Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ramadhan 1, 1431H :


Sesudah maghrib malam tadi, Ramadhan membuka tirainya. Bulan yang penuh keberkatan. Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam di dunia. Semoga segala amalan dan ibadat di bulan ini dapat dipertingkatkan dan diterima olehNya.

Selepas mengerjakan solat maghrib, aku duduk di luar menonton tv sambil menunggu penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan tarikh bermulanya ramadhan. Walaupun seperti yang dijangka (mengikut kalendar) namun seronok begini, terasa debarannya. Lebih kurang jam 8.20mlm, pengumuman ke udara. Apabila disebut sahaja tarikh bermulanya puasa, aku tersenyum lantas masuk ke bilik mengambil tuala dan mandi!!!

Selepas bersiap dan mengambil wuduk, aku, ibu dan ayah berserta anak2 buah pergi ke surau. Kalau ikut rasa hati aku, nak aje berjalan kaki kerana setiap langkah yang diambil, pahalanya dikira. Mengenangkan ibu dan ayah yg sudah tidak larat berjalan jauh maka aku membawa kereta.

Seperti kelazimannya, kami mengerjakan solat terawih di markas PAS. Soal politik tidak timbul di sini. Kalau di Madrasah Al-Syukriah tentulah lebih meriah kerana kebanyakan penduduk akan berbondong-bondong ke sana. Tapi bagi segelintirnya gemar mengerjakan terawih di markas kerana di sini kami mengerjakan solat sunat itu sebanyak 8 rakaat dan 3rakaat witir. Setelah itu akan diikuti oleh majlis tazkirah bersama ustaz yang dijemput setiap hari dari setiap pelosok kawasan. 

Bagi jemaah wanita, sambil mendengar tazkirah, kami selalunya akan menikmati sedikit juadah (moreh) yang disediakan secara bergilir2 oleh para jemaah yang ingin bersedekah. Giliran kami menyediakan juadah nanti adalah pada ramadhan yang ke-21 bersamaan 31 Ogos.

Malam tadi tazkirah berkisarkan amalan pembaziran yang sering kita lakukan tanpa sedar di bulan Ramadhan. Berbelanja mengikut nafsu semata. Maka berbukalah kita dengan penuh kesederhanaan. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Apapun, pada teman2, rebutlah peluang di hari yang penuh keberkatan ini untuk mengerjakan amal ibadah> Semoga ibadah kita diterima olehNya..aminn..

Selamat Berpuasa!


Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

No comments: