Sunday, June 06, 2010

Prince of Persia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sabtu yg lepas, aku, kakak n anak-anak buah ke pawagan IOI Mall untuk menonton wayang (hahaha...kan minggu sebelumnya mereka tak jadi tgk wayang)

Maka malam lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke IOI puchong (Itu pun aku dah rushing balik ke rumah kerana petang tu ke Shah Alam menghadiri majlis berkhatan anak Kak ZaiZila) Thanks K Zai kerana sudi menjemput. Majlis yang meriah n makanannya sedap sangat. Puashati. Aku siap tapaw tapai lagi..hehehe...
Ok stop pasal makanan. Nak citer pasal filem pulak..

So, sampai di IOI kami pun segera ke tingkat tiga untuk membeli tiket. Ramainya orang, al-maklumlah malam minggu kan. Yang bestnya, ramai juga kaum india yang menonton di situ memandangkan cerita Singam ditayangkan di situ (pelakonnya kalau tk silap Kamal Hassan)

Sampai masa beli tiket tu...

"Cik, tayangan pukul 9.45 dah full house. Tinggal yang ini je" katanya sambil menunjukkan skrin tempat duduk yang tinggal satu2 sahaja. Hmmm..memandangkan kami berlima, maka rasa tk molek pula nk duduk berjauhan..

So kami mengambil keputusan utk melihat filem Kecoh Betul lakonan Saiful Apek. Tapi kakakku kurang setuju. Katanya dah alang-alang marilah kita teruskan juga menonton Prince of Persia. Maka kami pun tengoklah midnite..whuaaa...jam 2 pagi baru filem tamat.

Filem ni memang best! Jalan cerita yg bagus. Tidak membosankan! Rasa memang berbaloi menonton..

Pssstt~ lupa nk tambah, heronya hensemmm...(^_^)

3 comments:

:::jillian de jill::: said...

heroin nye seksi (itu wajib lah kan kalau barat punya)

Nobody said...

haha cite nie memang best..
saya gi tgk kat pawagam di Setiawan masa tu hehehe

Aryanie Ismail said...

mmg best pun kan

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design