Monday, February 28, 2011

Ketika Kasih Berbenih Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sesungguhnya hatinya kini semakin tenang. Walaupun tidak tenang sepenuhnya namun dia harus redha, terima segala takdir Allah dengan hati yang terbuka. Mempercayai setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah di sebaliknya.

Airmata yang menjadi peneman sangat setia menemani hidupnya siang dan malam. Sangat sebati dalam dirinya. Perlukah dia rasa bersalah kerana hanyut dengan perasaan? Salahkah dia menangis? Salahkah dia kecewa? Salahkah andainya dia lemah dan tidak berdaya menerima ujian yang maha berat ini?

Bodohnya dia kerana menyalahi takdir. Jahilnya dia kerana meratapi segala ujian yang diturunkan. Tidakkah dia percaya bahawa Allah tidak akan menduga hambanya di luar batas kemampuan? Dan seandainya kita lemah tidak berdaya, percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu sangat sayang padamu. 

Menangislah... menangislah andai itu dapat menenangkan hati. Dia percaya itu. Sesungguh siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikan perjalanan takdir yang tertulis. Walau segunung kekesalan, kekecewaan yang melanda setiap rongga perasaan, ianya tidak akan mengubah segala yang telah berlaku. Apa yang dia tahu kini, dia harus bangkit. Bangkit dari kesedihan demi memberi keyakinan dan semangat kepada orang-orang yang disayangi. 

Ketika Kasih Berbenih Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sesungguhnya hatinya kini semakin tenang. Walaupun tidak tenang sepenuhnya namun dia harus redha, terima segala takdir Allah dengan hati yang terbuka. Mempercayai setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah di sebaliknya.

Airmata yang menjadi peneman sangat setia menemani hidupnya siang dan malam. Sangat sebati dalam dirinya. Perlukah dia rasa bersalah kerana hanyut dengan perasaan? Salahkah dia menangis? Salahkah dia kecewa? Salahkah andainya dia lemah dan tidak berdaya menerima ujian yang maha berat ini?

Bodohnya dia kerana menyalahi takdir. Jahilnya dia kerana meratapi segala ujian yang diturunkan. Tidakkah dia percaya bahawa Allah tidak akan menduga hambanya di luar batas kemampuan? Dan seandainya kita lemah tidak berdaya, percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu sangat sayang padamu. 

Menangislah... menangislah andai itu dapat menenangkan hati. Dia percaya itu. Sesungguh siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikan perjalanan takdir yang tertulis. Walau segunung kekesalan, kekecewaan yang melanda setiap rongga perasaan, ianya tidak akan mengubah segala yang telah berlaku. Apa yang dia tahu kini, dia harus bangkit. Bangkit dari kesedihan demi memberi keyakinan dan semangat kepada orang-orang yang disayangi. 

Saturday, February 26, 2011

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah, kasihani aku, sayangi aku. Lemah segala tubuh menahan kesedihan. Sesungguhnya aku seorang insan yang lemah, hanya KAU tempat ku mengadu. Berikan aku kesempatan,untuk meneguk sedikit kebahagiaan....


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Wednesday, February 23, 2011

Baik Baik Sayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ya Allah, hati aku sangat gelisah saat ini, seakan menanti hukuman berat yg akan jatuh menimpa. Aku tak tahu nak mulakan dari mana, tapi aku rasa perlu untuk aku meluahkan apa yang aku rasa saat ini. Apa? Bagaimana? Kenapa? Semuanya berlegar2 dalam fikiran aku.

Aku cuba tabahkan hati, menjalani kehidupan seperti biasa, tapi aku tak cukup kuat. Empangan airmata ni memang tak cukup kukuh untuk menampung kesedihan. Aku perlu tabah! Aku perlu yakin! Aku perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah. 

Kerja pun aku tak semangat nak buat, sejak dari pagi tadi aku tidak menjamah apapun dan aku pasti bukan aku seorang sahaja yang berperasaan sebegini. 

Hari ini pulak, radio asyik memutarkan lagu ni jer, lagi menambahkan sayu di hati...


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Friday, February 18, 2011

Semangkuk Bihun Sup & Sepinggan Keropok Lekor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar gambar hiasan

Wah, tengahari tadi aku bersama teman makan di gerai menjual mee/bihun sup. Sebenarnya dah lama aku mengetahui kewujudan gerai itu sebab sebelum ni pernah aku ke sana tapi waktu malam. So tadi berkesempatan pergi. Sementara menunggu bihun sup sampai aku pun mengelilingi kedai tu melihat2 apa yang menarik dijual di situ. Melihat temanku mengambil cucur udang dan goreng pisang, aku pun mengintai sama. Hehehe..maka ternampaklah 'kepok' lekor kesukaan aku. Haa, sepinggan bersamaan 5 ketul kepok aku ambil (RM1 je harganya) Sementara menunggu makanan sampai, kamu pun makan kuih masing2 sambil bercerita.

Entah macamana kawan aku boleh timbulkan kisah zaman persekolahan. Ceritanya sewaktu dia ke Hulu Yam, dia telah memborong sate ikan. Korang tahu tak camne rupanya? Bukan ke manjadi kegilaan korang semasa sekolah dulu? Termasuklah aku juga. Tapi sekarang bukan senang nak dapat makanan tu. Haishh teringat jugak hirisan sengkuang yang disapu dengan sos berwarna merah bersama kacang tumbuk yang ditabur...Perghhhh bila teringat rasa cam terliur je kan. Seronok sesekali mengimbau kenangan zaman persekolahan..

Hee.. itu jelah aku n ak ceriter untuk n3 kali ni.. Have a nice weekend!

Tuesday, February 15, 2011

Yeah, lagoon...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Dah lama rasanya aku tak ke Sunway Lagoon. Dah bertahun agaknya. Dengar cerita lagoon pun dan berwajah baru. Korang pulak macamana?

Akhirnya dapat jugak aku peluang ke Sunway Lagoon minggu lepas. Company tempat tunang aku bekerja adakan family day di situ. Minggu sebelumnya kawan di tempat kerja aku pergi ke sana dan menceritakan betapa bestnya lagoon yang baru. Hahah aku pun excited jugaklah. Konon nak masuk ke rumah hantu..heeee...kata kawanku rumah hantu adalah salah satu tempat yang harus aku kunjungi apabila ke situ.

Kami berkumpul waktu pagi di situ. Selepas aku menyibukkan diri menyertai permainan yang disediakan, dan sesi pemyampaian hadiah dan seterusnya diikuti makan tengahari , kami pun meneruskan menjelajah apa yang menarik di situ.

Selepas puas bermain air, kami mencuba permainan yang boleh dikatakan extream jugak. Mulanya aku tidak mahu menaiki kapal yang terbalik itu. Ya Allah, tidak pernah seumur hidup aku berani mencuba permainan itu. tapi atas ajakan tunang aku yang beria-ia, akhirnya aku memberanikan diri. Wah, sakit tekak aku menjerit. Tapi sebenarnya seronok juga. Rasa maca nak naik lagi je. Heee mana taknya, bukan aku bukak mata pun sepanjang kapal tu terbalik.... 

Setelah itu kami meneruskan permainan seterusnya, kali ini naik "tomahawk' kalau tak silap akulah.. Permainan ni lebih kurang macam kapal tadi cuma lebih laju dan tertutup. Tapi ternyata sangat mengerikan sedikit berbanding kapal. Ianya laju. Rasa seperti melayang badan ini. Whoaaa...taubat rasanya aku tak mahu naik lagi heheh...

Kami bermain sampai ke petang. Tapi tak semua tempat dapat kami kunjungi. Apapun sangat seronok. Tapi kesian anak buah tunang aku tak dapat main semuanya. Hehehe takper Shauki, bila-bila masa kita ke sana lagi ya..



Monday, February 14, 2011

maher zain -Ya Nabi Salam Alyka



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku sangat suka lagu2 Maher Zain ni.
Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama2 berselawat ke atas nabi junjungan kita.

12 Rabiul Awal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Esok, bersamaan 12 Rabiul Awal, adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi junjungan kita. (Aku suka selawat syifa' ni)

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul


Aaaaa....hilang???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Baru kejap tadi aku dapatkan semula laptop aku setelah anak buah aku bawa utk diperiksa oleh kawannya. Mulanya tadi pagi apabila aku bersemangat nak sambung semula manuskrip yang tertangguh lama. Yelah hari ni ada masa terluang, rasa nak sambung je semula. Tengok2 dalam beg laptop aku dah tkder. Mulalah risau, maka aku tipon anak buah aku dan dia memaklumkan pada aku yang dia ambil semalam kerana nak hantar untuk diperiksa.

Petang tadi katanya laptop aku kena virus. Again? Oh no! Katanya kawannya dah reformat semula. Aku pun okay jelah. Tapi bila aku tengok skrin laptop aku...hatiku dah mula berdebar. Mana gambar-gambar aku? Mana fail-fail aku? Whooaaa...terus aku menjerit.

OH TIDAKKKKKKKKK!!!!

Semuanya hilang dari simpanan. Yang paling aku sedih...manuskrip aku tu! Dahpun hampir siap, sebelum ni pun ada aku tambah beberapa bab, semuanya aku letak di dalam fail kat laptop aku... 

Nak marah pun tak guna, nak nangis pun bukan aku boleh dapat semula manuskrip aku tu. Backup? Nasib baik jugak dalam email ada aku selitkan tapi bab2 terbaru nampaknya aku kena tulis semulalah. Kena perah otak ni mengingatkan jalan cerita..hasihhhh. Aduhai...mana aku nak cari ni? Idea yang aku dah curahkan tu bukannya aku boleh ingat semua. Wah, patah dah semangat aku. Camner nak sambung balik? 

Lepas ni aku harus lebih berhati-hati. Aku ingat nak publish juga manuskrip aku tu dalam blog ni. Supaya korang bila boring2 leh lah baca dan bagi komen kan...

Haishhh sangat sedih. Harap2 aku dapat semangat utk sambung semula... Insya Allah

Friday, February 11, 2011

Tutup Sementara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini bukan signboard sebenar

Tengahari tadi kami menjamu selera di gerai 'bakar' (Hehehe bukan nama tokey kedai tu Bakar, atau bukan sebab kedai tu pernah terbakar tapi sebab dia ada menjual segala jenis makanan bakar - ikan bakar, ayam bakar dan segala yang bakarlah kut. Tapi ada gak yang bergoreng, yang berkuah dan macam2 lg, lantas kenapa dipanggil kedai ikan bakar yer? Agaknya sebab itulah makanan istimewa kat sana kan? Okaylah tk payah kita perah otak fikirkan sebabnya.)

Yang aku nak ceciter..ceciter.. kat sini adalah tentang kisah kami. Haaa, sebelum masuk kedai itu dah ada papan tanda besar kat situ mengatakan yang kedai itu akan ditutup sementara untuk solat jumaat dari jam 1.00 hinggalah jam 2 petang. Tapi masa kami sampai sudah jam satu lebih tapi orang masih ramai, maka kami pun selamba jelah masuk. Sebab sebelum ni tak adalah pulak papan tanda cenggitu..

Semasa kami menghabiskan makanan sambil bercerita, ku lihat satu demi satu meja beransur pergi terutama orang lelaki. Tapi yang perempuan masih ada lagi. So kami beranggapan, tutup sementara hanya utk orang lelaki je kut, memandangkan kat kedai itu ada juga pekerja wanita.

Kemudian, seorang kawan aku meminta diri utk 'tapow' kan makanan yang dikirim kawan. Kata kawanku dia nampak nasi pun sudah disorokkan..hehehehe..so diapun tanyalah nak tutup dah ke kak? orang kedai itu pun menjawab 'a'ah'. Sepatah perkataan! Setelah siap membayar rega makanan yang ditapow tu kawan aku kembali semula ke meja dan mengajak kami semua beredar dari situ. Lagipun memang kami aje yang tinggal. Orang lain semua dah beransur pergi...hehehe, itu pun tk paham lagi?

Sewaktu aku membayar rega makanan, makcik yang menjaga kaunter tu mengambil wang dan kertas yang aku hulurkan. Kemudian dia memulangkan baki duit itu tanpa berkata apapun. Heee... Apalah salahnya kalau nak 'halau' kami pun cakap jelah suh kami beredar dari situ...

Yang kelakarnya, tidak semena-mena, datanglah sekumpulan lelaki yang ingin makan di situ, lantas orang kedai itu pun berkata "tutup!" Hehehe..terpaksalah mereka berbondong2 kembali ke kereta, nak cari makan tempat lain pulak.

Bagus jugaklah dorg tutup sebab nak menghormati solat jumaat cuma aku rasa kurang praktikal sbb yang di wajibkan pergi solat jumaat hanya golongan lelaki. Dan pekerja di kedai itupun bukan semuanya lelaki. Hisshhh tak baik prasangka buruk dengan orang kan..mungkin mereka pun nak berehat jugak.... 

Apapun kami pulang dengan kekenyangan...Alhamdulillah...

Apabila Timbangan Semakin Ringan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku boleh tersenyum je..heheheh sebabnya? orang tegur aku dah kurus. Wawawa Alhamdulillah akhirnya diet aku menjadi. Dah beberapa bulan aku mengamalkan meminum jamu Nona Roguy. Susah jugak sebenarnya nak dapatkan stok ni tapi aku beli je kat sini http://mudahniaga.biz/

Mudah, harga berpatutan dan penghantaran cepat. Produk ni bukan sahaja mampu menurunkan berat badan, malah melancarkan peredaran darah dan membuang angin di badan. 

Hehehe hari ini kita bercerita tentang kecantikan pulak yer. Aku rasa aku ni tidaklah gemuk mana pun (eh yeke?) hehehe..cuma masuklah dalam kategori berisi sedikit (pengakuan berani) dan ingin kembali mendapatkan saiz aku yang dulu2 tu (dengan ukuran pinggang 26 inci) Hehe tapi susah jugaklah nak kembalikan saiz badan seperti dulu sebab usia meningkat ni. Kalau korang ada petua, leh lah kongsikan dengan aku..

Semua perempuan berlumba-lumba untuk kelihatan menarik kan? Tak salah malah Islam juga menggalakkan kita berpenampilan menarik cuma janganlah sampai anda melakukannya dengan cara yang tidak betul. 

Banyak juga petua yang anda boleh dapatkan di laman sesawang ni. Petua tradisional nenek moyang kita sebenarnya berkesan cuma wanita di zaman moden ini lebih sukakan sesuatu yang mudah. Lagipun pelbagai produk kecantikan yang ada di pasaran ini. Pastikan ianya ada kelulusan dari kementerian kesihatan okeh!

Hari itu ketika aku sedang melayari tenet, aku terjumpa tips atau petua untuk menguruskan muka yang tembam. Hehe, ada orang kata muka tembam itu cantik! Awet muda! Entahlah. Kecantikan itukan sangat subjektif, semuanya terletak pada pandangan mata seseorang itu.

Caranya ialah  dengan menepuk/menampar2 wajah anda. Hehe menyeksakan tapi bukankan kecantikan itu satu penyeksaan? Haha..korang cubalah. Aku sendiri mencubanya, aku rasa ianya membantu jugak (pssttt sebab aku malas bersenam. Bukan tak ada aku buat aktiviti senaman, tapi aku jenis yang cepat jemu..hai nasiblahkan)

Cara yang lain pula adalah dengan membuat senaman, dongakkan muka memandang ke atas selama beberapa saat, kemudian ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Lakukan berulang kali ya..

Lagi satu cara adalah dengan setiap kali bangun tidur jelirkan lidah anda sejauh yang mungkin (heehe penat jugak) Lakukanlah selalu..

Selamat mencuba..Chaiyok!

Thursday, February 10, 2011

Pssttt...!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa yang aku nak cerita hari ni mungkin ada yang akan tersinggung, atau mencebik ke.. tapi aku rasa nak jugak cerita. Bukan bertujuan mengaibkan cuma terasa seperti nak berkongsi dengan korang. So sebelum tu aku minta maaf dulu ekkk.....

Okeh, pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku lalu di hadapan Petronas (mmg selalu lalu kat situ pun, dah mmg laluannya heheh).

Dan seperti kebiasaanya, apabila melewati jalan itu mata aku akan meliar di sekitar Petronas. Opsss bukan bertujuan yang tak baik tapi untuk melihat kalau-kalau ada kawan opis yang selalu menunggu di situ, akan aku tumpangkan.

Nak jadi cerita, mataku tertancap kepada seorang gadis yang sedang berjalan. Jalannya menetang arus perjalananku. Mataku tidak lepas dari memandangnya. Kenapa? Orangnya memang cantik,  tapi bukan itu yang mengganggu perhatianku. Bodynya? Wallawei..menggiurkan. Tapi bukan itu juga yang mengganggu fikiranku. Hehehe aku normal okeh. Tak minat pada wanita..ahaks.... Lantas apa yang mengganggu fikiranku? 

Haaa inilah aku nak cerita. Pakaiannya! 
Dia memakai T-shirt body-hugging berkolar - Okay! 
Bajunya pendek. Hanya beberapa inci sahaja ke bawah dari paras pinggang - okay jugalah!
Dia memakai seluar panjang - Okay! 
Seluarnya legging! berwarna hijau lumut - okay jugaklah kut!

Persoalannya sekarang, boleh tak korang bayangkan, dengan baju yang pendek dan seluar legging berwarna cerah, bagaimanakah rupa gadis itu? Aku rasa semua orang yang ada di situ, baik yang sedang makan di gerai mamak berhampiran, orang yang singgah ke stesen minyak, orang yang memandu mahupun orang yang lalu lalang akan leka memandang gadis itu. 

Aku ni bukanlah alim sangat pun kan, nak mengutuk cara orang berpakaian. Cuma pakaiannya itu agak menggangu kerana setiap kali dia berjalan maka akan terlihatlah bentuk (tuttt) baik di depan mahupun di belakang. Sangat ketara!

Bagi aku, tak salah kalau kita nak bergaya, tapi biar kena dengan caranya. Wahai kaum wanita, jangan biarkanlah mata2 nakal menelanjangi anda. (pesanan untuk diri sendiri jugak) PEACE ~~

Di bawah ini aku sertakan link sebagai panduan kita bersama tentang adab2 berpakaian. 




Wednesday, February 09, 2011

Bulehh tumpang??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sebenarnya dah lama jugak aku perasaan setiap kali aku memandu pulang ke rumah, dan setiap kali melewati kawasan perumahan dia pantai dalam sana tu, aku akan melihat beberapa kumpulan budak2 berjalan kaki. Tidaklah aku mengambil perhatian sangat sebab fikirku tentu budak2 tu berkumpul setelah ramai-ramai melakukan aktiviti petang2 hari. Dan sangkaku juga tentulah mereka itu budak2 di kawasan itu.

Namun dua hari yang lepas, aku perhatikan budak2 itu akan menahan mana2 kereta yang lalu di situ. Tujuannya? Entah, aku juga tak tahu. Keretaku juga ditahan oleh budak2 itu tapi aku tidak ambil peduli hehehe (kejam ke?) 

Keesokannya juga seperti sebelumnya, kereta aku ditahan lagi, kali ini aku memperlahankan sedikit keretaku namun aku masih tetap tidak berhenti (entahlah kenapa. kejam ya?). Bila aku tidak berhenti budak2 itu akan memarahi aku. Rupa2nya budak2 itu nak menumpang kereta supaya mereka tidak letih untuk berjalan ke dalam. Owhhhh bukan budak pantai dalam rupanya. 

Hehehe..sorrylah dik, korang ramai sangat. Tak muat kete akak nk tumpangkan semua. Since korang dh berjalan dari rumah ke padang sana, maka lebih baik korang berjalan juga dari padang sana ke rumah. Sambil tu leh jugak menyihatkan badan korang..weee...........

Tuesday, February 08, 2011

Kei's Bday & CNY Celebrations

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kembali bertugas setelah lama bercuti sempena CNY. 

Hari sabtu yang lepas, kami sekeluarga menyambut ulang tahun Kei dan sempena CNY sekali. Sangat seronok sebab semua keluarga di sini berkumpul termasuk mak dan pak mertua kakak aku yang datang dari kampung bertujuan menyambut CNY bersama anaknya.

Malam itu, kami semua berkumpul dan makan-makan di Restoran Tupai-Tupai. Tema yang ditetapkan oleh Kei adalah PURPLE. Maka semua orang pun sibuklah mencari baju yang berwarna purple. Mana yang dah ada tu bolehlah menarik nafas lega, mana yang belum..hehehe mulalah mencari.

Aku? Hmm..walaupun dah ada baju berwarna purple..rasa nak jugaklah memakai baju baru. Maka sehari sebelum itu, pergilah aku shopping kat Jusco. Alah, hanya sehelai baju T-Shirt sahaja. Okaylah tu kan..santai...

Hadiah pun aku belum cari lagi utk kei..haishhh, ramainya yang menyambut hari kelahiran awal2 tahun ni. Untuk buat gimmick malam itu, aku pesan pada kakakku yang sorang lagi supaya singgah ke kedai kek sebelum dia sampai ke restoran. Sudahnya sewaktu kami semua sudah berkumpul, kakakku dan keluarganya belum sampai2 lagi sedangkan kami sudah pun mula mangambil makanan (steamboat buffet). Sejam kakakku lewat kerana tersesat..hahaha..kalau ku tahu mereka tidak berapa tahu jalan maka tidaklah mahu aku menyusahkan mereka.

Buat Intan, yang menyambut hari lahirnya hujung bulan January lalu, aku bagi angpow sahaja. Wah, rupanya aku pun mendapat angpow dari sebelah keluarga mertua kakakku. Bukan aku sahaja, mak dan ayah beserta anak-anak buahku juga. 

Yang kelakarnya, anak buahku Ain rupa-rupanya menangis selepas pulang dari makan-makan tu kerana angpownya tidak sebanyak kakaknya Intan. Puas dipujuk kakaku, katanya Intan dapat lebih sebab angpow harijadi sekali. Namun Ain tetap tidak peduli..sambil merungut2 kerana hari jadinya lambat lagi..hahahah..macam-macam..

Tuesday, February 01, 2011

No ENTRY!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Hangin je aku hari nih...

Tengahari tadi aku bersama teman keluar makan, sebelum balik ke opis singgah sebentar di MBB. Kawan aku nak masukkan duit. Aku yang memandu kereta tunggu ajelah di dalam kereta memandangkan tak ada tempat parking yg kosong (hmmm seperti kebiasannyalah)

Aku parkir sebentar di tepi jalan, tidak lama kemudian kereta belakang sibuk pulak hon2.. maka aku pun berpusing semula keliling bank. Masih tak dapat parking, aku berhenti sekali lagi di tepi jalan. Pun tidak lama selepas itu kereta di belakang hon lagi..haishhh....

Maka sekali lagi aku membuat pusingan. Sampai di tepi UOB, keretaku hampir bertembung dengan sebuah kereta. Haiyaaa jalan sehala pun orang boleh masuk! Bukan tidak ada signboard besar di tepi jalan tu. Ke dia pemegang lesen terbang agaknya. 

Aku sudah tentulah tidak mahu mengalah. Aku memberi isyarat kepada mamat tu ini jalan sehala dan menyuruh dia berundur. Aduhaiii..dia pulak yang suruh aku berundur! Aku apalagi naik hangin ler jugak. Dia hanya beberapa meter sahaja ke belakang (jalan utama) sedangkan kalau aku berundur jalan jauh aku tinggalkan di belakang. Mamat ni nampaknya masih tak paham. Aku cuba bergerak lagi mendekati muncung keretanya, cewahhh dia pulak buat derk, wat muka selamba. Aku yang kat dalam tu dah rasa hangin satu badan.

Last2 aku berhentikan kereta aku di situ, dengan harapan dia paham dan berundur atau mencari alternatif lain. Wahhh memang mamat ni tak reti bahasa! Dia pun selamba tak bergerak dari situ. Akur asa adalah beberapa minit jugak kami tidak bergerak. Dalam hati aku dah rasa nak menyumpah2 heeee.... jam di dashboard semakin berdetik jugak...

Mamat tu suruh jugak aku ke belakang, entah isyarat apa yang dia bagi. Kata kawanku mungkin dia nak parking di hujung sudut. Maka aku dengan geram mengundur sedikit. Mujur juga di belakang tak ada kereta. Aku mengundur sedikit , mamat ni pulak ke depan. Weyhhhh..menjerit aku dalam kereta. Kalau iyapun bagilah ruang untuk aku mengengsot ke tepi ke hapa. Ternyata dia wat derk sahaja. Menggelegak rasa hatiku..

Cuaca sudahlah panas terik. Aku akhirnya mengambil keputusan bergerak ke tepi sedikit demi sedikit. Bila hampir berselisih kereta, aku turunkan cermin kereta. Dalam hati aku nak bahasakan mamat ni (wahhhh berani sungguh aku! Mana taknya cukup pantang betul orang yang tk reti2 ni)

Tapi sakitnya hati aku apabila mamat ni sedikitpun tak pandang muka aku yang cun nih! Aku tenung dia dengan hati yang membara. Dengan selamba derk dan kepala mendongak dia berlalu pergi. Jangan kau ingat kau bawa kereta Merc kau nak berlagak!! Dia atas jalanraya kau dan aku sama sahaja, sebagai pengguna jalanraya... Huh, panas! panas!