Sunday, June 20, 2010

Riadah ~ Bowling

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ni aku beserta teman2 ke IOI Mall, Puchong untuk bermain bowling. Wahhh..lama tk mengasah bakat ni.
Kami bermain seramai 4 orang dan 3 pusingan. Hehehe...memula tu skill cam tk menyerlah je..al-maklaumlah tk warm up pun..main hentam je.

Aku yang mula pakai bola 9 terus bertukar ke 10..hehhe..konon kasi berat jadi bola tu taklah ke longkang perginya. Hahaha..okaylah juga persembahan kami pada hari ini..

Yang paling beshhh..kawanku ina dan suaminya, sentiasa bersaing. Akhirnya kaum lelaki kecundang juga..heheh...3-0. Chaiyok! Chaiyok Ina!


Selepas bermain kami pun lepak makan dan berbicang tentang strategi seterusnya untuk aktiviti bersama teman2 fesbuk nanti. Tunggu!!!!

Cuti-cuti sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


"Cik, cuti sekolah ni takde g mana2 ke?"
"Hurmm..nk g mana?"
"Kata hari tu nk g genting?"
"Nanti acik tanya Along"

Begitulah perbincangan antara aku dan anak2 buahku. Maka hari Jumaat yang lalu, aku berserta 2 orang anak2 buah dan kakak sepupuku beserta 3 org anak2 buah naiklah ke Genting.

Arakian, tersebutlah kisah, maka pagi Jumaat itu seawal jam 8 pagi kami sudah bertolak ke stesen KL Sentral. Dengan langkah kaki yang dibesar2kan dan sesekali berlari2 anak kami ke kaunter tiket. Namun kecewa kerana tiket seterusnya hanya ada pukul 2 petang. Warghhh...klu naik pukul 2ptg, mmglah tk puas nak main nanti. Maka kami mencari alternatif lain. Turun ke bawah di perhentian bas. Ternyata tiket mmg sudah habis.

Kemudian kami didatangi oleh seorang lelaki

"Dik, nak pergi mana?"
"Genting bang"
"Hurmm..tiket bas dah habis untuk pagi ni. Naiklah teksi"
"Tapi kami bertujuh orang bang, mana cukup satu teksi."
"Tujuh orang boleh. Naik kereta saya. Hanya RM125 je."

Fikir punya fikir maka kami pun bersetuju menaiki kereta jenis avanza lelaki itu. Muatlah kami bertujuh orang.
Sampai di stesen kereta kabel, segera kami membeli tiket dan menunggu giliran. Hehehe..seronoknya bebudak tu naik kereta kabel.


Kami membeli tiket untuk permainan di luar sahaja. Haisshhhh..tiket mahal weyhh... seorang dewasa RM44 dan kanak2 RM38. Cuti sekolah, maka dikira peak season. Kalau booking dari awal semuanya RM41 je. Pengajaranlah buat kami..hishhh..habis budget (^_^)

Memang seronok bermain di kota keriangan tu. Petangnya kami masuk ke dalam untuk ke rumah salji. Memandangkan aku beberapa bulan sebelum ini, pernah ke genting dan rumah salji bersama teman2 fesbuk, maka aku hanya membayarkan untuk anak2 buahku sahaja. Sempat juga aku mengambil gambar mereka dari luar.


Memang leka mereka bermain. Lantas kuberikan isyarat menunjukkan ke arah jam membawa maksud kami mengejar masa menegenangkan bas kami adalah pukul 7.30 ptg. Sekitar jam 7 kami berlari2 ke tempat cable car. Wahhh terkejutnya melihat panjangnya barisan. Kami sudah berpandangan sesama sendiri. Rencana kalau bas tiada maka kami akan bermalam di hotel Sri Malaysia di bawah (risau juga sekiranya tiada bilik kosong)

Jam 7.30 baru kami dapat menaiki cable car. Adoii..perjalanan dari sini ke stesen bas mengambil kira2 15minit. Dalam hati berdoa agar bas menanti kami.


Sampai di bawah, kami ketinggalan bas..wargghhh...tensionnya. bas seterusnya jam 8.30 pun dah penuh. Ada kereta sapu tapi nak kenakan harga RM100 hanya utk ke stesen KL Sentral. Kami bertanya di kaunter tiket, mujur ada bas seterusnya ke Bukit Jalil dengan harga tiket RM4.60 seorang. Syukur alhamdulillah.

Di dalam bas semua kepenatan dan apa lagi..tidur! Sampai di Bukit Jalil, kami mengambil teksi untuk ke destinasi masing2.

Hehehe..budak2 merungut jugak sebab tk puas nak main. Kami merancang utk bercuti di sana lagi dan mungkin akan bermalam di sana. Insya Allah.

Selamat Hari Bapa & Terima Kasih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam petang dapat bufday gift from my cute niece Imah. Dia mmg tak pernah lupa utk memberi hadiah saban tahun. Thanks Kirk. Really appreciated it.

Mlm semalam pulak, masa lepak dgn Kasih di kedai mamak, dia menyerahkan satu bungkusan berisi shawl. Wah, so happy. Mmg sekarang ni nak cuba2 pakai shawl pulak. Asyik pakai bawal je boring laks kan. Sesekali nk juga bergaya ikut peredaran semasa. Selain tudung lycra, skrg shawl pulak. Thanks kasih atas shawl2 yg cantek tu..nanti kita pakai ya.

Rencana minggu ni sbnrnya nak raikan harijadiku beserta HARI BAPA sekali. Tapi..hehhe..budget pulak tk mengizinkan kerana dh berhabis semasa ke Genting hari tu.

Apapun, hujung bulan ni harus juga buat acara untuk famili. Tunggu!!!

SELAMAT HARI BAPA untuk ayahku, Ismail Abu Bakar. Semoga Allah sentiasa merahmati abak, diberi kesihatan yang baik. Insya Allah..amin.

Wednesday, June 16, 2010

Parti Terkejut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Berlalulah sudah tanggal 15 jun..hehehe..bertambah setingkat lagi umurku. Semoga dengan bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya rezeki dan mematangkan fikiran. Jgn bertambah berat badan sudaa...

Pagi ini datang ke opis awal daripada biasa. Buat kerja seperti biasa dengan keadaan persekitaran yang biasa. Namun sebenarnya ada sesuatu yang di luar kebiasaan.

Sedang asyik buat kerja, finance manager masuk ke bilik training dan memberitahu bahawa COO ingin berjumpa denganku.. Wah, tertanya2 juga..apakah ada kesalahan kerja yang kubuat?Bukan tidak pernah dia berjumpa denganku cuma selalunya dia akan menelefon sendiri. Dengan dada berdebar, maka pintu bilik bos ku ketuk dan bos mempersilakan ku duduk. Owh..lega rupanya dia sekadar ingin bertanya tentang kerja admin yang ku ambil alih buat sementara. Di pertengahan perbicangan, telefonnya berbunyi.



Kemudian dia mengajakku naik ke bilik training semula, untuk berbicang bersama dengan bossku. Sampai sahaja di pintu..aku terkejut kerana bilik gelap gelita. Perlahan tombol pintu ku pulas.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU" nyanyian hari jadi berkumandang di dalam bilik serentak lampu menyala..

wallawei...so touching..rasa nk nangis.


Thanks pada my lady bos - Iris
Thanks pada kak Salida yang bersusah payah menjayakan nk menyorokkan parti ni dlm pengetahuan ku..heheh..bukan senang!
Thanks pada semua yang menjayakan...



Thanks pada Deanna atas coklat ini...yummy!!

Terharu sungguh!! really--really..touching...

Tuesday, June 15, 2010

Happy Bufday ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah, syukur kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ulang tahunku sekali lagi. Terima kasih ya Allah, atas nikmat yang telah kau berikan selama ini.

Semoga di usia yang semakin matang ini, aku mampu menjalani dan menghadapi segala dugaan dan rencah kehidupan dengan tabah dan sabar.

Pohonku semoga aku akan diberi kesihatan yang baik, rezeki halal yang melimpah ruah. Dan semoga hidupku akan sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi...amin...

Psstttt..aku masih belum berkesempatan membeli hadiah untuk diriku sendiri. Sabar ye Aryanie... Selamat Ulang Tahun!!!

Monday, June 14, 2010

LOL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

HAHAHAHAHAHA.... adoyaii...gelak sungguh aku dua tiga hari ni. Sebab tetiba ada orang nk mengambil perhatian pulak.

Malas nak layan orang yang perasan bagus ni. Cuma nk bagi nasihat sikitlah : jangan sesedap mulut n sesedap rasa menilai orang. Cuba cermin diri sendiri dulu.....

Saturday, June 12, 2010

Bola ~ Bola ~ Bola

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Demam bola kini bermula setelah 4 tahun menyepi hehe. Hairanlah apa yg best sgt ttg bola ni. Adoiii...dh tentu berebut channel nk tgk siaran nanti. Nasib baiklah aku ada TV kat bilik ni ha. Boleh gak layan citer peberet walaupun kebanyakan masa dihabiskan di hadapan laptop.

Cuma janganlah terlampau lalai atau fanatik sangat ye, sampai lupa segalanya. Apapun..sesekali okay jugaklah layan bola ni.. Selamat Menonton ...

Thursday, June 10, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yesterday fren of mine called (late evening)



Fren: Yanie, jom pergi makan. Rasa cam nak makan steamboat seafood je.

Me: Oh yeke? Nak makan kat mana?

Fren: Jom kita pergi Tupai-Tupai.

Me: Hurmmm..okaylah.

Hahaha..that short conversations akhirnya membawa kami ke Tupai-Tupai. Walaupun last minit buat keputusan, disertakan hujan renyai-renyai, entah kenapa rasa hati cam ringan je nak pergi ke sana. Alhamdulillah kami sampai juga tanpa halangan. (hehehe..kalau ada pun sesat-sesat sikit je)

Sebelum ni aku pernah juga ke sana, menikmati hidangan western di sana. Sementelah lagi pernah pula sedara membuat majlis perkahwinan di sana. Hmm..tempat yang cantik dan selesa.

Kami menikmati steamboat seafood sehingga penuh perut. Hahahaha..tapi enjoy. Yg paling best...Aiskrim!!!

Harga bagiku cukup berpatutan...

p/s : Rasa nk buat reunion sekolah je kat sini...amacam??

Wednesday, June 09, 2010

Comeinya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tengahari ni kawan yang cuti bersalin datang singgah ke pejabat bersama anaknya. Wah, comelnya.... Teringin rasa nk dukung tapi baby asyik menangis je.. heee..maka hanya perhatikan je dengan geram.

Hmm..suka tgk baby dan kanak-kanak ribena. Anak sendiri? hmmm...bilalah agaknya tu.
Insya Allah, semoga termakbul hajat tersebut..amin..(^_^)

p/s : ini adalah entry yang paling pendek pernah ada dlm blog ni..hahaha...

Tuesday, June 08, 2010

Happy BFF Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Wah, surprisenya kenapa aku menjadi semakin rajin pulak nk menghapdet blog  ni. Agaknya sebab inilah tempat aku nk luahkan segala rasa ketidakpuasan hati, tanpa ada pihak yang terasa (yeke?)...hurmmm...

Pagi ni layan Sinar FM while otw to office. Know what? Today is BFF day. What is BFF?
Best Friend Forever. Happy BFF day to all my frens..

But now im thinkin'..do i really..really..have BFF? How 'bout uols? Do uols have any?

Ku akui mempunyai teman rapat, apatahlagi sejak mengenali dunia fesbuk ni. Memang mereka sudi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diriku. Dan sesungguhnya aku amat berterima kasih dan menghargai semua kawan2 yang sentiasa ada di saat suka dan duka. Thank you guys....Luv uols... muah..muahhhh....

Namun bagiku, my truly & sincerely BFF is ......................
I, Me & Myself...

~ Syahdu ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


I dont know y suddenly i felt so syahdu huhu..need a shoulder to cry on.
Bukankah aku sepatutnya gembira kerana lappy sudah pun berada di tangan? Sighhhh..i hate this feeling...:-((

Pernahkah anda merasakan suatu perasaan yang indah namun bersulam gundah gulana? Hati bergelojak. Rasa ingin menyuarakan apa yang terbuku di hati agar segala kekusutan terurai, namun segalanya harus dipendam sendirian?

Jauh di sudut hati, terselit perasaan kecewa dan marah. Kadang2 takdir dipersoalkan. Mengapa ini semua harus aku alami? Mengapa tuhan mengujiku sebegini sedangkan aku hanyalah hambanya yang lemah..

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Sunday, June 06, 2010

Prince of Persia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sabtu yg lepas, aku, kakak n anak-anak buah ke pawagan IOI Mall untuk menonton wayang (hahaha...kan minggu sebelumnya mereka tak jadi tgk wayang)

Maka malam lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke IOI puchong (Itu pun aku dah rushing balik ke rumah kerana petang tu ke Shah Alam menghadiri majlis berkhatan anak Kak ZaiZila) Thanks K Zai kerana sudi menjemput. Majlis yang meriah n makanannya sedap sangat. Puashati. Aku siap tapaw tapai lagi..hehehe...
Ok stop pasal makanan. Nak citer pasal filem pulak..

So, sampai di IOI kami pun segera ke tingkat tiga untuk membeli tiket. Ramainya orang, al-maklumlah malam minggu kan. Yang bestnya, ramai juga kaum india yang menonton di situ memandangkan cerita Singam ditayangkan di situ (pelakonnya kalau tk silap Kamal Hassan)

Sampai masa beli tiket tu...

"Cik, tayangan pukul 9.45 dah full house. Tinggal yang ini je" katanya sambil menunjukkan skrin tempat duduk yang tinggal satu2 sahaja. Hmmm..memandangkan kami berlima, maka rasa tk molek pula nk duduk berjauhan..

So kami mengambil keputusan utk melihat filem Kecoh Betul lakonan Saiful Apek. Tapi kakakku kurang setuju. Katanya dah alang-alang marilah kita teruskan juga menonton Prince of Persia. Maka kami pun tengoklah midnite..whuaaa...jam 2 pagi baru filem tamat.

Filem ni memang best! Jalan cerita yg bagus. Tidak membosankan! Rasa memang berbaloi menonton..

Pssstt~ lupa nk tambah, heronya hensemmm...(^_^)

Prince of Persia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sabtu yg lepas, aku, kakak n anak-anak buah ke pawagan IOI Mall untuk menonton wayang (hahaha...kan minggu sebelumnya mereka tak jadi tgk wayang)

Maka malam lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke IOI puchong (Itu pun aku dah rushing balik ke rumah kerana petang tu ke Shah Alam menghadiri majlis berkhatan anak Kak ZaiZila) Thanks K Zai kerana sudi menjemput. Majlis yang meriah n makanannya sedap sangat. Puashati. Aku siap tapaw tapai lagi..hehehe...
Ok stop pasal makanan. Nak citer pasal filem pulak..

So, sampai di IOI kami pun segera ke tingkat tiga untuk membeli tiket. Ramainya orang, al-maklumlah malam minggu kan. Yang bestnya, ramai juga kaum india yang menonton di situ memandangkan cerita Singam ditayangkan di situ (pelakonnya kalau tk silap Kamal Hassan)

Sampai masa beli tiket tu...

"Cik, tayangan pukul 9.45 dah full house. Tinggal yang ini je" katanya sambil menunjukkan skrin tempat duduk yang tinggal satu2 sahaja. Hmmm..memandangkan kami berlima, maka rasa tk molek pula nk duduk berjauhan..

So kami mengambil keputusan utk melihat filem Kecoh Betul lakonan Saiful Apek. Tapi kakakku kurang setuju. Katanya dah alang-alang marilah kita teruskan juga menonton Prince of Persia. Maka kami pun tengoklah midnite..whuaaa...jam 2 pagi baru filem tamat.

Filem ni memang best! Jalan cerita yg bagus. Tidak membosankan! Rasa memang berbaloi menonton..

Pssstt~ lupa nk tambah, heronya hensemmm...(^_^)

Saturday, June 05, 2010

Kembali Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kesihatan aku semakin baik..Syukur Ya Allah. Aku hanya menelan sebiji panadol sahaja. Ubat Homeopati yang selalu ku makan tatkala demam, telah habis dalam simpanan..sigh...

Tapi, mood aku mcm...hmm..entahlah! Ingat nak pergi servis kereta pun tertangguh juga. Penunjuk meter belum masanya utk diservis tapi klu mengikut bulan, sudah sebulan berlalu. Ah, biarlah dulu. Kereta itu pun hanya ku bawa pergi ulang alik kerja, dan berjalan hanya di sekitar kawasan KL/Selangor sahaja.

Errands hari ni, harus membayar segala hutang piutang bank. Hmm...menci betul bila gajiku bulan ini terlewat dari yang sepatutnya. Alasan...tertunda sebab Public Holiday..wate..opssss..zipppp!!!!

Filem Lagenda Budak Setan (LBS) telah mula ditayangkan sejak khamis yang lalu. Cadangnya mahu pergi menonton. Sebenarnya aku kalau mahu menonton filem melayu tengok mood dan pelakonnya juga. Namun cerita LBS ni diadaptasikan dari novel Ahadiah Akashah dan sebagai sokongan kepada temanku Yati, harus juga ku tonton filem ini, cuma masa dan waktunya masih belum difikirkan lagi. Tunggu!!!!

Mr xxxxx..bila kita nak pergi tonton wayang lagi???

Friday, June 04, 2010

Masih mampukah aku bersabar?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini aku datang kerja seperti biasa setelah berehat semalam kerana diserang sakit kepala dan demam. Kalau diikutkan rasa hati mahu sahaja aku meneruskan rehat memandangkan kesihatan aku masih belum baik sepenuhnya. Namun apabila mengenangkan kerja yang masih bertangguh, kugagahkan jua.

Hari ini aku sampai opis lewat sedikit, dengan wajah yang sedikit pucat dan mata yang bengkak (menyampahnya aku! Ntah serangga mana yang telah menggigit sebelah mataku ini)

Tapi hari ini, ternyata menguji kesabaran aku. Ntah kenapa aku yang kurang sihat ini ternyata cepat benar 'naik angin'nya. Mungkin ada yang beranggapan aku sekarang semakin berlagak dan sombong sejak berpindah tempat ni dan sudah berubah tinggahlaku. Hmmm..kengkadang mengeluh juga aku dgn attitude rakan yang tidak memberi kerjasama. Dan kadang-kadang sudah naik bosan aku mendengar omelan dari supplier yang mengatakan ketidakselesaan mereka apabila menghubungi tempat kerjaku. Namun apalah yang boleh ku lakukan selain memohon maaf sahaja.

Sampai bilalah agaknya perkara ini akan berakhir kerana sesungguhnya aku sudah letih!!!

Wednesday, June 02, 2010

Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pulang dari tempat kerja semalam, terus sahaja aku merebahkan badan ke tilam sambil ditemani oleh keempat2 ekor kucingku yang mmg dah landing di sana. Aku cium mereka seekor demi seekor. Badan terasa penat dan panas semacam. Berehat sebentar sementara menanti maghrib.

Malamnya aku mula terasa pening kepala dan tak sedap badan. Hmm..demam ni gatal nk singgah ke badan akulah ni. Tak sukanya! Mana tak demamnya, petang semalam aku dan seorang teman menapak ke seberang opis kerana nak membeli toner mesin fotostat kat opis ni yg dah nyawa2 ikan tu. Dalam masa nk balik tu hujan dh renyai, redah jugalah. Pulang kerja semalam pun hujan belum berhenti. Terpaksa juga meredah hujan untuk ke kereta.

Pagi ni aku bangun seperti biasa. Rasa berbelah bahagi samada mahu pergi kerja atau tidak. Tapi ntah kenapa dalam berfikir tu kakiku melangkah jua ke kamar mandi. Selesai mandi aku mengenakan pakaian. Cadangnya mahu memakai uniform opis. Kupandang sepi sahaja uniform yg tergantung, lantas baju T-shirt dan jeans ku sarung ke badan. Dalam bersiap tu pun hati masih berbelah bahagi mahu ke opis. Bila mengenangkan kerja yang masih byk di opis, kugagahkan juga.

Sampai di pejabat, pintu bilik ku buka, lampu dan a/cond begitu juga. Semerta badanku mula terasa sejuk dan kepala pun mulalah pening. Bila dah sampai di opis, keje yg byk di atas meja itu terpaksa jugalah aku siapkan perlahan-lahan. Dengan tekak yang mual, kepala yang pening dan badan yg menggigil. Sabar ajelah...

Doaku semoga demam aku akan kebah secepatnya. Semoga cepat sembuh, ARYANIE ISMAIL!!!