Friday, November 26, 2010

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku sangat terpanggil nak berkongsi dengan kalian petikan di bawah ini yang diambil dari link kawan di fesbuk. Sekadar renungan kita bersama.. peace ~~

********************


As-Salaamu ‘alaikum…


Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)


http://www.facebook.com/note.php?note_id=172999696053145&id=118477968200684

Monday, November 22, 2010

Batik Fun Walk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


21 Nov 2010, seawal jam 6 pagi aku dan bangun dan bersiap2 untuk ke stesyen komuter bagi menyertai program Batik Fun Walk 2010 anjuran Yayasan Budi Penyayang. 

Kami seramai 7 orang menunggu tren untuk ke stesyen Putra. Pendaftaran bermula seawal jam 7 pagi. Huhu, lambat juga akhirnya kami sampai. Tapi tak mengapalah, yang penting kami sempat sampai sebelum acara  bermula namun terlepas juga sesi awal warming up bersama Linda Jasmin. 

Kami diberi sehelai batik lepas setiap seorang dan juga goodie bag yang mengandungi makanan dan minuman. Kerana masa yang terhad, tidak dapatlah kami memerah idea dalam masa yang singkat itu. Sudahnya kami berjalan dengan kain batik yang diselempang di bahu sahaja. Nasib baik juga aku membawa kain pario batik (hehehe memang sengaja dibawa), kak long pula membawa baju sleeveless batik dan anak2 buah juga memakai baju batik siap masing2. Hehe bolehlah dikategorikan meriah juga. 

Perjalanan harus melalui 5 check points yang telah ditentukan sepanjang jalan. Wah, berpeluh juga tapi kepenatan kurang terasa kerana sambil berjalan kami berbual dan sesekali bergambar hehehe..

Sampai di garisan penamat, kami berehat sebentar sebelum acara cabutan nombor bertuah diadakan. Acara sampingan adalah nyanyian dari pelajar2 Akedemi Fantasia seperti Maulana, Dauz, Mila dan Stacy. Pengacaranya merupakan peserta Raja Lawak (Hehe sorrylah aku tk berapa nak tahu nama mereka sebab aku kureng sikit hal2 sebegini). Anak2 buah bukan main seronok bergambar dengan mereka. Akulah yang menjadi photographer pada hari itu. Lagipun aku memang tidak berapa minat nak bergambar dengan artis (wah, mesti ramai yang berbulu dengan statement aku ni) kecuali kalau artis kesayangan aku seperti Anuar Zain atau Faizal Tahir ataupun Maher Zain..(^___^)

Sungguh hampa kerana aku langsung tidak bertuah hari itu, tiada langsung cabutan yang menaikkan nombor aku namun Khairul, salah seorang ahli kumpulan aku sangat bertuah, nombornya naik utk cabutan grand prize ~ TV LCD 32' tu...wahhh sangat jeles! Apapun Tahniah to Kerol dan terima kasih kerana belanja kami makan Pizza sempena kemenangan besar itu.

Sebelum balik sempat pula kami ke The Mall berjalan2 mencuci mata dan aku sempat jugak membeli 2 naskah novel english..heeee walaupun budget tak berapa nk mengizinkan...

Keseluruhannya acara ini sungguh seronok walaupun penat...

Sunday, November 21, 2010

Perihal Tandas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Mungkin ada yang sedia maklum bahawa 19 November adalah hari Tandas Sedunia. Mungkin ada juga yang mencemuh atau menjadikannya bahan gurauan kerana tandas adalah suatu tempat yang kotor, mengapa mesti dijadikan seperti hari peringatan pula. Seberapa kerapkah anda ke tandas dalam sehari? Tanpa kita sedar tandas adalah tempat yang memang selalu akan dilawati hehhe...

Kalau tandas di rumah sendiri, sudah tentulah kebersihannya terjaga. Tapi tandas awam pula bagaimana? Yang manakah pilihan anda ~ Antara tandas yang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM1 tapi di dalamnya sungguh bersih, berbau harum dan lengkap dengan peralatan DAN tandas yang hanya dikenakan RM0.30 untuk masuk tetapi berbau hancing, kotor dan tiada kelengkapan seperti tisu dan sabun tangan? 

Kalau aku, sudah tentu aku memilih keadaan yang selesa walaupun terpaksa mengeluarkan bayaran yang rasanya melampau untuk masuk ke sebuah tandas.

Siang tadi, aku ke tandas awam dan membayar RM0.30 tapi keadaan di dalamnya tidak berapa selesa..dengan bau yang tidak menyenangkan, paip juga tidak semuanya berfungsi dengan baik dan yang paling aku tidak suka TISU tak ada. Aku terpaksa keluar semula dan meminta tisu kepada penjaga tandas. Rupa2nya tisu hanyalah disediakan di luar dan sudah dipotong2 dan dilipat. Berbaloikah dengan bayaran yang dikenakan????

Tapi aku hairan kerana ada juga setengah kompleks yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk namun kualiti tandasnya sangat terjamin dan selesa.

Jadi, dalam hal ini, siapakah yang harus memainkan peranan penting?? Sebagai pengguna sudah tentu kita mahukan yang terbaik tapi dalam masa yang sama kita juga harus memainkan peranan dalam mencipta suasana ini. Jadi, marilah kita bersama2 menjaga kebersihan tandas kita..weeee ~~~

Friday, November 19, 2010

Sinar Ayat Kursi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku berkesempatan melihat personal email yang dah lama tak dijenguk (ada sebenarnya tapi sekadar melihat email dari facebook sahaja..hahah).

Maka hari ini aku meluangkan masa melihat email yang lama berada di kotak gmail aku. Wah ada 1000++ email sejak dari awal tahun (whoaaa!!)

Aku terpanggil untuk berkongsi info yang menarik ini untuk kengkawan ~~~~


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
 lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
 Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
 setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
 memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..
AMIN......



Monday, November 15, 2010

Perihal Koc Wanita ~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semenjak KTM melancarkan koc yang dikhaskan untuk wanita, para wanita mungkin boleh menarik nafas lega. Ini kerana sendainya terpaksa bersesak berjam-jam lamanya di dalam coach itu pun masih selesa kerana tidak perlu bersesak dan bergeseran dengan kaum lelaki. Namun setakat manakah ianya berkesan? Adakah setiap penduduk Malaysia memainkan peranan penting dalam menjayakan perkara ini?

Hahaha..rasanya masih ada segelintir masyarakat (kaum lelaki khususnya) yang 'buta huruf' atau sekadar tidak ambil peduli. Namun adakah juga kaum wanita yang berada di koc berkenaan, bertindak membetulkan keadaan?

Aku nak kongsi pengalaman ketika aku menaiki KTM. Ianya terjadi baru-baru ini jugalah. Walaupun aku sebenarnya jarang sekali menaiki kenderaan awam setelah memiliki kenderaan sendiri. KTM, LRT dan sewaktu dengannya masih selesa lagi, tapi kalau aku disuruh menaiki bas..alamatnya sesat entah ke mana..haishhh....

Ada dua peristiwa berbeza....

Peristiwa pertama sewaktu aku ingin ke Rawang. Dari rumah aku untuk ke Rawang harus bertukar tren dari KL Sentral. Aku dengan ayunya berbaju kurung ketika itu. Menunggu KTM dengan penuh sabar dan memilih untuk duduk di koc wanita. Sampai sahaja tren, ku lihat ramai golong 'wanita berbadan sasa' yang turut sama berada di dalam koc tersebut. Dengan rasa serba salah aku melangkah jua ke dalam. Huh, terpaksa bersesak juga, namun tidak selesa kerana 'wanita berbadan sasa' turut sama berdiri di sekitarku. Aku juga mungkin seperti wanita yang lain, yg malas untuk membacakan tulisan di sticker berwarna merah jambu + putih yang tertera di pintu dan setiap tingkap koc kepada golongan mereka ini. Kalau warga asing masih boleh dimaafkan kerana ada di antara mereka yang tidak tahu membaca, tapi bila rakyat Malaysia sendiri tidak ambil peduli, siapakah yang harus disalahkan??? 

Aku tersenyum tatkala ada seorang wanita yng boleh digelarkan sebagai makcik menjalankan tanggungjawabnya. Dia akan menghalau atau meminta golongan 'wanita berbadan sasa' ini untuk keluar dari koc wanita. Dia akan menegur setiap kali sampai ke persinggahan dan perhentian seterusnya. Terpikir juga aku, perlukah mereka ini diingatkan setiap kali???

Peritiwa kedua ini berlaku dua hari yang lepas. Kami berenam (semuanya wanita kategori menarik) hehehe... menaiki tren (sekali lagi memilih koc wanita) untuk pulang ke rumah setelah penat mengukur jalan di Kuala Lumpur. Kami mendapat tempat sebaris semuanya dan di depan kami terdapat 2 pasangan duduk dengan wajah selambanya. kami berbisik sesama sendiri dan salah seorang lelaki di hadapan kami kelihatan tersipu kerana merasa tersindir. Lantas kakakku menegur:-

"Okaylah tu ya bang sebab bawak beg wanita."

"Yelah, ada juga wanita." jawaban lelaki itu mengundang ketawa kami.

Kemudian, seorang wanita yang kami kira isteri kepada lelaki itu meminta gula-gula dari suaminya.

"Kat mana?" tanya lelaki itu.

"Kat dalam tulah!" tengking wanita itu.

Kami terpaku seketika. Terkejut dengan noda wanita itu memarahi suaminya. Ku lihat kawan di sebelahnya sempat menyiku wanita itu sekadar menegur bahawa tidak seharusnya wanita itu memperlakukan suaminya begitu. Wanita itu langsung tidak memandang kami dan wajahnya masam sahaja. Kami hanya menahan senyum di dalam hati.

Sampai sahaja ke destinasi, terhambur ketawa kami.:

Jelas kelihatan perempuan itu merasa cemburu dan tergugat kerana kami menegur suaminya..hahahah LOL~~~

Moral of the story : Kalau berpasangan, jgnlah naik koc wanita. ~~~ (^____^)

Friday, November 12, 2010

Minggu Yang Sibuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Azam aku nak menyiapkan sekurangnya 2 manuskrip dalam tahun ini rasanya tidak dapat tercapai..huhu sangat sedih! Di kala aku bersemangat untuk menyambung manuskrip yang sudah siap kira2 200 mukasurat itu, laptop aku pulak buat hal. Entah kenapa kerap benar 'hang' sehingga aku menjadi fedup nak menyambung. Rasa nak kucampak sahaja..tapi..heheh sayang weyh..hampir RM2k harga laptop itu. Aku masih belum berkesempatan untuk menghantar laptop maroon aku itu ke 'klinik'. Kata teman, kerap 'hang' berkemungkinan kerana aku menggunakan W7 dengan ram 2gb, sedangkan untuk penggunaan W7 yang lebih lancar, seeloknya menggunakan sekurang2nya 4gb..adehhh. Harus juga ku tukar kepada W XP. Hmmm...

Kadangkala ada juga aku mencuri menaip di opis, tapi setakat manalah kan..idea ni kalau dipaksa akan menjadi ntah-apa-apa-ntah lah jawabnya. Itu pun aku curik masa lunch aku jikalau aku tidak keluar makan. Jadi, apa yang boleh ku katakan di sini, tunggulah dulu.. harap aku dapat menyiapkan manuskrip itu nanti, Insya Allah.

Jadual aku untuk bulan ini kelihatan padat sekali. Minggu ini aku harus membawa sepupu yang datang dari Jakarta berjalan-jalan. Time to pay back..hehehe..yelah masa aku ke sana, dialah yang mengangkut kami ke sana kemari. Minggu depannya pula, aku mungkin akan menyertai Batik Walk anjuran Yayasan Budi Penyayang. Minggu seterusnya pula, ke rumah saudara di Gombak menghadiri majlis pertunangan dan minggu lagi pulak, company trip (yeahh!!!) 

Masuk bulan 12, aku harus tumpukan sepenuh perhatian aku untuk perkara yang sangat penting dalam hidup aku. Perkara ini harus ada perhatian dan semangat yang jitu. Harapan aku agar semuanya berjalan dengan lancar..Insya Allah. 

Thursday, November 04, 2010

Don't Drive & Dream

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Suatu petang nan indah, aku memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana (heee...baiklah pulak aku ptg itu tidak seperti kebiasaannya..bawak kete lelaju)

Seperti biasa dalam memandu itu aku akan ditemani oleh suara2 merdu yang kadangkala bersatu dengan suara aku yg boleh masuk kategori merdu tahap sederhana~~ kalau tak ada lagu yang best di radio..aku akan memasang kaset Anuar Zain atau Zamani (Slam). Belum berkesempatan nak mencari album Maher Zain utk dilayan di kala petang.Nanti2lah akan kucari.

Sebelum pulang itu aku ada sedikit conversation dgn si dia yang membuatkan aku tersenyum dan berfikir sepanjang hari. Aduhhh inilah bak kata orang "Dont drive n dream' hehehe...

Semasa melalui jalan menghala ke Angkasapuri aku sepatutnya mengambil jalan ke kanan untuk ke rumah aku, tapi entah macamana aku boleh membuat pusingan -U. Ini bermakna aku menghala semula ke pejabat!!!! Argghhhh..setelah membuat pusingan baru aku tersedar 'eh salah jalan pulak'..

Adoiii...nk ketawa pun ada, nk marah diri sendiri pun ada..
Terlajak perahu boleh diundur..terlajak u-turn..kena u-turn semula hihihi...

Himpunan Doa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan doa2 buat amalan kita....sharing is caring..caring is loving ~~
(Sila klik pada gambar utk saiz yg lebih besar)
























Tuesday, November 02, 2010

Say Hi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Wah, lama tk blogging ni. Sebenarnya ada mcm2 peristiwa yang menarik berlaku tapi tkder masa nak update. Ada berita gembira sebenarnya tapi biarlah dulu, selagi ianya masih belum benar2 pasti biarkan ku simpan dahulu.heheh bukannya kedekut nk berkongsi tapi nanti2lah yer.... Lagipun aku rasa cerita peribadi tentang diri ini, biarlah hanya kwn2 terdekat sahaja yang mengetahui.

Minggu lepas, pulang dari tempat kerja seperti biasa sekitar jam 6.00-6.30 petang, aku menapak ke kereta yang diparkir di taman berhampiran opis. Mmg kebiasaannya aku akan meletakkan kereta di situ cuma selalunya tempat kesukaan aku di bahagian depan sedikit. 

Nasibku agak malang hari itu kerana sampai sahaja di kereta, kulihat cermin tingkap belakang retak seribu. Wah, hampir nk menitik airmata ini melihat Neon putih kesayanganku 'cedera'. Tatkala pintu di bahagian pemandu aku buka dan aku tutup perlahan2, serpihan cermin bertaburan...huhuhu..sedihnya..Teringat kata2 my dear bila aku khabarkan kepadanya, kalau boleh serpihan kaca itu dijadikan permata utk cincin, maka jimatlah sikit duitnya..hmmm...LOL~~

Petang itu atas bantuan kawan opis, aku mendapat 'cermin' baru..fuhyoooo siap tinted hitam lagi tu. Sepanjang jalan aku mendengar kibaran semulajadi dari 'cermin tinted' ku hahaha...

Sampai di rumah, nasib baik juga aku parkir kereta di hadapan rumah, maka selamatlah sikit dari kecurian, cuma aku terpaksa mencari kain penutup utk mengelakkan air hujan. 

Esoknya awal2 pagi aku sampai ke pejabat dan minta bantuan rakan sekerja menghantar kereta aku ke bengkel menggantikan cermin. Alhamdulillah siap juga ptg itu..tapi terbanglah duit aku. Apa nk buat, inilah risiko memakai kereta..
 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design