Tuesday, February 08, 2011

Kei's Bday & CNY Celebrations

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kembali bertugas setelah lama bercuti sempena CNY. 

Hari sabtu yang lepas, kami sekeluarga menyambut ulang tahun Kei dan sempena CNY sekali. Sangat seronok sebab semua keluarga di sini berkumpul termasuk mak dan pak mertua kakak aku yang datang dari kampung bertujuan menyambut CNY bersama anaknya.

Malam itu, kami semua berkumpul dan makan-makan di Restoran Tupai-Tupai. Tema yang ditetapkan oleh Kei adalah PURPLE. Maka semua orang pun sibuklah mencari baju yang berwarna purple. Mana yang dah ada tu bolehlah menarik nafas lega, mana yang belum..hehehe mulalah mencari.

Aku? Hmm..walaupun dah ada baju berwarna purple..rasa nak jugaklah memakai baju baru. Maka sehari sebelum itu, pergilah aku shopping kat Jusco. Alah, hanya sehelai baju T-Shirt sahaja. Okaylah tu kan..santai...

Hadiah pun aku belum cari lagi utk kei..haishhh, ramainya yang menyambut hari kelahiran awal2 tahun ni. Untuk buat gimmick malam itu, aku pesan pada kakakku yang sorang lagi supaya singgah ke kedai kek sebelum dia sampai ke restoran. Sudahnya sewaktu kami semua sudah berkumpul, kakakku dan keluarganya belum sampai2 lagi sedangkan kami sudah pun mula mangambil makanan (steamboat buffet). Sejam kakakku lewat kerana tersesat..hahaha..kalau ku tahu mereka tidak berapa tahu jalan maka tidaklah mahu aku menyusahkan mereka.

Buat Intan, yang menyambut hari lahirnya hujung bulan January lalu, aku bagi angpow sahaja. Wah, rupanya aku pun mendapat angpow dari sebelah keluarga mertua kakakku. Bukan aku sahaja, mak dan ayah beserta anak-anak buahku juga. 

Yang kelakarnya, anak buahku Ain rupa-rupanya menangis selepas pulang dari makan-makan tu kerana angpownya tidak sebanyak kakaknya Intan. Puas dipujuk kakaku, katanya Intan dapat lebih sebab angpow harijadi sekali. Namun Ain tetap tidak peduli..sambil merungut2 kerana hari jadinya lambat lagi..hahahah..macam-macam..

No comments: