Wednesday, February 16, 2011

CSGE (Episod 2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Rifqi Isyraf tergesa-gesa menuruni anak tangga. Dia cemas apabila mendengar panggilan adiknya . Dia hampir terjatuh kerana tersadung kaki seluarnya sewaktu berlari tadi.
“Abang!”
Rifqi Isyraf termengah-mengah ketika sampai di hadapan adiknya.
“Kenapa ni Fara?” soalnya termengah-mengah.
Faradiba tersenyum-senyum melihat gelagat abangnya yang kelihatan sedikit kalut. “Fara nak pergi sekolah dah ni.”
“Huh, itu aje?” Rifqi Isyraf menjengilkan mata memandang adiknya. “Ya Allah, penat abang berlari, ingatkan apa bendalah tadi. Kenapa awal sangat nak pergi sekolah hari ni?”
“Heee…Fara ada ujian percubaan hari ni, abang dah lupa ke?” soal Faradiba. Semalam dia sudah memaklumkan kepada abangnya tentang itu.
“Yeke? Ada ke fara bagitahu abang?” Rifqi Isyraf tertanya-tanya. Mungkin ada tapi dia yang lupa. sudah tua agaknya aku ni, dia ketawa dalam hati.
“Hmmm abang tu entah apa yang diingatkannya.” Faradiba menghulurkan tangan bersalam dengan abangnya.
“Dah sarapan ke?” soal Rifqi Isyraf. Dia mengekori adiknya ke muka pintu. Pagi masih diselimuti kabus lagi. Mentari juga belum memunculkan diri di kawasan perumahan yang didudukinya ini.
“Dah. Sementara tunggu  solat Subuh tadi Fara ada masak nasi goreng. Air Milo untuk Azam Fara dah sediakan. Kejap lagi dia turunlah tu. Semua Fara dah hidangkan atas meja, nanti abang dan Azam makanlah ya.” Faradiba membetulkan bajunya yang sedikit berkedut apabila dia membongkok mengikat tali kasut sebentar tadi. “Fara pergi dulu ya bang. Doakan Fara ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Insya Allah, abang sentiasa doakan semoga Fara berjaya.” Rifqi Isyraf memerhatikan adiknya yang berlalu pergi. Dalam hati sentiasa mendoakan kesejahteraan adik-adiknya. Itulah sahaja harta yang dia ada.
“Dah solat Subuh?” soal Rifqi Isyaraf apabila melihat adik bongsunya, Azam sudah pun duduk di meja makan. Kepala adiknya diusap perlahan.
Azam yang masih tersenggok-senggok di atas meja mengangkat wajah memandang abangnya. “Dah.”
“Pandai adik abang ni. Jom kita sarapan. Nanti bila Mak Kiah datang, dia boleh terus buat kerja dia. Adik jangan susahkan Mak Kiah ya.” Pesan Rifqi Isyraf. Mak Kiah adalah saudara jauh sebelah ibunya yang tinggal di kawasan perumahan bersebelahan. Tiap-tiap hari semejak kematian kedua ibu bapanya, Mak Kiah akan datang ke rumah menjaga adiknya. Bukan dia tidak segan dengan emak saudaranya itu, tetapi wanita itu tetap berkeras juga mahu menjaga adiknya. Bagi Rifqi Isyraf dia tidak suka menyusahkan mak saudaranya itu. Adiknya Faradiba bukan tidak boleh menjaga Azam yang sudah pun bersekolah darjah empat itu. Tapi atas pujukan Mak Kiah dan memikirkan Faradiba yang harus menumpukan perhatian dengan pelajarannya, akhirnya Rifqi Isyraf bersetuju juga. Dia sangat terhutang budi dengan keperihatinan emak saudaranya itu.

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design