Monday, January 31, 2011

HENTIKANLAH!! HENTIKANLAH!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selagi perkataan berputar alam
Curiga sandiwara kisah semalam
Yang ku cari kian hilang
Buat ku kebingungan
Yang aku tak mahu datang
Seringkali kau panggil aku
Kau tak peduli waktu tidur ku
Dan bekali-kali aku abaikan mu
Hentikanlah hentikanlah
Ku takkan peduli rayuanmu
Ku tahu bunga bicara cumbu
Yang benar hanyalah satu dalam
1000 penipuan mu
Cinta tersembunyi berbagai helah
Tembelang lama-lama berpecah belah
Ku takkan percaya
Dengan kata-kata
Selagi kau tak buktikan
Dengan kejujuran dalam perlakuan oh
Ku bukan mainan
Hentikanlah kejutan
Takkan berbunyi
Kalau kau bertepuk sebelah tangan…

Hentikanlah...hentikanlah... 
Pelik kengkadang dengan perangai manusia ni. Bila kita berbicara dengan kata-kata yang baik dan boleh diterima logik akal, kenapa masih tak mahu memahami..atau sengaja memang tak mahu memahami?
Aku sendiri pun naik rimas dengan benda2 macam ni. Hentikanlah menyalahkan orang lain dan hentikanlah mengganggu orang lain apabila masing2 dah mempunyai jalan hidup sendiri. 
Aku tak mahu menjadi kurang ajar atau nak bermusuh dengan sesiapa..tapi tolonglah...hentikan!!

Friday, January 28, 2011

Perihal Limau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



~~ Sehingga tarikh status ini ditulis, hanya 2 bijik je buah mandarin yg kita dapat. Whoaaa nape tahun ni limau mogok ke? huhuhu...~~

Ayat di atas adalah status fesbuk aku untuk hari ini. Banyak komen dari kengkawan..ada yang mengatakan mereka dapat banyak sampai tak larat nak makan (whooaaa jeles sungguh) namun ada juga yang mengeluh kerana tidak dapat limau tahun ini. Namun apa yang pasti memang aku rasakan tahun ini kekurangan limau.

Selalunya, pasti aku banyak membawa pulang limau, untuk dikongsi bersama keluarga. Tahun ni? Huhuhu 2 biji sahaja. Itu pun habis dimakan di pejabat.

Korang banyak tak dapat limau tahun ni? Walaupun banyak makan limau akan menyebabkan tekak kering dan batuk-batuk, namun rasa tak sah kiranya tidak dapat makan limau sempena Tahun Baru Cina ni kan..

Beli? Hmmm.. lagi tak sah kalau makan limau mandarin dengan membelinya untuk dimakan sendiri. Kedekut? haishhh taklah cuma rasa tak best je kalau beli limau mandarin tu dan makan sendiri. Langkah terbaik, beli limau dan berikan pada kawan kemudian minta kawan balas balik dengan memberi kita limau semula..haa barulah terasa kemeriahannya. Okay tak idea bernas aku nih? Hehehe..apa yang aku merepek ni..

LIMAU OH LIMAU...






Jeans

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Tatkala berseorangan di pejabat hari ni, aku tertarik dengan topik perbualan hari ini di radio fly.fm. Topiknya berkisar tentang berapa lama anda tak basuh jeans. Hahaha..korang berapa lama tak basuh jeans? Maksudnya sekali pakai korang akan pakai balik ke? untuk berapa kali? atau korang terus sahaja cuci?

Dulu2 kawan2 selalu cakap seluar jeans tak boleh basuh selalu. Konon supaya jeans tu tahan lama. Yeke? Entahlah, tapi bagi aku rasa macam tak selesa pula pakai satu jeans utk beberapa hari. 

Kalau aku travel yang memakan masa 2-3 hari, selalunya aku akan ulang pakai jeans itu utk sekali sahaja lagi. Pernah juga kawan2 tegur aku 'wah, besarnya beg' ..hehehe bukan apa, mmg aku suka bawa extra pakaian utk keselesaan. 

Di pejabat misalnya, kami pekerja masih dibenarkan memakai jeans. Selalunya aku memang akan terus basuh jeans yang aku sudah pakai. Maknanya sekali sahaja aku pakai. Sebab itu agaknya jeans aku byk yang kaput hahaha... 

Entahlah, itu semua terpulang pada individu sebenarnya..asalkan jangan pakai berulang-ulang sehingga berbau okeh!! peace......

Thursday, January 27, 2011

Neon oh Neon

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku ambil cuti. Dengan niat nak lekas2 uruskan segala hal yang patut diuruskan. Dahlah ambil cutinya boleh dikatakan last minute gak...

Petang semalam aku keluar dari opis agak lewat. Dengan langkah yang ayu aku menuju ke kereta yang diparkir secara double park di tepi kereta kwn sepejabat. Setelah masuk dan mengunci kereta, aku pun menghidupkan enjin kereta...

"Zretttt...Zrettt...Zrettt..."

Aiyyyoooo kereta ku tak mahu hidup enjinnya. Berkali-kali cuba pun masih begitu juga bunyinya (lebih kuranglah) Maka aku masuk ke pejabat semula dan meminta bantuan teman sepejabat. Mujur ramai pulak yang masih berada di opis. Hehehe...belek punya belek, mereka sepakat mengatakan starter atau plug yang rosak. 

Memandangkan sudah lewat petang dan workshop yang berhampiran mahupun workshop yang biasa aku kunjungi telah tutup, maka aku terpaksa menghantar kereta aku keesokan harinya. Lantas hari itu bagaimana?

Akhirnya seorang rakanku mengemudi keretaku dan beberapa orang lagi menolak dari belakang. Beberapa meter kemudian enjin berjaya dihidupkan.  Kemudian kereta bertukar tangan dan aku memandu kereta dengan harapan enjinnya tak mati di tengah jalan nanti..kalau nak mati biarlah di tepi jalan..kesian pengguna jalanraya yang lain kalau keretaku mogok di tengah jalan..heee..sejak bila pulak aku begitu mengambil berat dengan pengguna jalanraya yang lain ni? Haruslah kan, akukan pemandu berhemah..

Sampai sahaja di kawasan perumahan aku, kereta aku parkir jauh dari rumah supaya senang untuk ditolak keesokan harinya. Tidak dapat aku menghantar emakku ke klinik semalam.

Pagi ini aku bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerja. Fikirku cuti akanku tunda esok. Hari ini pergi ke tempat kerja dan aku akan meminta bantuan rakan sekerja untuk menghantar Neonku ke workshop kenalannya. Enjin kereta ku hidupkan tapi seketika sahaja kemudian mati semula. Beberapa kali aku cuba masih sama. Aku memandang sekeliling, kalau-kalau ada orang yang boleh membantu menolak keretaku namun hampa. Lagipun enjin keretaku memang bermasalah.

Aku sempat memanggil pomen yang  berhampiran kawasan rumahku. Pomen itu membelek keretaku. Pelbagai cara dicubanya. Kemudian spare-part2 dibuka. Akhirnya dia memutuskan keretaku terpaksa ditahan di 'wad' jugak. Dengan bantuan rakannya, keretaku di bawa ke workshop untuk dibedah siasat. Lewat tengahari aku menerima panggilan telefon dari pomen..

"Dik, kereta adik ni tak ada masalah sebenarnya. Yang tak boleh start tu sebab tak ada minyak. Saya dah isikan minyak dan kereta adik boleh jalan semula."

"Aaaaaaaaaaaa...." 

Wakakaka...begitu ke rupanya? tapi pelik jugak kerana semalam pun masalah yang serupa tetapi kereta aku masih boleh bergerak beberapa kilometer lagi...entahlah.......

Cuti membazir begitu sahaja hanya kerana...keretaku tiada MINYAK..LOL~~~

Tuesday, January 25, 2011

Go Green

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selingan : Para Peragawatan (Peragawati + jantan) LOL~~

Agak lama aku biarkan blog ni sepi seketika. Minggu yang sangat sibuk. Penat jugak sebenarnya terkejar sana terkejar sini tapi alhamdulillah masa terisi dengan sesuatu yang berharga..

Jumaat yang lepas company aku mengadakan jamuan makan malam di Hyatt Saujana bertemakan "Go Green". Nak memupuk semangat sayangkan bumi di kalangan semua orang. Jadi selamatkanlah bumi kita ya.. 

Kalau boleh bagi perokok2 tegar tu, ingat2lah orang tersayang. Bukan sahaja membahayakan bumi tapi juga orang2 yang dekat dengan anda. Amalkanlah hidup secara sihat.


Let Me Help (To the tune of Twinkle, Twinkle, Little Star )
Reduce, recycle and reuse, 
Be careful with the things you choose. 
Don't leave lights and water on, 
Pick up litter when you're done. 
Keep the air and water clean, Help our earth stay strong and green!


Lagu di atas ni aku petik dari sebuah website, sebagai hiburan dan kata2 untuk teks kata2 aku sebagai Mistress of Ceremony (emcee) pada malam itu. Tapi dek kerana kesuntukan masa, show yg aku dan teman pengacara nak buat terpaksalah dibatalkan..namun apapun memang seronok, penghargaan buat para pekerja..

So aku pun nak ambil kesempatan nak menyeru semua orang supaya menjaga alam sekitar okeh! Bukan untuk orang lain, untuk anda jugak dan untuk generasi akan datang. Ingat2 lah lirik lagi Zainal Abidin HIJAU..

"Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba. Dia dicemar manusia, yang jahil ketawa"

SAVE THE WORLD. GO GREEN!

Friday, January 07, 2011

Perginya Seorang Imam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang percaya ke dengan pepatah orang dulu2, kalau mata sebelah kiri mengenyit2 tandanya kita akan mendapat berita sedih? Sejak dari semalam mata kiri aku sekejap2 mengenyit, bukanlah kata aku mempercayai pepatah itu, tapi sepanjang pemerhatian aku setiap kali aku mengalami peristiwa begitu, pastilah aku akan mendapat berita yg kurang menyenangkan. Bagi aku semua ini hanyalah satu kebetulan. Tiada siapa mampu mentafsirkan perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. 

Pagi ini, aku menerima berita seorang Imam di tempat aku telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Takziah diucapkan buat keluarga beliau dan Al-Fatihah disedekahkan untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman.

Beliau merupakan bekas guru besar di sekolah rendah tempatku belajar. Dan kemudian menjadi Imam di kampung pasir. Bersebelahan rumah beliau ada didirikan sebuah musolah dan di situlah aku dan keluargaku akan pergi solat terawih dan solat sunat hari raya setiap tahun. Mendirikan solat dan mendengar tazkirah setiap hari di bulan Ramadhan.

Teringat kata-kata arwah Iman Hj Osman sewaktu tazkirah di bulan Ramadhan yang lepas, agar kami semua masih setia meramaikan musolah walaupun beliau sudah tidak ada lagi.

Seperti biasa setiap kali memandu ke tempat kerja, aku akan melalui kawasan rumah arwah dan pagi ini terasa hati sayu apabila melewati rumah beliau. Beliau seorang Imam yang baik dan suka bergurau. 

Namun, setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah kententuan hidup ini. Semoga arwah bahagia di sisi-Nya. Al-fatihah ~~~

Wednesday, January 05, 2011

Happy New Year

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Rasanya belum terlambat aku nk ucapkan Selamat Tahun baru buat semua kengkawan. Selalunya kalau tahun baru ni, dah tentulah semua sibuk dengan azam baru dan semangat baru. Azam aku? Huhuhu...sambung baliklah azam tahun lepas yang tercapai tu. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010. Sedih dan gembira segalanya tersimpan di lipatan minda.

Dalam penghujung tahun 2010, sedih dan gembira bersatu. Gembiranya aku kerana telah dilamar seseorang dan kami telah mengikat tali pertunangan. Semoga segala perjalanan hidupku di bawah rahmat ilahi..amin. Dan sedihnya aku kerana kucing aku satu2nya telah pergi. Melihat sahaja gambar Gege mulalah airmata aku nk mengalir. Malam semalam, di kala tengah malam dan hujan lebat, menggamit kerinduanku pada Gege. Ya Allah tabahkanlah hatiku. Cengeng ke aku? Biarlah orang nak cakap apa kerana bagiku teman terbaikku telah tiada untuk kukongsi suka dan duka :-((