Sunday, August 15, 2010

Ramadhan 5, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Diam tak diam, hari ini masuklah hari ke-5 kita berpuasa, insya Allah. Seronok kan berada di bulan puasa.

Semalam petang, aku ke bazaar ramadhan bersama anak buah aku. Tak rancang pun. Sekadar singgah selepas pergi ke bank di OUG. Cadangnya nk bayar duit kereta tapi transaksi di cimb bank gagal pula. Tak tahu pula, mungkin selepas jam 6 ptg, transaksi ditutup.

Kereta dihala pula ke Sri Sentosa mencari bazaar. Adalah berjumpa. kami sekadar membeli air soya dan martabak sahaja. Anak buah siap dh ingatkan, jangan membazir acik..hehehe...yolah.

Cuma semalam entah kenapa teringin nk makan kuih tako / kuih sampan. Di sentosa tiada, lantas ku halakan kereta ke pantai dalam. Huhu..pun tak ada. nampaknya seperti kempunanlah aku. Memandangkan hari sudah hampir maghrib, kami mengambil keputusan pulang sahaja. Esok2 carilah lagi kuih itu.

OTW nak balik ke rumah itu, sempat aku menyuruh anak buah melihat kiri dan kanan mana tahu kut ada yang menjual kuih kesukaan aku itu. 

"Tak ada cik." ayat itulah yang diulang2 sepanjang jalan. Huhu..memang kempunanlah aku.

Sampai sahaja di selekoh sekolah agama di rumah aku, aku memberhentikan kereta dan menyuruh anak buahku turun untuk melihat ke kedai Cik Pah (Cik Pah selalu berniaga di simpang itu menjual nasi lemak - sedap). Kiranya ini usaha terakhir akulah untuk melepaskan kenan itu. Kemudian anak buah aku dengan wajah gembira kembali ke kereta

"Ada acik. Acik nak berapa?"

Fuh, dengan senyuman melebar, aku serahkan duit kepada anak buahku. sepeket untuk aku bawa pulang ke rumah dan sepeket lagi untuknya satu keluarga pula. Hehe..punyalah jauh aku menjelajah, akhirnya di kawasan rumah sendiri jugak yang ada. Itulah, bazaar ramadhan di tempat orang..manakan sama bazaar ramadhan di tempat sendiri...(^_^)

Malam tadi seperti biasa pergi ke markas utk solat tarawih. Markas mlm ini meriah dan padat tidak seperti biasa. Al-maklumlah semalam telah dikhabarkan akan kehadiran Datuk Sri Anwar Ibrahim yang akan bersama-sama solat tarawih berjemaah bersama. Aku yang selalunya berada di saf pertama, semalam terpaksa ke saf no-3 kerana kepadatan tersebut. Alangkah bagusnya sekiranya setiap malam jemaah ramai begitu. 

Selesai solat tarawih, Datuk Sri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah yang banyak menyentuh tentang akhlak. Apapun, tazkirah selama hampir setengah jam itu ternyata tidak membosankan.

Moreh malam tadi agak istimewa iaitu nasi beriani gam (ayam) beserta kuih muih. 


No comments: