Wednesday, June 02, 2010

Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pulang dari tempat kerja semalam, terus sahaja aku merebahkan badan ke tilam sambil ditemani oleh keempat2 ekor kucingku yang mmg dah landing di sana. Aku cium mereka seekor demi seekor. Badan terasa penat dan panas semacam. Berehat sebentar sementara menanti maghrib.

Malamnya aku mula terasa pening kepala dan tak sedap badan. Hmm..demam ni gatal nk singgah ke badan akulah ni. Tak sukanya! Mana tak demamnya, petang semalam aku dan seorang teman menapak ke seberang opis kerana nak membeli toner mesin fotostat kat opis ni yg dah nyawa2 ikan tu. Dalam masa nk balik tu hujan dh renyai, redah jugalah. Pulang kerja semalam pun hujan belum berhenti. Terpaksa juga meredah hujan untuk ke kereta.

Pagi ni aku bangun seperti biasa. Rasa berbelah bahagi samada mahu pergi kerja atau tidak. Tapi ntah kenapa dalam berfikir tu kakiku melangkah jua ke kamar mandi. Selesai mandi aku mengenakan pakaian. Cadangnya mahu memakai uniform opis. Kupandang sepi sahaja uniform yg tergantung, lantas baju T-shirt dan jeans ku sarung ke badan. Dalam bersiap tu pun hati masih berbelah bahagi mahu ke opis. Bila mengenangkan kerja yang masih byk di opis, kugagahkan juga.

Sampai di pejabat, pintu bilik ku buka, lampu dan a/cond begitu juga. Semerta badanku mula terasa sejuk dan kepala pun mulalah pening. Bila dah sampai di opis, keje yg byk di atas meja itu terpaksa jugalah aku siapkan perlahan-lahan. Dengan tekak yang mual, kepala yang pening dan badan yg menggigil. Sabar ajelah...

Doaku semoga demam aku akan kebah secepatnya. Semoga cepat sembuh, ARYANIE ISMAIL!!!

No comments: