Saturday, June 05, 2010

Kembali Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kesihatan aku semakin baik..Syukur Ya Allah. Aku hanya menelan sebiji panadol sahaja. Ubat Homeopati yang selalu ku makan tatkala demam, telah habis dalam simpanan..sigh...

Tapi, mood aku mcm...hmm..entahlah! Ingat nak pergi servis kereta pun tertangguh juga. Penunjuk meter belum masanya utk diservis tapi klu mengikut bulan, sudah sebulan berlalu. Ah, biarlah dulu. Kereta itu pun hanya ku bawa pergi ulang alik kerja, dan berjalan hanya di sekitar kawasan KL/Selangor sahaja.

Errands hari ni, harus membayar segala hutang piutang bank. Hmm...menci betul bila gajiku bulan ini terlewat dari yang sepatutnya. Alasan...tertunda sebab Public Holiday..wate..opssss..zipppp!!!!

Filem Lagenda Budak Setan (LBS) telah mula ditayangkan sejak khamis yang lalu. Cadangnya mahu pergi menonton. Sebenarnya aku kalau mahu menonton filem melayu tengok mood dan pelakonnya juga. Namun cerita LBS ni diadaptasikan dari novel Ahadiah Akashah dan sebagai sokongan kepada temanku Yati, harus juga ku tonton filem ini, cuma masa dan waktunya masih belum difikirkan lagi. Tunggu!!!!

Mr xxxxx..bila kita nak pergi tonton wayang lagi???

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design