Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal Gege

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam pagi aku terima pesanan ringkas dari kakakku mengatakan kucing aku yang tinggal satu-satunya telah pergi meninggalkan kami kerana dilanggar motor. Ya Allah, saat itu hatiku rasa melayang, tanganku mula menggigil dan mata sudah mula berair.. oh tidak!!! terasa seperti ingin menjerit!! 

Ku cuba gagahkan diri menahan airmata dari mengalir namun tewas juga.. mood aku turut pun berubah sama. Kwn2 pun menegur tapi entahlah...terasa semangat dibawa pergi sekali. Gege adalah satu2nya generasi Noe yang tinggal. Seluruh perhatian dan kasih sayang aku berikan padanya. Ia sangat comel dan manja.

Setiap pagi Gege akan menunggu di luar bilikku dan saat aku membuka pintu bilik, Gege akan datang bermanja di kakiku dan seperti biasa aku akan memeluknya dan menciumnya. Begitu juga apabila aku pulang ke rumah. Sewaktu memarkir kereta Gege akan sentiasa berada di depan pintu menanti aku. Sebaik sahaja kakiku melangkah ke dalam rumah, Gege akan mengekoriku sehingga ke bilik. Gege yang manja, Gege yang comel, Gege yang bijak...kini semua itu hanya tinggal kenangan.... (Y__Y)

Terasa aku seperti tidak mahu mencari pengganti Gege lagi. Sudah nekad dalam hati aku tidak mahu menerima kucing lagi melainkan kucing itu datang sendiri atau mungkin juga kucing yang ku temui di tepi jalan. Namun buat masa ini, aku masih dalam kesedihan......

No comments: