Friday, July 30, 2010

Pupusnya Generasi Noe ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dalam bulan ini sahaja aku dah kehilangan 3 ekor kucing. Mula-mula ibunya yang kuberi nama Rempit, hilang entah ke mana. Semalam makan jagung teringatlah pada Rempit kerana dia pantang sungguh nampak jagung yang menjadi snek kegemarannya hinggakan dengan tongkol2nya pun mahu digigit.

Entry aku sebelum ni tentang anak2 kucing yang sakit.  2 hari yang lepas, Vanilla dah mati. sedih masih belum hilang, pagi tadi Mango pula mati setelah semalaman nazak. Mengalir airmataku melihat Mango yang kelihatan tersiksa menunggu ajalnya. Kuusap-usap kepalanya sambil membaca selawat dan surah yasin setakat hafalanku sahaja. Jika kutinggalkan dia bersendirian, nescaya dia akan mengiaw. Maka, kuhabiskan masa menemaninya. Apabila mata sudah mengantuk, aku memanjat ke katil. Kurasa deru nafas Mango semakin perlahan dan lemah. Mengundang keinsafan dalam diri, sedangkan binatang yang tidak ada dosa itu pun terseksa menghadapi sakaratulmaut, apatah pula manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa.

Kini, hanya tinggal seekor sahaja kucingku. Si jantan yang kuberi nama Ger-Ger yang baru berumur 2 tahun lebih. 

Kini habislah keturunan Noe (Y__Y). Adakah aku masih mahu membela kucing lagi sekiranya diberi peluang? ...............

No comments: