Sunday, June 20, 2010

Cuti-cuti sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


"Cik, cuti sekolah ni takde g mana2 ke?"
"Hurmm..nk g mana?"
"Kata hari tu nk g genting?"
"Nanti acik tanya Along"

Begitulah perbincangan antara aku dan anak2 buahku. Maka hari Jumaat yang lalu, aku berserta 2 orang anak2 buah dan kakak sepupuku beserta 3 org anak2 buah naiklah ke Genting.

Arakian, tersebutlah kisah, maka pagi Jumaat itu seawal jam 8 pagi kami sudah bertolak ke stesen KL Sentral. Dengan langkah kaki yang dibesar2kan dan sesekali berlari2 anak kami ke kaunter tiket. Namun kecewa kerana tiket seterusnya hanya ada pukul 2 petang. Warghhh...klu naik pukul 2ptg, mmglah tk puas nak main nanti. Maka kami mencari alternatif lain. Turun ke bawah di perhentian bas. Ternyata tiket mmg sudah habis.

Kemudian kami didatangi oleh seorang lelaki

"Dik, nak pergi mana?"
"Genting bang"
"Hurmm..tiket bas dah habis untuk pagi ni. Naiklah teksi"
"Tapi kami bertujuh orang bang, mana cukup satu teksi."
"Tujuh orang boleh. Naik kereta saya. Hanya RM125 je."

Fikir punya fikir maka kami pun bersetuju menaiki kereta jenis avanza lelaki itu. Muatlah kami bertujuh orang.
Sampai di stesen kereta kabel, segera kami membeli tiket dan menunggu giliran. Hehehe..seronoknya bebudak tu naik kereta kabel.


Kami membeli tiket untuk permainan di luar sahaja. Haisshhhh..tiket mahal weyhh... seorang dewasa RM44 dan kanak2 RM38. Cuti sekolah, maka dikira peak season. Kalau booking dari awal semuanya RM41 je. Pengajaranlah buat kami..hishhh..habis budget (^_^)

Memang seronok bermain di kota keriangan tu. Petangnya kami masuk ke dalam untuk ke rumah salji. Memandangkan aku beberapa bulan sebelum ini, pernah ke genting dan rumah salji bersama teman2 fesbuk, maka aku hanya membayarkan untuk anak2 buahku sahaja. Sempat juga aku mengambil gambar mereka dari luar.


Memang leka mereka bermain. Lantas kuberikan isyarat menunjukkan ke arah jam membawa maksud kami mengejar masa menegenangkan bas kami adalah pukul 7.30 ptg. Sekitar jam 7 kami berlari2 ke tempat cable car. Wahhh terkejutnya melihat panjangnya barisan. Kami sudah berpandangan sesama sendiri. Rencana kalau bas tiada maka kami akan bermalam di hotel Sri Malaysia di bawah (risau juga sekiranya tiada bilik kosong)

Jam 7.30 baru kami dapat menaiki cable car. Adoii..perjalanan dari sini ke stesen bas mengambil kira2 15minit. Dalam hati berdoa agar bas menanti kami.


Sampai di bawah, kami ketinggalan bas..wargghhh...tensionnya. bas seterusnya jam 8.30 pun dah penuh. Ada kereta sapu tapi nak kenakan harga RM100 hanya utk ke stesen KL Sentral. Kami bertanya di kaunter tiket, mujur ada bas seterusnya ke Bukit Jalil dengan harga tiket RM4.60 seorang. Syukur alhamdulillah.

Di dalam bas semua kepenatan dan apa lagi..tidur! Sampai di Bukit Jalil, kami mengambil teksi untuk ke destinasi masing2.

Hehehe..budak2 merungut jugak sebab tk puas nak main. Kami merancang utk bercuti di sana lagi dan mungkin akan bermalam di sana. Insya Allah.

1 comment:

mr ringgo said...

wawawa pergi genting.. sgt seronok.. hahahaha