Friday, June 04, 2010

Masih mampukah aku bersabar?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini aku datang kerja seperti biasa setelah berehat semalam kerana diserang sakit kepala dan demam. Kalau diikutkan rasa hati mahu sahaja aku meneruskan rehat memandangkan kesihatan aku masih belum baik sepenuhnya. Namun apabila mengenangkan kerja yang masih bertangguh, kugagahkan jua.

Hari ini aku sampai opis lewat sedikit, dengan wajah yang sedikit pucat dan mata yang bengkak (menyampahnya aku! Ntah serangga mana yang telah menggigit sebelah mataku ini)

Tapi hari ini, ternyata menguji kesabaran aku. Ntah kenapa aku yang kurang sihat ini ternyata cepat benar 'naik angin'nya. Mungkin ada yang beranggapan aku sekarang semakin berlagak dan sombong sejak berpindah tempat ni dan sudah berubah tinggahlaku. Hmmm..kengkadang mengeluh juga aku dgn attitude rakan yang tidak memberi kerjasama. Dan kadang-kadang sudah naik bosan aku mendengar omelan dari supplier yang mengatakan ketidakselesaan mereka apabila menghubungi tempat kerjaku. Namun apalah yang boleh ku lakukan selain memohon maaf sahaja.

Sampai bilalah agaknya perkara ini akan berakhir kerana sesungguhnya aku sudah letih!!!

1 comment:

:::jillian de jill::: said...

hidup mmg gini rentaknya... ko mampu menghadap letih