Monday, November 15, 2010

Perihal Koc Wanita ~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semenjak KTM melancarkan koc yang dikhaskan untuk wanita, para wanita mungkin boleh menarik nafas lega. Ini kerana sendainya terpaksa bersesak berjam-jam lamanya di dalam coach itu pun masih selesa kerana tidak perlu bersesak dan bergeseran dengan kaum lelaki. Namun setakat manakah ianya berkesan? Adakah setiap penduduk Malaysia memainkan peranan penting dalam menjayakan perkara ini?

Hahaha..rasanya masih ada segelintir masyarakat (kaum lelaki khususnya) yang 'buta huruf' atau sekadar tidak ambil peduli. Namun adakah juga kaum wanita yang berada di koc berkenaan, bertindak membetulkan keadaan?

Aku nak kongsi pengalaman ketika aku menaiki KTM. Ianya terjadi baru-baru ini jugalah. Walaupun aku sebenarnya jarang sekali menaiki kenderaan awam setelah memiliki kenderaan sendiri. KTM, LRT dan sewaktu dengannya masih selesa lagi, tapi kalau aku disuruh menaiki bas..alamatnya sesat entah ke mana..haishhh....

Ada dua peristiwa berbeza....

Peristiwa pertama sewaktu aku ingin ke Rawang. Dari rumah aku untuk ke Rawang harus bertukar tren dari KL Sentral. Aku dengan ayunya berbaju kurung ketika itu. Menunggu KTM dengan penuh sabar dan memilih untuk duduk di koc wanita. Sampai sahaja tren, ku lihat ramai golong 'wanita berbadan sasa' yang turut sama berada di dalam koc tersebut. Dengan rasa serba salah aku melangkah jua ke dalam. Huh, terpaksa bersesak juga, namun tidak selesa kerana 'wanita berbadan sasa' turut sama berdiri di sekitarku. Aku juga mungkin seperti wanita yang lain, yg malas untuk membacakan tulisan di sticker berwarna merah jambu + putih yang tertera di pintu dan setiap tingkap koc kepada golongan mereka ini. Kalau warga asing masih boleh dimaafkan kerana ada di antara mereka yang tidak tahu membaca, tapi bila rakyat Malaysia sendiri tidak ambil peduli, siapakah yang harus disalahkan??? 

Aku tersenyum tatkala ada seorang wanita yng boleh digelarkan sebagai makcik menjalankan tanggungjawabnya. Dia akan menghalau atau meminta golongan 'wanita berbadan sasa' ini untuk keluar dari koc wanita. Dia akan menegur setiap kali sampai ke persinggahan dan perhentian seterusnya. Terpikir juga aku, perlukah mereka ini diingatkan setiap kali???

Peritiwa kedua ini berlaku dua hari yang lepas. Kami berenam (semuanya wanita kategori menarik) hehehe... menaiki tren (sekali lagi memilih koc wanita) untuk pulang ke rumah setelah penat mengukur jalan di Kuala Lumpur. Kami mendapat tempat sebaris semuanya dan di depan kami terdapat 2 pasangan duduk dengan wajah selambanya. kami berbisik sesama sendiri dan salah seorang lelaki di hadapan kami kelihatan tersipu kerana merasa tersindir. Lantas kakakku menegur:-

"Okaylah tu ya bang sebab bawak beg wanita."

"Yelah, ada juga wanita." jawaban lelaki itu mengundang ketawa kami.

Kemudian, seorang wanita yang kami kira isteri kepada lelaki itu meminta gula-gula dari suaminya.

"Kat mana?" tanya lelaki itu.

"Kat dalam tulah!" tengking wanita itu.

Kami terpaku seketika. Terkejut dengan noda wanita itu memarahi suaminya. Ku lihat kawan di sebelahnya sempat menyiku wanita itu sekadar menegur bahawa tidak seharusnya wanita itu memperlakukan suaminya begitu. Wanita itu langsung tidak memandang kami dan wajahnya masam sahaja. Kami hanya menahan senyum di dalam hati.

Sampai sahaja ke destinasi, terhambur ketawa kami.:

Jelas kelihatan perempuan itu merasa cemburu dan tergugat kerana kami menegur suaminya..hahahah LOL~~~

Moral of the story : Kalau berpasangan, jgnlah naik koc wanita. ~~~ (^____^)

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design