Monday, July 26, 2010

Minggu yang menyedihkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sejak dari jumaat lepas, moodku berubah mendadak. Sedih melihat anak2 kucingku yang sebelumnya membesar dengan sihat dan berisi kini sedang sakit. Entah di mana silapnya aku pun tidak tahu. Pagi itu, aku mengambil cuti setengah hari kerana mahu membawa anak kucingku ke klinik haiwan. Kedua2nya aku bawa sekali (vanilla a.k.a Putih & Mango a.k.a Kuning). Yang paling teruk sekali adalah si Vanilla. Mengalami cirit birit sehingga badannya susut mendadak. 

Kata doktor mungkin dia tersalah minum. Kuimbas semula, apa yang telah kuberikan kepada kucing2ku. Seingat aku, setiap saat aku akan memastikan tempat bekas air kucingku sentiasa berisi dengan air paip yang bersih. 

Doktor memberikan ubat cacing untuk kedua2 kucingku dan memberi suntikan kepada Vanilla. Namun sehingga kini, keadaan Vanilla masih belum pulih lagi. Walaupun dia sudah tidak cirit birit teruk seperti sebelumnya, namun dia tetap tidak mahu makan.

Sedih aku melihat keadaannya. Maka pada petang ahad semalam, aku ke pasaraya dan membeli susu kucing untuknya (siap dengan botol susu sekali). Biarlah aku berhabis duit untuk mereka, asalkan mereka kembali pulih seperti biasa.

Si Mango sudah beransur pulih cuma kurang sedikit makannya. Kasihan anak-anak kucingku. Emak mereka (Si Rempit) sudah hilang entah ke mana. Hampir seminggu sudah tidak pulang ke rumah. Sungguh, hati aku menjadi risau dan terdetik di hati bahawa si Rempit mungkin sudah tiada lagi.

Susu kucing yang ku beli, ku paksa Vanilla meminumnya. Air susu itu kugantikan sebagai minuman hariannya air paip. Mujur dia mahu meminumnya namun hanya sedikit sahaja. Badannya bertambah lemah.

Dan semalam, Ger-Ger pulak selsema. Aduh, kasihannya. Makan pun tidak banyak seperti selalu. 

Tuhan, sesungguhnya aku sudah tidak tahu ikhtiar apa lagi yang harus kulakukan. Sudah kucuba yang terbaik. Hanya Engkau sahaja yang bisa menyembuhkannya Ya Allah. 

Harapan aku semoga dapat melihat mereka membesar dengan sihat..amin.

No comments: