.. tapi aku rasa nak jugak cerita. Bukan bertujuan mengaibkan cuma terasa seperti nak berkongsi dengan korang. So sebelum tu aku minta maaf dulu ekkk.....

Okeh, pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku lalu di hadapan Petronas (mmg selalu lalu kat situ pun, dah mmg laluannya heheh).

Dan seperti kebiasaanya, apabila melewati jalan itu mata aku akan meliar di sekitar Petronas. Opsss bukan bertujuan yang tak baik tapi untuk melihat kalau-kalau ada kawan opis yang selalu menunggu di situ, akan aku tumpangkan.

Nak jadi cerita, mataku tertancap kepada seorang gadis yang sedang berjalan. Jalannya menetang arus perjalananku. Mataku tidak lepas dari memandangnya. Kenapa? Orangnya memang cantik,  tapi bukan itu yang mengganggu perhatianku. Bodynya? Wallawei..menggiurkan. Tapi bukan itu juga yang mengganggu fikiranku. Hehehe aku normal okeh. Tak minat pada wanita..ahaks.... Lantas apa yang mengganggu fikiranku? 

Haaa inilah aku nak cerita. Pakaiannya! 
Dia memakai T-shirt body-hugging berkolar - Okay! 
Bajunya pendek. Hanya beberapa inci sahaja ke bawah dari paras pinggang - okay jugalah!
Dia memakai seluar panjang - Okay! 
Seluarnya legging! berwarna hijau lumut - okay jugaklah kut!

Persoalannya sekarang, boleh tak korang bayangkan, dengan baju yang pendek dan seluar legging berwarna cerah, bagaimanakah rupa gadis itu? Aku rasa semua orang yang ada di situ, baik yang sedang makan di gerai mamak berhampiran, orang yang singgah ke stesen minyak, orang yang memandu mahupun orang yang lalu lalang akan leka memandang gadis itu. 

Aku ni bukanlah alim sangat pun kan, nak mengutuk cara orang berpakaian. Cuma pakaiannya itu agak menggangu kerana setiap kali dia berjalan maka akan terlihatlah bentuk (tuttt) baik di depan mahupun di belakang. Sangat ketara!

Bagi aku, tak salah kalau kita nak bergaya, tapi biar kena dengan caranya. Wahai kaum wanita, jangan biarkanlah mata2 nakal menelanjangi anda. (pesanan untuk diri sendiri jugak) PEACE ~~

Di bawah ini aku sertakan link sebagai panduan kita bersama tentang adab2 berpakaian. 




No comments: