Tuesday, July 13, 2010

Uda & Dara Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 <3 <3 <3


Sabtu lepas (July 10, 2010) aku bersama teman dan kakakku beserta along menghabiskan malam minggu menonton Teater di Istana Budaya. Teater muzikal Uda & Dara. Kisah cinta dua insan yang terhalang kerana darjat dan harta.

Paginya, aku terpaksa menghabiskan seharian masaku menghadiri meeting di Cititel Hotel. Meeting habis jam 5ptg, maka bergegaslah aku pulang ke rumah.

Selepas mandi dan bersiap, hujan turun dengan lebatnya. Perancangan harus bertolak awal dan solat maghrib di sana sahaja. Aku yang malas nk memandu, akhirnya terpaksa membawa kereta juga memandangkan kereta ku parkir di hadapan rumah...huhuhu..penat rasanya.

Sampai di Istana Budaya hujan masih lagi belum berhenti. Sementara menunggu kakakku bersolat (aku? heheh cuti) kami menghabiskan masa dengan bergambar (aduhai mcmlah tk pernah ke IB)


Jam 8.30 show dimulakan. Kira-kira setengah jam kemudian, persembahan terpaksa diberhentikan kerana ada masalah teknikal..huhuhu..hampir setengah jam juga kami terpaksa menunggu sebelum show disambung semula.

Seronok melihat cinta Uda (Razali Hussain - hensemnya dia!) dan Dara (Misya Omar - suaranya mmg best!).
Cinta yang tidak kesampaian kerana harta dan darjat. Cerita yang bagus namun padaku ianya tidak seperti yang diharapkan. Cinta mereka tidak terlalu tragik. Seharusnya watak percintaan uda & dara dimantapkan lagi...cewah, seorang novelis yg baru nk menapak menyuarakan pendapatnya..(^___^)


Walau apapun, kami tetap seronok!


Lepas menonton, lapar weyhhh..singgah di Restoran Garuda. Supper dengan nasi minang hehehe.. dan yg paling beshhh.. AL-POKAT.

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design