Friday, July 30, 2010

Pupusnya Generasi Noe ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dalam bulan ini sahaja aku dah kehilangan 3 ekor kucing. Mula-mula ibunya yang kuberi nama Rempit, hilang entah ke mana. Semalam makan jagung teringatlah pada Rempit kerana dia pantang sungguh nampak jagung yang menjadi snek kegemarannya hinggakan dengan tongkol2nya pun mahu digigit.

Entry aku sebelum ni tentang anak2 kucing yang sakit.  2 hari yang lepas, Vanilla dah mati. sedih masih belum hilang, pagi tadi Mango pula mati setelah semalaman nazak. Mengalir airmataku melihat Mango yang kelihatan tersiksa menunggu ajalnya. Kuusap-usap kepalanya sambil membaca selawat dan surah yasin setakat hafalanku sahaja. Jika kutinggalkan dia bersendirian, nescaya dia akan mengiaw. Maka, kuhabiskan masa menemaninya. Apabila mata sudah mengantuk, aku memanjat ke katil. Kurasa deru nafas Mango semakin perlahan dan lemah. Mengundang keinsafan dalam diri, sedangkan binatang yang tidak ada dosa itu pun terseksa menghadapi sakaratulmaut, apatah pula manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa.

Kini, hanya tinggal seekor sahaja kucingku. Si jantan yang kuberi nama Ger-Ger yang baru berumur 2 tahun lebih. 

Kini habislah keturunan Noe (Y__Y). Adakah aku masih mahu membela kucing lagi sekiranya diberi peluang? ...............

Monday, July 26, 2010

Minggu yang menyedihkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sejak dari jumaat lepas, moodku berubah mendadak. Sedih melihat anak2 kucingku yang sebelumnya membesar dengan sihat dan berisi kini sedang sakit. Entah di mana silapnya aku pun tidak tahu. Pagi itu, aku mengambil cuti setengah hari kerana mahu membawa anak kucingku ke klinik haiwan. Kedua2nya aku bawa sekali (vanilla a.k.a Putih & Mango a.k.a Kuning). Yang paling teruk sekali adalah si Vanilla. Mengalami cirit birit sehingga badannya susut mendadak. 

Kata doktor mungkin dia tersalah minum. Kuimbas semula, apa yang telah kuberikan kepada kucing2ku. Seingat aku, setiap saat aku akan memastikan tempat bekas air kucingku sentiasa berisi dengan air paip yang bersih. 

Doktor memberikan ubat cacing untuk kedua2 kucingku dan memberi suntikan kepada Vanilla. Namun sehingga kini, keadaan Vanilla masih belum pulih lagi. Walaupun dia sudah tidak cirit birit teruk seperti sebelumnya, namun dia tetap tidak mahu makan.

Sedih aku melihat keadaannya. Maka pada petang ahad semalam, aku ke pasaraya dan membeli susu kucing untuknya (siap dengan botol susu sekali). Biarlah aku berhabis duit untuk mereka, asalkan mereka kembali pulih seperti biasa.

Si Mango sudah beransur pulih cuma kurang sedikit makannya. Kasihan anak-anak kucingku. Emak mereka (Si Rempit) sudah hilang entah ke mana. Hampir seminggu sudah tidak pulang ke rumah. Sungguh, hati aku menjadi risau dan terdetik di hati bahawa si Rempit mungkin sudah tiada lagi.

Susu kucing yang ku beli, ku paksa Vanilla meminumnya. Air susu itu kugantikan sebagai minuman hariannya air paip. Mujur dia mahu meminumnya namun hanya sedikit sahaja. Badannya bertambah lemah.

Dan semalam, Ger-Ger pulak selsema. Aduh, kasihannya. Makan pun tidak banyak seperti selalu. 

Tuhan, sesungguhnya aku sudah tidak tahu ikhtiar apa lagi yang harus kulakukan. Sudah kucuba yang terbaik. Hanya Engkau sahaja yang bisa menyembuhkannya Ya Allah. 

Harapan aku semoga dapat melihat mereka membesar dengan sihat..amin.

Monday, July 19, 2010

Lena Diulit Intan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar gambar hiasan. Tapi lebih kurang begini jugeklah..

Semalam berjalanlah aku bersama dengan kakak2ku ke kedai2 perabot. Niat di hati nak membeli katil. Haishh katil yang lama tu dah patah hahaha..malunya nk citer. Tapi robohnya bukan sbb aku yang berat hokkayy.. ni semua sebab nk main nyorok2 dengan kucing aku dulu tu (bakut-tapi dia dah hilang entah ke mana huhuhu) Bakut ni mmg suka main nyorok2. Konon nk menyoroklah aku di atas katil, last2 bila dia melompat atas katil aku pun konon nk terkam dia..brukkkk..adoiii..patahlah skru yg di bahagian kepala tu. Adalah juga cuba2 sambung tapi bosanlah klu selalu je nk kena pakukan semula...

Okay kembali cerita mencari katil baru. Konon nak ke Cavency (betul ke spelling ni) sbb nampak promo rega set bilik tdo (katil, side table n mirror) hanya RM100++. Cari kat kedai yg pernah aku pergi, rupanya Cavency dh pindah dari situ. Pusing kete, pergilah 2-3 kedai lagi tp tk juga memuaskan hati. Akhirnya aku ke kedai perabot biasa je. Berkenanlah dengan katil kayu. Nekadlah hati ini utk membeli.

Tadaaaaaaaa!!!...... tghri tadi sampailah katil aku. Hurmm seronoknya rasa. Senang sikit aku nak menulis, tinggi sikit kan, nk menonton tv dlm bilik ni pun senang sbb dh sama level dengan rak tv hehehe..tkderlah aku nk mendongak je sbb tilam di bawah.

Kucing2 aku dh mula menyibuk nak merasmikan katil baru. Kesemuanya pakat naik ke atas katil dan landing di situ bersama aku yang terlelap di kala hujan lebat ptg tadi.. (^____^)

Thursday, July 15, 2010

You Are The Champion - Wakaka Crew

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam pukul 9.30mlm dah tercongok depan TV, tak sabar nak tengok final Showdown. Final battle between -  Wakaka Crew, Giller Battle Crew & Floor Fever. Ketiga2 group ini memang bagus but of coz adat pertandingan ada kalah dan menang.

And for me, from the begining (not really beginning lorh, missed 2-3 episode hehhe) suka pada Wakaka Crew tu. Mungkin sebab ada Alam kan (pemenang rancangan so you think you can dance).
Suka sangat tengok gerak tari dorg..sangat lincah!

Yang paling best masa showdown battle tu - antara GBC & Wakaka Crew. No doubt both groups really impressed me with their skill but for me Wakaka is still the best!!

And finally, bila keputusan diumumkan..yaeahh cayalah wakaka..sungguh berbaloi dengan usaha korang.

To GBC & FF - apapun you guys mmg terbaekk!!!

Pssttt : Agaknya siapa yang terpilih untuk Teater Muzikal Terima Kasih Cinta ya. Tunggu...next year (^_____^)

Tuesday, July 13, 2010

Uda & Dara Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 <3 <3 <3


Sabtu lepas (July 10, 2010) aku bersama teman dan kakakku beserta along menghabiskan malam minggu menonton Teater di Istana Budaya. Teater muzikal Uda & Dara. Kisah cinta dua insan yang terhalang kerana darjat dan harta.

Paginya, aku terpaksa menghabiskan seharian masaku menghadiri meeting di Cititel Hotel. Meeting habis jam 5ptg, maka bergegaslah aku pulang ke rumah.

Selepas mandi dan bersiap, hujan turun dengan lebatnya. Perancangan harus bertolak awal dan solat maghrib di sana sahaja. Aku yang malas nk memandu, akhirnya terpaksa membawa kereta juga memandangkan kereta ku parkir di hadapan rumah...huhuhu..penat rasanya.

Sampai di Istana Budaya hujan masih lagi belum berhenti. Sementara menunggu kakakku bersolat (aku? heheh cuti) kami menghabiskan masa dengan bergambar (aduhai mcmlah tk pernah ke IB)


Jam 8.30 show dimulakan. Kira-kira setengah jam kemudian, persembahan terpaksa diberhentikan kerana ada masalah teknikal..huhuhu..hampir setengah jam juga kami terpaksa menunggu sebelum show disambung semula.

Seronok melihat cinta Uda (Razali Hussain - hensemnya dia!) dan Dara (Misya Omar - suaranya mmg best!).
Cinta yang tidak kesampaian kerana harta dan darjat. Cerita yang bagus namun padaku ianya tidak seperti yang diharapkan. Cinta mereka tidak terlalu tragik. Seharusnya watak percintaan uda & dara dimantapkan lagi...cewah, seorang novelis yg baru nk menapak menyuarakan pendapatnya..(^___^)


Walau apapun, kami tetap seronok!


Lepas menonton, lapar weyhhh..singgah di Restoran Garuda. Supper dengan nasi minang hehehe.. dan yg paling beshhh.. AL-POKAT.

Uda & Dara Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 <3 <3 <3


Sabtu lepas (July 10, 2010) aku bersama teman dan kakakku beserta along menghabiskan malam minggu menonton Teater di Istana Budaya. Teater muzikal Uda & Dara. Kisah cinta dua insan yang terhalang kerana darjat dan harta.

Paginya, aku terpaksa menghabiskan seharian masaku menghadiri meeting di Cititel Hotel. Meeting habis jam 5ptg, maka bergegaslah aku pulang ke rumah.

Selepas mandi dan bersiap, hujan turun dengan lebatnya. Perancangan harus bertolak awal dan solat maghrib di sana sahaja. Aku yang malas nk memandu, akhirnya terpaksa membawa kereta juga memandangkan kereta ku parkir di hadapan rumah...huhuhu..penat rasanya.

Sampai di Istana Budaya hujan masih lagi belum berhenti. Sementara menunggu kakakku bersolat (aku? heheh cuti) kami menghabiskan masa dengan bergambar (aduhai mcmlah tk pernah ke IB)


Jam 8.30 show dimulakan. Kira-kira setengah jam kemudian, persembahan terpaksa diberhentikan kerana ada masalah teknikal..huhuhu..hampir setengah jam juga kami terpaksa menunggu sebelum show disambung semula.

Seronok melihat cinta Uda (Razali Hussain - hensemnya dia!) dan Dara (Misya Omar - suaranya mmg best!).
Cinta yang tidak kesampaian kerana harta dan darjat. Cerita yang bagus namun padaku ianya tidak seperti yang diharapkan. Cinta mereka tidak terlalu tragik. Seharusnya watak percintaan uda & dara dimantapkan lagi...cewah, seorang novelis yg baru nk menapak menyuarakan pendapatnya..(^___^)


Walau apapun, kami tetap seronok!


Lepas menonton, lapar weyhhh..singgah di Restoran Garuda. Supper dengan nasi minang hehehe.. dan yg paling beshhh.. AL-POKAT.

Monday, July 05, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini, 5hb Julai 2010, tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila. Hari ini, perginya seorang teman meninggalkan dunia yang fana ini. Kesedihan tidak dapat dibendung lagi. Walaupun arwah tidak ku kenal secara peribadi, namun sejujurnya aku akui dia seorang teman yang sangat baik.

Sedih kerana hajat untuk menemui arwah tidak kesampaian. Sampai bila-bila pun aku tidak akan dapat melihat wajahnya atau mendengar suaranya.

Zrull Shah, amanlah kau di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..amin


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



******************************************

Thursday, July 01, 2010

JULY - Rejab & Sya'ban

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Diam tak diam dh masuk kita ke bulan July. Ini entry pertama untuk bulan July. Memang sengaja aku biarkan jumlah entry utk bulan Jun, 15 sahaja. Kenapa ya? hurmm.. sbb nombor 15 adalah tarikh lahirku dan no 15 sentiasa memberi tuah kepadaku. Insya Allah.

Teringat pula ketika Annual Dinner company tahun lepas. Aku memilih kad yang bernombor 15 kerana aku sukakan angka itu. Masing2 bukan main sibuk memilih nombor bertuah sendiri. Pada event tersebut, kwn2 komiti semuanya naik ke pentas utk memperagakan pakaian tercantik.. hohohohh..tahun tu aku tidak terpilih mungkin kerana tema yang ditetapkan 'Rock Star'. Bagaimanalah aku yg bertudung dan ayu ini memperagakan pakaian rock? hehehe..apapun terserah pada nasib masing2.

Kemudian, bila hanya lagi 5 cabutan bertuah yg tinggal, aku mula give-up sbb no tk dipanggil2. Tersandar di kerusi kepenatan. Kemudian aku terkejut kerana nombor ku dipanggil untuk cabutan ke-2 tertinggi. Hadiahnya? hurmm sangat berbaloi! Dengan duit itulah aku ke Jakarta-bandung.

Apa jua nombor sebenarnya tidak kisah,  cuma mungkin nombor 15 itu terlalu istimewa bagi diriku..

Kawan2 juga jgn lupa untuk menunaikan puasa sunat di bulan rejab/sya'ban ini ya. Banyak fadhilatnya. Sama2lah kita mencari keredhaan Allah
 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design